Saturday, October 11, 2014

Video PANAS Anak Shah Rukh Khan Tersebar!?

Video PANAS Anak Shah Rukh Khan Tersebar!?

‘Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Mms’. Video MMS memaparkan aksi intim pasangan dalam kereta yang mempunyai wajah mirip anak Shah Rukh Khan dan cucu Amitabh Bachchan kini tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Video

Video bertajuk ‘Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Mms’ itu menjadi viral dan bualan hangat terutama dalam kalangan peminat Bollywood sejak awal bulan ini.

Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Video [2]

Sebilangan pihak yang sudah menonton bagaimana pun mengulas bahawa mereka percaya ia palsu dan dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan imej dua superstar tersebut.

Aryan adalah anak lelaki sulung hasil perkongsian hidup Shah Rukh Khan dengan Gauri Khan, manakala Navya merupakan anak sulung Shweta Bachchan (anak perempuan Amitabh) dan Nikhil Nanda.

Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Video [3]

Aryan dan Nikhil menuntut di sekolah sama di Sevenoaks School di Kent, London dan pernah digosip bercinta selepas gambar mereka berparti di sebuah kelab malam di London tersebar sebelum ini.

Atas sebab itu juga banyak pihak menyangka video MMS itu ada kebenarannya.

Aryan Khan And Navya Naveli Nanda Video [4]

Buat masa ini belum ada kenyataan diberikan baik oleh keluarga Shah Rukh Khan mahu pun Amitabh Bachchan berkaitan video panas ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Video Ragut Di Johor Bahru Viral

Video Ragut Di Johor Bahru Viral

Adakah kita yang terlalu cuai atau manusia semakin berani melakukan perkara-perkara jenayah? Ini kerana satu lagi kejadian jenayah yang dirakam, memperlihatkan ketamadunan manusia semakin pupus.

Video Ragut Di Johor Bahru Viral

Terkini, sebuah video menjadi viral di laman sosial memperlihatkan rakaman kes ragut di Taman Molek, Johor Bahru.

Mangsa seorang wanita yang sedang menjamu selera berseorangan di sebuah restoran secara tiba-tiba didatangi ‘mat motor’ yang wajahnya ditutup dengan helmet.

Peragut tersebut dengan berani merampas beg milik mangsa yang sedang diletakkan di atas paha mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan peragut pantas melarikan diri sebelum disedari orang ramai.

Mangsa yang terpinga-pinga cuba mendapatkan begnya semula namun gagal.

Kesian mangsa, sudahlah sedang lapar tiba-tiba begnya pula diragut. Memang kejam, moga-moga peragut itu segera ditangkap!



Mengapa perkara ini acap kali berlaku hingga boleh mendatangkan bahaya bagi nyawa mangsa yang terlibat?

Wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah kemana sahaja anda berada.

Jangan sudah terhantuk, baru terngadah!

Sumber: Mynewshub.cc

Bibir Paling Besar Dikatakan Cantik!

Bibir Paling Besar Dikatakan Cantik!

Habsyah – Ia merupakan kaedah yang digunakan sejak zaman purba untuk `mencipta’ kecantikan bertujuan menarik perhatian suami dan itulah yang dilakukan, Ataye Eligidagne, yang baru berusia 20 tahun.

Ataye Eligidagne

Dia memiliki bibir yang ditebuk lubang, paling besar di dunia berukuran 59.5cm dan 19.5 cm diameter.

Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan cakera di lubang bibir sejak 1896.

Ia juga telah menjadi tradisi kepada kaum wanita di puak Surma yang menetap di perkampungan Omo Rover, di selatan Habsyah.

Prosedur ini termasuk kaedah mencabut dua batang gigi dan ia dilakukan ketika gadis ini berusia 15 hingga 18 tahun.

Mereka yang memiliki bibir yang berlubang paling luas ini juga mampu mendapat hantaran tinggi daripada kaum lelaki yang bakal menjadi suami.

Ataye Eligidagne [2]

Menurut Ataye, bibirnya itu ditebuk sejak tiga tahun lalu dan memberitahu dia tidak merasai kesakitan sepanjang proses itu dilakukan.

Malah katanya, tiada sebarang kesan negatif dilaluinya sepanjang memiliki bibir yang berlubang itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 10, 2014

BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950

BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950

Kadar BR1M 2015. Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kemampuan fiskal, kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Bayaran BR1M 2015

Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000

Beliau menambah, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Individu Bujang

Perdana Menteri menarik perhatian, bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

“Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan,” katanya.

Insurans takaful berkelompok (i-BR1M)

Najib turut mengumumkan, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebelum ini, kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.

Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan tersebut dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat pertama kalinya diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber: BERNAMA

Bonus RM500 Untuk Penjawat Awam

Bonus RM500 Untuk Penjawat Awam

Bonus 2014. Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bonus 2014

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

“Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.

Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.

Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Emma Maembong Bidas Gambar Jadi Bahan Lucah!

Emma Maembong Bidas Gambar Jadi Bahan Lucah!

Emma Maembong membidas perbuatan segelintir daripada peminatnya menyebarkan gambarnya bersama monyet peliharaannya yang mendapat komen-komen yang agak lucah daripada sebilangan pengikutnya di laman sosial.

Gambar Lucah Emma Maembong

Entah apa yang pelik dan kontroversi gambar yang dimuat naik tersebut sampaikan peminatnya sanggup memberi komen-komen lucah yang agak keterlaluan.

Kadang-kadang kita pula yang terpikir, apa sebenarnya yang otak mereka fikir sampai terbayang benda bukan-bukan.

Menurut Emma, dia berasa pelik dengan kelakuan sesetengah orang di luar sana yang sering berfikiran kotor dan lucah malah membesar-besarkan isu yang sepatutnya tidak timbul.

Gambar Lucah Emma Maembong [2]

“Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang-orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?

“Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena.

"Saya percaya kalau saya letak monyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.

“Mungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.

“Saya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu,” katanya lagi.

Sabar je la Emma, peminat ni memang macam-macam ragam dan gayanya.

Sekarangkan nama Emma tengah top, pastinya segala apa yang dibuat Emma akan mendapat perhatian ramai.

Sumber: Mynewshub.cc

Info Agama ~Sebagai Panduan Hidup

Info Agama ~Sebagai Panduan Hidup

Agama, secara umum dan ringkas dari segi bahasa perkataan merangkumi erti kuasa tertinggi, taat dan patuh, berpegang teguh dengan balasan sistem pemikiran dan peraturan.

Agama

Agama adalah suatu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi supaya umat manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram berdasarkan kehendak agama tersebut agar tidak berlaku sebarang kekacauan.

Kedatangan Islam yang bersumberkan al-Quran mengubah pola kehidupan masyarakat sehingga berjaya membina sebuah tamadun yang gilang gemilang.

Perubahan dan kecemerlangan yang diraih ini tidak lain kerana disuluh al-Quran.

Atas sebab itu, sekiranya kita sebagai umat Islam ingin mencipta kejayaan sama ada dalam aspek kehidupan, kerjaya, keperibadian dan masa depan hendaklah menjadikan al-Quran sebagai kunci kejayaan.

5 Nasihat berguna sebagai panduan hidup;
    • Jika inginkan Syurga, maka sentiasalah melakukan Solat.
    • Jika inginkan Kekayaan, maka sentiasalah Beristighfar.
    • Jika inginkan Kasih Sayang, maka sentiasalah Senyum.
    • Jika inginkan Kebahagiaan, maka sentiasalah membaca dan mendekati Al-Quran.
    • Jika inginkan Pahala, maka sebarkanlah Makalah ini..:)
      Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam kehidupan seharian kita supaya di redhai oleh-Nya.

      INFO AGAMA UPDATE: 16/MAC/2016

      1. 'Janjilah Jangan Berbohong'
      2. Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana Matahari
      3. Dosa-dosa Suami Isteri Yang Paling Dibenci Allah
      4. Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?
      5. 'Hukum Jual Beli Kucing Adalah Haram Dalam Islam'
      6. Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah
      7. Mencintai Lima dan Lupa Kepada Yang Lima
      8. Kisah Seorang Peniaga Yang Beriman
      9. Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Qur'an Jika Kamu Orang Yang Benar!
      10. Magisnya Azan
      11. Hindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an
      12. Apakah Hukumnya Membunuh Semut?
      13. Terima Kasih Ya Rasulullah!
      14. Yohanes 13:13 Punca Nabi Isa Dianggap Tuhan!?
      15. Sifat Kebiasaan Rasulullah SAW Yang Luarbiasa
      16. Sains Dan Al-Qur'an Membuktikan Burung Gagak Haiwan Paling Bijak!
      17. 'Hai Kaum Muslimin, Siapakah Orang Yang Paling Berani?'
      18. 15 Bukti Keimanan
      19. 9 Petanda Rumahtangga Terkena Sihir
      20. Sejarah Peperangan Antara Yahudi dan Kristian
      21. Dendam Yahudi dan Nasrani (Kristian) Terhadap Islam
      22. Membaca Surah Selepas Al-Fatihah, Adakah Makmum Dituntut Membacanya?
      23. Satu Kata Yang Kita Selalu Ingat Namun Kurang Dimaknai
      24. Berkatkah Rezeki Kita?
      25. Asiah, Isteri Firaun Yang Mempertahankan Jiwa Demi Keimanan
      26. Auj Bin Unuq Dibinasakan Oleh Burung Hud-hud
      27. Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?
      28. Kesedihan Yang Pasti Dirasai Semua Insan
      29. Membuat Pahala Tapi Mengumpul Dosa
      30. Umar Al-khattab Pencipta Takwim Hijrah
      31. Lelaki Paling Pemalu Yang Malaikat Pun Segan Kepadanya
      32. Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis
      33. Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis
      34. Anakku, Lampu Ini Milik Kerajaan..
      35. Sila Dail 24434, Talian Paling Telus Di Dunia
      36. Pengertian Dan Tanda Memperoleh Haji Mabrur
      37. Hari Arafah Yang Istimewa
      38. Istighfar, Penolak Bala Bencana dan Sebagai Penyelamat
      39. Apabila Tidak Memahami Konsep 'Agama Itu Nasihat'
      40. Makruh Solat Ketika Azan
      41. Proses Dan Tujuan Penciptaan Manusia
      42. Bala: Antara Ujian, Peringatan Dan Takdir
      43. Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan
      44. Kisah Ashabul Kahfi
      45. 'Engkau Tidak Akan Sabar Dengan Keadilan-Ku'
      46. 10 Sebab Doa Tidak Diterima Allah
      47. Penciptaan Allah Yang Paling Menakjubkan
      48. Apabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut Mati
      49. Sakitnya Saat Kematian
      50. Binasa Umat Akibat Ego Ulama Dan Jahil Masyarakat
      51. Cara Malaikat Memberitahu Bila Ajal Hampir Tiba
      52. 6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah
      53. Hukum Menyertai Dan Mengadakan Pertandingan Memancing
      54. Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga
      55. Apakah Hukum Pendapatan Hasil Menjual Tahi Ayam?
      56. Mengenali Makhluk Jin
      57. Malam 7 Likur Amalan Bidaah
      58. Sembunyikan Aib Orang, Allah Sembunyikan Aib Kita
      59. 3 Cara Mudah Menarik Rezeki
      60. Soalan Yahudi Tentang Solat
      61. Mencari Malam Seribu Bulan, Panduan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan
      62. Istimewanya Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan
      63. Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal
      64. Senarai Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam
      65. 6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri
      66. Kelebihan Puasa Sunat Enam Di Bulan Syawal
      67. Rahsia Dan Berkat Kalimah Bismillah
      68. 10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa
      69. Puasa Adalah Raja Segala Ubat Dan Perut Ialah Rumah Penyakit
      70. Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Keaiban Kita
      71. Benarkah Roh Pulang Ke Dunia Pada Bulan Ramadhan?
      72. Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal
      73. 3 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadhan
      74. Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan
      75. Kisah Penciptaan Nafsu Yang Degil Dan Suruhan Berpuasa
      76. Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia
      77. Saintis Baru Tahu Semut Bercakap, Al-Qur'an Sudah Jelaskan 1400 Tahun Lalu!
      78. Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih Sepanjang 30 Malam Ramadhan
      79. Kelebihan Bersahur dan Berbuka Dengan Buah Kurma
      80. Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia
      81. Panduan Bertenaga Dan Cergas Di bulan Ramadhan
      82. Panduan Niat Puasa Di Bulan Ramadhan
      83. Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?
      84. Semakin Tinggi Tingkat Kesombongan Kita, Semakin Sulit Mengesannya
      85. 6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah
      86. Pemuda Penghuni Syurga, Kisahnya Membuatkan Anda Terpukau
      87. 'Ubatilah Orang Sakit Diantara Kamu Dengan Sedekah'
      88. Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?
      89. Tiada Amalan Khusus Di Bulan Rejab, Kemuliaan Dicemari Kepalsuan
      90. Nasihat Iblis Kepada Nabi Nuh
      91. Tidur Sebentar Waktu Siang Sunnah Nabi Muhammad SAW
      92. Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah
      93. Keistimewaan Ayat Surah Yusuf Dan Taha Yang Tidak Ternilai
      94. Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi Bijaksana
      95. 10 Amalan Mulia Yang Sia-sia
      96. Wajib Menyeru Kepada Kebaikan Dan Mencegah Perkara Mungkar
      97. Sakit Hati Melihat Kebaikan Dan Gembira Melihat Bencana
      98. Banyaknya Kebaikan Dan Amalan Ketika Hujan
      99. 30 Wasiat Imam Syafie Sebagai Pegangan
      100. Gambaran Kecantikan Luarbiasa Bidadari Syurga
      101. Ketika Iblis Dihumban Ke Dalam Neraka
      102. Adakah Kita Lulus Ujian Allah?
      103. Istana Paling Hebat Umar Al-Khattab
      104. 10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam
      105. Tanda-Tanda Hati Yang Kotor
      106. Bolehkah Makan Dengan Tangan Kiri?
      107. Benarkah Perokok Golongan Fasik?
      108. 10 Kesalahan Dalam Solat Yang Sering Dilakukan
      109. Ujian Berat Hanya Untuk Insan Yang Hebat
      110. 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!
      111. Cara Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
      112. Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam
      113. Cara Yang Betul Menjawab Bila Orang Kirim Salam
      114. 3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita
      115. Betapa 'Buruknya' Rumah Kita Di Akhirat!
      116. Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an
      117. Anda Solat? Hati Anda Baik? Bersih?
      118. Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi
      119. Fatwa Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’
      120. Menyembah Dewa, Asal Usul Sambutan Happy Birthday!
      121. Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut
      122. Rahsia Disebalik Demam
      123. Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?
      124. Rahsia Besar Solat Subuh!
      125. Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!
      126. 14 Rahsia Keajaiban Kaabah!
      127. Kisah Batu Ajaib Dari Syurga
      128. Doa Supaya Anak Menjadi Soleh
      129. Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali
      130. Kisah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya
      131. Kisah Luar Biasa Hamba Abdi Seorang Wali Allah
      132. Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf
      133. Aktiviti Candlelight Vigil Haram Dalam Islam
      134. Petua Rasulullah Untuk Mengubati Penyakit Lisan
      135. 10 Panduan Membentuk Anak Soleh Dan Solehah
      136. Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami
      137. Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau
      138. Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar
      139. Nabi Sulaiman Dan Kubah Ajaib
      140. "Senyumannya Ikhlas Dan Suaranya Seperti Malaikat"
      141. Pohon Nabi Muhammad Yang Masih Hidup Selepas 1400 Tahun!
      142. Surah Penghibur Hati Rasulullah SAW
      143. Perbezaan Antara Dara Dan Janda
      144. 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
      145. Memberi Nasihat Secara Terbuka Sebenarnya Mencela!
      146. Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun
      147. Adakah Puasa Menjadikan Kita Lemah?
      148. Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya
      149. Orang Beriman Gembira Menyambut Ramadan
      150. Otak Semakin Aktif Ketika Berzikir
      151. Kesalahan Yang Di Lakukan Umat Islam Di Bulan Ramadan
      152. Maksiat Akan Menghapuskan Nikmat
      153. 'Marah' Kepada Allah Kerana Buah Tembikai?
      154. Manusia Yang Sentiasa Didoakan Malaikat
      155. Dosa Besar Lalu Di Hadapan Orang Bersolat
      156. Istimewanya Kota Madinah Di Hati Rasulullah
      157. Adakah Sekadar Meraikan Israk Mikraj?
      158. Beruntunglah Insan-insan Yang Pelik Di Akhir Zaman
      159. Pesanan Dari Ibumu 'Jangan Ucap Selamat Hari Ibu'
      160. Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!
      161. Mengapa Umat Islam Tidak Digalakkan Menyebut 'Rest In Peace'?
      162. Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita
      163. Obesiti, Padah Ingkar Ajaran Agama?
      164. Betapa Besarnya Pahala Seorang Ibu Yang Melahirkan Anak
      165. Seksa Neraka Kepada Pengkhianat Diri Sendiri
      166. Kisah Solat Yang Diterima Kerana Pengembala Yang Hina!
      167. Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang
      168. Wanita Yang Di 'Jaga' Malaikat Kerana Tekun Beribadat
      169. Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Budak Kecil
      170. 7 Perkara Ajaib Yang Menakjubkan
      171. Rahsia Dan Keajaiban Berselawat Kepada Nabi
      172. Benarkah Makanan Mempengaruhi Akhlak Kita?
      173. Penemuan Saintifik Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran
      174. Bersyukurlah Jika Anda Seorang Yang Pemalu
      175. Menanti Penyelamat Akhir Zaman, Imam Mahdi
      176. Kesan Menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada Tubuh manusia
      177. 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri
      178. Apa Puncanya Islam Sering Di Hina?
      179. 7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan
      180. Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?
      181. Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya
      182. Berzikir Mampu Meningkatkan Tahap Kecerdikan
      183. Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu
      184. Kisah Abu Hanifah Dan Lelaki Pemalas
      185. Jawapan Kepada Segala Pertanyaan!
      186. Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul
      187. 5 Fasa Umat Akhir Zaman, Bersabarlah Wahai Umat Islam
      188. Dimasukkan Ke Dalam Syurga Kerana Sehelai Bulu Mata
      189. Kontroversi! Lelaki Paling Kejam Di Dunia!
      190. "Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"
      191. Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?
      192. AJAIB! Himpunkan Al-Qur'an Di Seluruh Dunia, Seayat Pun Tiada Perbezaan!
      193. Wanita Islam Umpama Gula-gula!
      194. Kenapa Warga Malaysia Kemaruk Gelaran Haji?
      195. Manusia Yang Miskin Tetapi Kaya
      196. Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam
      197. Dunia, 7 Tahun Selepas Matinya Dajjal
      198. Alasan Yang Tidak Berguna
      199. Rahsia Angka 40 Dalam Umur Manusia
      200. Rahsia Besar Yang Tersembunyi Dalam Sujud Ketika Solat
      201. Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung
      202. Kisah Sepotong Ayat Al-Quran Menangkis Teori ‘Bumi Adalah Mendatar’
      203. Rahsia Penduduk Mekah Berumur Panjang
      204. Cubaan Memadam Cahaya Allah
      205. Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat
      206. DOA Senjata Paling Canggih Umat Islam
      207. Misteri Penciptaan Langit
      208. Kenapa Isteri Tidak Dibenarkan Tidur Sebilik Dengan 'Madu'?
      209. Bolehkah Roh Suami Meniduri Isteri Yang Masih Hidup?
      210. Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?
      211. Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya Dajjal
      212. Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing
      213. Saya Rela Masuk Neraka Demi Manusia Lain!
      214. Ketahuilah Bahawa Bersangka Buruk Adalah Dosa Besar!
      215. Bila Sebenarnya Malam Lailatulqadar?
      216. Betapa Hinanya Iblis Ketika Hampir Dicabut Nyawa
      217. Kisah Pokok Sujud Pada Malam Lailatul Qadar Adalah Dongeng Semata-mata!
      218. 12 Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan
      219. Matlamat Puasa Adalah Takwa Bukan Sekadar Lapar Dan Dahaga
      220. Pertikaian Mengenai Jumlah Rakaat Solat Tarawih
      221. 10 Solat Yang Ditolak Dan Azab Meninggalkan Sembahyang
      222. Kisah Neraka Jahannam
      223. Puasa Dan Kelebihannya Menurut Kajian Sains
      224. Kenapa Umat Islam Diwajibkan Berpuasa?
      225. Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah
      226. Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan
      227. Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi
      228. Membongkar Jenayah Sihir Melalui Sains
      229. Rahsia Berwuduk Mampu Mencegah Penyakit
      230. Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya
      231. Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman
      232. Kekejaman, Kezaliman Dan Kesesatan Ajaran Puak Syiah
      233. Mencari Kecantikan Isteri Bukan Isteri Yang Cantik
      234. Ubat Kepada Mulut Yang Celupar
      235. 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar
      236. Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan
      237. Bersyukurlah Atas Kesakitan Yang Menimpa
      238. Ketahui 9 Jenis Syaitan Supaya Kita Terhindar Darinya
      239. Bangsa Yakjuj dan Makjuj Yang Tinggal Diantara Dua Pergunungan
      240. Tahukah Anda Rahsia Kelemahan Bangsa Jin?
      241. Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?
      242. Fesyen Tudung Bonggol Haram?
      243. Dua Kelompok Berbeza Orang-orang Fakir Miskin
      244. Wajah-wajah Manusia Ketika Ajal Telah Tiba
      245. Kenapa Hati Manusia Tidak Tenang?
      246. Teka-teki Imam Al-Ghazali Yang Menginsafkan Kita
      247. Panduan Mudah Mandi Wajib Yang Betul
      248. Bina Istana Dengan Kos Rumah Murah
      249. Rahsia Cahaya Didalam 5 Waktu
      250. Benarkah Bahawa Cicak Mesti Dibunuh?
      251. Luarbiasa! Kenapa Bibir Tidak Bergerak Ketika Menyebut Kalimah LA ILA-HA ILLALLAH?
      252. Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat
      253. Kegelisahan Adalah Lebih Sukar Dari Kesabaran
      254. Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?
      255. Akhirnya Telah Lengkap Tanda-tanda Kiamat Kecil
      256. Iblis Merasai Kesakitan Setiap Makhluk Saat Kematiannya
      257. Hari Ini Kiamat Berlaku Pada Jam Berapa?
      258. Enam Perkara Yang Di Sembunyikan Dari Manusia
      259. Akhlak Yang Baik Berat Pada Timbangan
      260. Beruntunglah Manusia Yang Bijak Menjaga Masa
      261. Keunggulan Memiliki Akidah Yang Sejahtera
      262. Beruntunglah Mereka Yang Sentiasa Bermanfaat Untuk Orang Lain
      263. Ibadah Yang Benar-benar Terbaik
      264. Kenapa Kita Perlu Menolak Ajaran Sesat Al-Arqam?
      265. Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!
      266. Ubat Penawar Sihir Dan Penyakit Aneh
      267. Otak Tidak Lagi Berkembang Pada Usia 40 Tahun
      268. Rupa Buruk Akhlak Mulia

      Thursday, October 09, 2014

      Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

      Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

      Apabila cuaca hujan dan mendung seperti sekarang ini, alangkah baiknya kalau ada hidangan enak untuk dibuat santapan.

      Cekodok pisang

      Antara yang menjadi ‘feveret’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok.

      Resipi untuk membuat cekodok pisang yang rangup sebenarnya mudah dan yang paling penting, kosnya murah.

      Istimewanya resepi cekodok pisang rangup ini adalah planta atau mentega sebagai bahan penambah baik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.

      Bahan-bahan;

      4-5 biji pisang
      1/2 cawan tepung gandum
      2 sudu Planta atau mentega
      3-4 sudu gula pasir
      secubit garam

      *Masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)

      Cara-cara;

      1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini supaya apabila menggoreng, ia tidak terlalu lembik dan gebu.

      2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas, masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.

      3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘O'!

      Terangkat beb!

      BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

      Sumber: mynewshub

      Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

      Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

      Seperti mana dalam sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sucinya wadah seseorang ketika dijilat anjing adalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah." (Hadis Riwayat Muslim)

      Anjing

      Dalam Islam, air liur anjing telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada najis mughallazah, iaitu najis berat.

      Justeru, adalah diharuskan setiap individu Muslim menyucikan bekas jilatan anjing dengan membasuhnya menggunakan air sebanyak tujuh kali. Salah satu di antara basuhan itu perlu menggunakan air yang mengandungi tanah.

      Tahukah anda kenapa umat Islam diharuskan membasuh bekas jilatan anjing dengan tanah?

      Pemeriksaan yang dijalankan oleh seorang pakar haiwan di London, Dr. Ian Royt, terhadap 60 ekor anjing menemui 180 sel-sel telur cacing pita dalam satu gram bulu anjing.

      Satu perempat darinya membawa 71 sel telur berupa larva kuman, manakala tiga daripadanya sudah cukup matang untuk menempel pada kulit manusia.

      Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas sel-sel telur cacing tersebut, Dr. Royt mendapati ia sangat melekit dengan ukuran panjang mencapai satu milimeter (mm).

      Ulat-ulat ini didapati berkembang biak dalam usus anjing dan sering ditemui dalam cairan najis serta air liurnya sehingga dikatakan mampu menularkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

      Anjing, secara fitrahnya akan menjilat tubuhnya setiap hari. Ketika ia menjilat untuk membersihkan duburnya, telur cacing atau virus Tocks Characins akan menular ke dalam mulut, air liur, kulit dan bulunya.

      Virus ini sebenarnya sangat sangat berbahaya kerana mampu membiak dalam organ-organ manusia.

      Ianya sangat mudah menular terutamanya mereka yang tidak membasuh tangan selepas memegang anjing atau tanpa membersihkan bekas makanan selepas dijilat haiwan ini.

      Virus ini juga pernah dikesan di dalam mata manusia sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan seterusnya buta.

      Ia juga sering ditemui hidup membiak berupa kantung sebesar kepala embrio di dalam paru-paru manusia. Cacing jenis Echinococcosis ini berupaya hidup membiak dalam tubuh manusia selama bertahun-tahun.

      Menurut penyelidik dari University of Munich (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16516398), memelihara anjing akan meningkatkan risiko barah payudara berbanding menjaga haiwan lain seperti kucing atau arnab.

      Penelitian terhadap peratusan penderita barah payudara mendapati 79.7 peratus daripadanya sangat aktif dalam aktiviti yang melibatkan anjing. Manakala 4.4 peratus dikalangan pesakit tidak memelihara anjing.

      Di Norway misalnya, lebih separuh daripada 14,401 orang pemilik anjing disahkan menghidap penyakit kanser payudara!

      Sebagai langkah pencegahan, pakar perubatan menganjurkan untuk membasuh tangan dengan bersih selepas menyentuh anjing.

      Dalam erti kata seorang Muslim, ia haruslah disamak!

      BACA INI JUGA: Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?

      -SENTIASAPANAS.COM

      Budaya Pelik Perkahwinan Mayat Di China

      Budaya Pelik Perkahwinan Mayat Di China

      Belum pernah bercinta mahupun bertemu janji dengan mana-mana gadis, lelaki ini baru berumur 17 tahun.

      Minghun

      Bujang. Meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tanpa sempat merasa kemanisan hidup berumah tangga.

      Atas alasan itu, ahli keluarga telah melangsungkan perkahwinan antara mayat si mati dengan mayat gadis terpilih dalam satu upacara pelik dipanggil Minghun.

      Demikianlah yang terjadi kepada mayat seorang pemuda bernama Li Xianying. Berasal dari perkampungan Yanchuan, wilayah Shaanxi ditengah China.

      Walaupun kedengaran sangat pelik, ia sebenarnya bukanlah kes pertama atau baru berlaku di negara paling ramai penduduknya di dunia itu.

      Berdasarkan catatan, upacara perkahwinan mayat atau perkahwinan hantu telah mula diamalkan sejak abad ke 17 sebelum masihi.

      Amalan ini bermula selepas kebanyakan penduduk China percaya bahawa seorang lelaki tidak akan masuk ke syurga sebelum berkahwin. Bermakna, jiwa lelaki yang meninggal dunia sebelum sempat berkahwin ini dipercayai sering berkeliaran dan tidak tenteram.

      Roh mereka dikatakan akan bersendirian dan akan terus-menerus menghantui saudara-mara yang masih hidup.

      Bagi menenangkan jiwa-jiwa tidak tenteram, ahli keluarga mayat lelaki tidak berputus asa mencari mana-mana mayat wanita untuk dijadikan isteri si mati.

      Minghun

      Pakar upacara perkahwinan mayat dari Universiti Shanghai China, Profesor Huang Jingchun berkata, masyarakat di China sangat percaya bahawa kehidupan orang mati pada dasarnya adalah sama dengan kehidupan di dunia.

      Menurutnya lagi, si mati akan dibekalkan dengan pelbagai barang-barang keperluan yang diperbuat daripada kertas. Antaranya, wang, televisyen, kereta, mesin basuh dan pelbagai alat kelengkapan lain.

      Termasuk juga keperluan mengahwinkan mayat wanita sebagai peneman mayat lelaki dalam ritual perkahwinan mayat.

      Upacara perkahwinan pelik ini sama seperti perkahwinan pengantin yang masih hidup. Kedua pengantin dipakaikan pakaian tradisi dari kain yang mahal, disolek dan didandan kemas, malah jamuan makan minum juga disediakan.

      Keluarga pengantin lelaki juga turut memberikan hadiah wang tunai kepada saudara-mara pengantin wanita. Keluarga kedua-dua pihak pengantin juga akan terus berhubung antara satu sama lain. Cuma bezanya, pengantin agak menyeramkan kerana kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

      Lebih pelik dan menyeramkan, pasangan pengantin akan dikubur semula bersama-sama sebaik sahaja majlis bersanding selesai. Bermula dari hari itu, rasmilah mereka sebagai suami isteri dan kedua-duanya dipercayai hidup bahagia di sana.

      Akan tetapi, kebahagian itu selalunya tidak kekal lama. Contoh seperti kes ini- Wu, seorang gadis yang sudah meninggal dunia.

      Dia dijual oleh orang tuanya kepada saudara mayat seorang lelaki dengan harga sekitar RM15,899 dalam upacara minghun.

      Minghun

      Selepas dikahwinkan dan dikuburkan bersama-sama, mayat Wu dicuri. Jasadnya kemudian dijual untuk dikahwinkan dengan mayat lelaki lain pada harga diskaun kerana sudah membusuk.

      Isu ini bukannya perkara yang baru berlaku. Telah banyak kes seumpamanya dilaporkan sekaligus menjadi kebimbangan ramai pihak.

      Mahkamah China sebelum ini telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas empat orang lelaki kerana menggali 10 buah kubur mayat wanita untuk dijual dengan harga RM125,523.

      Seorang lelaki bernama Song turut mengaku bersalah membunuh seramai enam orang wanita, untuk dijual sebagai pengantin wanita.

      Pengerusi Parti Komunis China, Mao Tse Tung pernah mengharamkan perkahwinan mayat pada tahun 1949, selepas Parti Komunis berkuasa.

      Pengharaman itu adalah sebagai usaha pihak berkuasa untuk menjauhkan rakyat negara itu dari beberapa tradisi pelik yang tidak produktif.

      Bagaimanapun, upacara pelik tersebut telah muncul semula beberapa tahun selepas itu dan terus berkembang sehingga ke hari ini.

      Cuma bezanya, keluarga mayat lelaki sudah ada pilihan untuk mendapatkan pengantin mayat wanita.

      Minghun
      Patung daripada biskut menggantikan mayat manusia.

      Bagi keluarga kaya, mereka boleh beralih ke pasaran gelap untuk membeli mayat wanita. Sementara keluarga yang kurang berkemampuan pula terpaksa membeli mayat busuk pada harga diskaun kemudian dipasangkan wayar keluli untuk mengukuhkan kerangka mayat.

      Bagi keluarga miskin pula, mereka tidak kisah walaupun terpaksa menggunakan patung menyerupai manusia yang diperbuat daripada biskut.

      Yang penting dapat meneruskan amalan pelik tinggalan nenek moyang terdahulu.

      BACA INI JUGA: Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

      -SENTIASAPANAS.COM