Khamis, Ogos 29, 2013

Luarbiasa! Atacama, Gurun Paling Kering Dihujani Salji


Loading...

Ia dikenali sebagai tempat paling kering di dunia apabila stesen kaji cuaca tidak merekodkan wujud taburan hujan di situ.

Luarbiasa! Atacama, Gurun Paling Kering Dihujani Salji

Bagaimanapun beberapa hari lalu pengunjung Gurun Atacama di Chile pasti terkejut apabila mendapati ada salji di situ.

Penduduk San Pedro de Atacama yang terletak kira-kira 750 batu dari ibu negara Chile berkata, salji itu adalah yang paling banyak dilihat sejak tiga dekad lalu.

Kini terdapat kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan akan menyebabkan beberapa sungai melimpah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pejabat pelancongan kebangsaan berkata, jalan menuju ke bandar raya ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan dalam beberapa akan datang, tetapi tiada arahan pemindahan dibuat.

Gurun Atacama yang merentangi dari Chile hingga ke Peru keseluruhannya terbentuk daripada tasik garam, pasir dan lahar falsik serta menerima taburan hujan purata hanya 15 milimeter setahun.

Beberapa kawasan mendapat kurang daripada satu milimeter dan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ada lokasi yang tidak mendapat hujan langsung.

Pada malam hari suhunya boleh merudum hingga serendah -25 darjah Celsius di zon Ollague, manakala pada siang hari suhunya antara 25 hingga 30 darjah Celcius.

Gurun itu menjadi lokasi teleskop terbesar dunia, Atacama Large Millimeter/submillimeter Array. -Agensi


Gurun paling kering di Dunia


Gurun Atacama adalah dataran tinggi di Amerika Selatan, yang meliputi sebidang tanah seluas 600 batu persegi (1,000 km) di pantai Pasifik Amerika Selatan, bersebelahan denganpegunungan Andes. Gurun Atacama, menurut NASA, National Geographic dan penerbitan lain, adalah gurun terkering di dunia.

Gurun Atacama dikenali sebagai tempat terkering di dunia, terutama disekitar kota Yungay yang telah ditinggalkan (di Antofagasta Region, Chile). Curahan hujan secara purata di wilayah Chili Antofagasta hanya 1 milimeter (0.04 inci) setahun.

Malah, beberapa stesen cuaca di Atacama tidak pernah menerima hujan. Bukti menunjukkan bahawa Atacama mungkin tidak pernah mendapat hujan 'sebenar' pada tahun 1570-1971.

Begitu keringnya keadaan digurun ini sehinggakan pergunungan yang mencapai ketinggian 6,885 meter tersebut benar-benar bebas dari glasier.

Kajian oleh pengkaji Inggeris telah menemui beberapa jalur sungai dikawasan tersebut telah kering sejak 120,000 tahun yang lalu. Namun, beberapa lokasi di Atacama menerima kabus laut yang dikenali sebagai Camanchaca, menyediakan udara yang cukup lembab untuk hypolithic algae, lumut dan beberapa kaktus.

Secara geografi, kekeringan tersebut boleh dijelaskan dengan alasan berikut:
  • Gurun Atacama terletak di sisi leeward Chili Coast Range, sehinggakan terlalu sedikit wap air dari lautan Pasifik sampai ke gurun.
  • Andes terlalu tinggi lalu menghalang awan konvektif, yang mungkin membawa curahan hujan yang terbentuk di atas Sungai Amazon memasuki gurun dari Timur.

Perbandingan dengan Planet Mars

Di wilayah sekitar 100 kilometer (60 batu) selatan Antofagasta yang rata-ratanya mencapai ketinggian 3,000 meter, permukaan tanahnya mirip dengan permukaan planet Marikh. Kerana keunikan ini, Atacama telah digunakan sebagai lokasi untuk penggambaran filem yang berkaitan dengan adegan di planet Marikh, terutama dalam siri tv, Space Odyssey: Voyage To The Planets.


Pada tahun 2003, sebuah pasukan penyelidik telah menerbitkan sebuah laporan di jurnal Science berjudul “Tanah di Marikh ada di Gurun Atacama, Chile dan kehidupan mikro di tanah gersang” di mana mereka telah mengadakan ujian seperti yang dilakukan semasa pendaratan Viking 1 dan Viking 2 di Marikh untuk mencari kehidupan disana.

Keunikan gurun ini telah digunakan oleh NASA untuk menguji peralatan dan kelengkapan sebagai persiapan bagi misi-misi ke Marikh pada masa yang akan datang.

Di Atacama, berhampiran pantai terpencil, anda akan melihat sebuah tanah yang tidak berpenghuni, di mana tidak ada burung, tidak ada binatang atau pokok malah tiada hidupan langsung. (La Araucana oleh Alonso de Ercilla, 1569)

Atacama jarang dihuni, sebahagian besar kota-kota terletak di sepanjang pesisir pantai Pasifik. Di bahagian dalam, beberapa oasis dan lembah telah dihuni selama berabad-abad, menjadi bandar paling maju masyarakat pra-Columbus yang ditemui di Chile. Oasis ini memiliki sedikit pertumbuhan penduduk dan pembangunan dan sejak abad ke-20, menghadapi konflik sumber air yang diperlukan untuk bandar-bandar pesisir dan industri perkapalan.

Patung Tangan Raksasa

La mano del desierto (the hand of the desert) adalah salah satu objek menarik yang boleh ditemui di Gurun Atacama. Patung ini menyerupai sepotong tangan raksasa yang terkubur di dalam tanah.


“Tangan Raksasa” ini adalah karya pengukir patung Chile, Mario Irarrázabal, tinggi patung ini 36 kaki (10 meter) dari permukaan tanah dan dibuat daripada besi dan simen.

Setelah mempelajari filosofi dan seni di University of Notre Dame, dan teologi di Università Gregoriana Pontificia di Roma, seniman Mario Irarrázabal berlatih membuat patung di bawah bimbingan pengukir Jerman, Otto Waldemar.

Dia mempamerkan karyanya buat pertama kali di Chile pada tahun 1970, menggunakan manusia untuk mengungkapkan tema-tema seperti ketidakadilan, kesepian, kesedihan dan penyeksaan.


Ukiran patung “Tangan dari gurun” Mario dianggap menggambarkan kelemahan manusia dan ketidakupayaan.

Sebelum itu, Irarrázabal juga pernah membuat patung yang serupa, seperti “Monumento al Ahogado”, tahun 1982, yang terdiri dari lima jari yang terbenam dipantai Punta del Este, kota peranginan yang terkenal di Uruguay.

Patung-patung yang serupa juga dibuat oleh Irarrázabal di Madrid pada tahun 1987 dan Venice pada tahun 1995.

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon