Tuesday, May 13, 2014

Luarbiasa! Masih Hidup Selepas Dipanah Petir Dua Kali!


Selagi belum tiba masanya untuk kita dijemput Ilahi, selagi itulah kita masih bernyawa. Bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal.

Luarbiasa! Masih Hidup Selepas Dipanah Petir Dua Kali!

Video yang ingin dikongsikan ini adalah antara situasi yang paling sesuai untuk menggambarkan pepatah itu. Persitiwa yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu, dianggap keajaiban oleh ramai pihak.

Ini merupakan rakaman CCTV bagaimana seorang lelaki yang dipanah petir sebanyak dua kali, masih hidup dan mampu berjalan selepas itu!

Walaupun bersimpati dengan keadaan lelaki ini, namun agak melucukan pula bila menyaksikan video dibawah. Seolah-olah ada 'seseorang' sedang bergurau dan sengaja mempermain-mainkan lelaki tersebut.



Untuk pengetahuan bersama, panahan petir mampu menyebabkan kematian kerana cas elektriknya yang sangat tinggi dan mampu menyebabkan jantung dan pernafasan berhenti.

BACA INI JUGA: Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon