Saturday, October 12, 2013

Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an


Kelebihan ayat Al-Quran dalam menghindar dan merawat pelbagai jenis penyakit sememangnya tidak boleh dipertikaian.

BISU

Kitab suci ini merupakan mukjizat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat manusia.

Video yang bakal anda tonton ini merupakan salah satu kaedah rawatan penyakit menggunakan ayat suci Al-Quran oleh seorang yang kami yakin cukup berpengetahuan dalam mengubati pesakit.

Tidak diketahui tarikh atau tempat yang rawatan ini dilakukan, namun anda boleh jadikan ia sebagai iktibar jika ada yang gemar mempersoalkan kebesaran-Nya.

Dalam video ini, seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Samada dia bisu akibat kemalangan atau dari lahir, itu bukan persoalannya.

Memang mengharukan apabila orang yang berada di sekelilingnya turut menangis kesyukuran melihat keajaiban itu.

Allahuakbar...

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya



Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon