Sep 10, 2014

Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

Itulah keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh John Ferraro yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat. Siapakah manusia hebat ini?

John Ferraro aka Gino Martino

Ferraro merupakan seorang ahli gusti profesional Amerika. Di gelanggang gusti, dia lebih dikenali dengan nama Gino Martino dan sering menjuarai banyak pertandingan yang disertai.

Dia merupakan bekas juara NWA New England Heavyweight Champion, NWA New England Colonial Heavyweight Champion, NWA New England Tag Team Champion dan pemenang Tony Rumble Memorial Rumble 2004.

Kekuatan Ferraro bukan setakat di gelanggang gusti malah dia juga sebenarnya mampu memecahkan pelbagai objek keras hanya dengan menggunakan kepalanya.

Antara aksi yang pernah dilakukannya ialah menggunakan dahinya sebagai penukul ke paku sepanjang sembilan inci sehingga terbenam ke dalam permukaan kayu.

Dia juga mampu membengkokkan duit syiling dan melentur paku menggunakan dahinya. Pernah menanduk kerusi besi sehingga melekuk dan yang paling menakutkan, dia telah membiarkan bola boling seberat 7.25 kilogram jatuh di atas kepalanya daripada ketinggian 4.6 meter untuk memecahkan blok konkrit yang diletakkan di atas kepalanya.

John Ferraro aka Gino Martino [2]

Melihat aksi-aksi yang menyakitkan itu, biasanya pelaku akan mengalami impak dan kecederaan teruk terutamanya pada bahagian kepala.

Tapi, apa yang mengagumkan, tengkorak kepala lelaki ini langsung tidak terjejas atau retak walau sedikit pun. Pelik, bagaimana tengkorak Ferraro mampu menahan hentakan melebihi tahap yang boleh diterima oelh tengkorak kita?

Ferraro sendiri tidak dapat menjelaskan anamoli yang berlaku pada tubuhnya. Dia cuma boleh menyatakan bagaimana kali pertama dia menyedari memiliki bakat tersebut.

Menurut Ferraro, kejadian itu berlaku sewaktu zaman kanak-kanaknya lagi. Ketika dia sedang berlari mengejar abangnya, tiba-tiba dia tertanduk pintu kayu sehingga pecah. Ketika itulah dia menyedari keistimewaan yang dimilikinya.

Pada 19 Ogos 2010, Ferraro telah muncul dalam rancangan televisyen Stan Lee's Superhumans. Menerusi program itu, tengkorak Ferraro diperiksa selepas menunjukkan aksi ngeri.

John Ferraro aka Gino Martino MRI

Hasil pemeriksaan MRI yang dilakukan oleh pakar dari Harvard Medical School, mengesahkan bahawa tengkorak Ferraro begitu istimewa. Ukuran tengkoraknya mencapai ketebalan 16 milimeter, tiga kali ganda lebih tebal berbanding manusia biasa.

Tengkorak merupakan antara tulang yang paling padat dan kuat selepas gigi. Di atas tengkorak, terdapat satu lapisan keras dinamakan kulit kepala dimana terletaknya rambut. Kedua-dua struktur kulit dan rambut berperanan melindungi tengkorak.

Secara purata, ketebalan tengkorak lelaki dewasa mencapai sekitar 6.5 mm, manakala wanita sekitar tujuh mm. Namun, jika ukuran tengkorak mencapai 16 mm seperti dimiliki Ferraro, jelas sekali ia sangat tebal dan melebihi tahap normal.

Soal kenapa Ferraro memiliki ketebalan tengkorak yang sangat luar biasa, tiada jawapan saintifik untuk soalan itu. Pemeriksaan kesihatan mendapati Ferraro tidak mengalami akromegali atau sebarang penyakit pembesaran tulang.

John Ferraro aka Gino Martino Nail

Dalam kes Ferraro, aksi-aksi yang ditunjukkannya bukanlah perkara normal. Hanya dia yang mampu melakukannya. Orang lain dengan ketebalan tengkorak biasa tidak akan mampu melakukan aksi sebegitu walaupun menjalani latihan sekeras manapun.

Dengan kata lain, tiada situasi yang boleh menyebabkan tengkorak normal menjadi lebih tebal dan kuat.

Tapi bagi Ferraro, memandangkan tengkoraknya lebih tebal, dia mampu menahan hentakan yang lebih tinggi berbanding orang biasa.

Hebat kan..

BACA INI JUGA: Pelik! Manusia Berkulit Kertas Di China

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Kepala keras ni.. tambah lagi kalau keras kepala huhu..

Agaknya selain kepala keras, orang ni mesti keras kepala juga, sebab kuat haha..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon