Selasa, April 22, 2014

Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!


Loading...

Dimanakah anda berada pada 1 September 2002? Apakah yang sedang anda lakukan pada 5 Oktober 1997? Bagaimana pula keadaan cuaca pada 31 Ogos 1995? Adakah cuaca pada hari itu cerah, mendung ataupun hujan? Terlalu sukar dan mustahil untuk mengingatinya bukan?

Orlando Serrell

Secara logik, seorang manusia mampu mengingati dengan baik detik penting dan bermakna yang pernah berlaku dalam hidupnya. Tetapi, untuk mengingati dengan tepat apa sahaja perkara yang berlaku sepanjang kehidupannya adalah sesuatu yang tidak mungkin!

Namun, itulah kisah benar yang berlaku ke atas seorang lelaki di Amerika Syarikat bernama Orlando Serrell. Lelaki yang berusia 37 tahun ini mendakwa, dia mampu mengingati sebarang kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya, sekalipun keadaan itu hanya sekadar perkara yang remeh-temeh.

Malah, perkara ini tidak tertakluk kepada pengalamannya semata-mata tetapi juga ingatan yang sangat sempurna terhadap sebarang maklumat yang diterima sama ada daripada pembacaan ataupun sesuatu berita yang didengari.

Menurut Serrell, kesempurnaan ingatannya itu bukan disebabkan oleh faktor genetik atau kelebihan semula jadi, tetapi dia memilikinya secara tidak sengaja ketika masih kanak-kanak lagi.

Ketika berusia sepuluh tahun, Serrell yang aktif bermain besbol langsung tidak menyangka permainan itu akan mengubah kehidupannya menjadi seorang manusia genius.

Pada 17 Ogos 1979, ketika dia sedang berlari untuk mendapatkan mata larian, bahagian kiri kepala Serrell terkena lantunan bola besbol yang dipukul oleh rakannya. Dia jatuh tersembam ke tanah. Serrell bingkas bangun dan menghabiskan lariannya.

Impak daripada kejadian itu, kepalanya berdenyut selama beberapa bulan dan menganggap perkara itu tidak serius. Namun, selepas kesakitan itu berakhir, Serrell merasakan sesuatu terlah berlaku pada dirinya.

Dia mampu mengingati secara terperinci apa sahaja yang pernah dilakukannya. Seolah-olah ingatannya tidak mampu melupakan setiap detik yang berlaku dalam hidupnya.

Sehingga kini, tahap ingatannya mampu mengingati perkara yang telah berlaku sejak 27 tahun lalu. Bukan sekadar tarikh atau lokasi kejadian, dia juga mampu mengungkai secara terperinci sesuatu perkara termasuklah hari, masa, keadaan serta cuaca pada hari tersebut.

Dengan kebolehan itu, dia dikenali sebagai manusia kalendar kerana mampu mengingati tarikh yang rumit.

Kebolehannya yang luar biasa telah menarik minat seorang saintis dari Universiti of Sydney, Australia, Dr. Allan Whitenack Snyder untuk mengkajinya dengan lebih lanjut. Dr. Allan merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Minda di universiti tersebut dan mempunyai kepakaran dalam neurobiologi, penyelidikan memori ingatan serta tingkah laku manusia.

University of Sydney, Australia, Dr. Allan Whitenack Snyder

Pada mulanya, Dr. Allan menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Bagaimanapun, selepas Serrell menunjukkan reaksi yang positif terhadap soalan-soalan yang dikategorikan sebagai mustahil untuk dijawab, ia telah membingungkan pakar tersebut dan mengakui kebolehan istimewa Serrell.

Sebelum ini, Dr. Allan telah membuat kajian yang mendalam mengenai ingatan manusia yang boleh dipengaruhi oleh hormon dan emosi. Dalam hipotesis awalnya, Dr. Allan menyangka kekuatan ingatan Serrell dipengaruhi oleh dua elemen berkenaan.

Namun, Serrell juga mampu mengingati perkara-perkara yang tidak mempunyai sentimen peribadi kepadanya.

Orlando Serrell Memory

Malah, dia juga mempunyai fakta yang lengkap terhadap beberapa siri peristiwa penting yang berlaku sekitar 80an. Sesetengah perkara mungkin memberi makna kepada dirinya, tetapi kebanyakannya tidak.

Menurut Dr. Allan, setiap manusia di dunia secara asasnya mempunyai kekuatan memori seperti Serrell. Semua maklumat yang diterima sebenarnya tersimpan rapi di dalam otak seseorang. Tetapi, maklumat yang mampu diterjemahkan oleh otak manusia sangat sedikit. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja ia mampu berkembang dengan sempurna.

Walaupun kebolehan ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan hebat, namun dari sudut yang lain, ia sedikit sebanyak turut memberi impak negatif kepada Serrell.

Ingatannya yang terlalu sempurna membuatkan lelaki ini sukar ditipu. Malah, membuatkan dirinya cenderung untuk tidak mempercayai orang lain. Perkara tersebut adakalanya membuatkan orang lain tidak selesa untuk mendekatinya.

Dalam masa yang sama, dia juga adakalanya mengalami kemurungan kerana sebarang memori pahit yang pernah dilalui tidak mampu dilupuskan dari pemikirannya.

BACA INI JUGA: Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon