Mar 9, 2016

Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana Matahari

Gerhana matahari mahupun gerhana bulan adalah sebuah fenomena alam yang merupakan sunnatullah sebagai tanda-tanda dan bukti atas keagungan-Nya.

Gerhana+Matahari+2016

Gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bulan berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang sinarannya ke bumi manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak dapat memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Di zaman Rasulullah SAW, pernah berlaku gerhana matahari sekali, pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah.

Gerhana matahari biasanya terjadi pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya putera baginda, Ibrahim.

Kejadian ini merupakan takdir Allah SWT, kerana masyarakat jahiliah sejak zaman dahulu yakin bahawa gerhana terjadi apabila berlaku kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi, maka Allah Ta’ala membatalkan mitos jahiliah tersebut dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi SAW bertepatan dengan meninggalnya putera baginda.

Perkara ini turut menjelaskan kepada mereka yang mahu berfikir, bahwa gerhana matahari adalah fenomena alam yang telah digariskan Allah Ta’ala dan tidak ada hubungannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakutkan hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah, apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah." HR Bukhari dan Muslim

Hikmah dan pengajaran penting yang kita boleh ambil dari kejadian gerhana matahari ataupun bulan adalah:

Pertama: Keduanya merupakan tanda keagungan dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang mampu menghalang Allah Ta’ala, ketika Allah ingin Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar diluar kebiasaannya, untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa agungnya kuasa Allah SWT, maka tidaklah layak bagi manusia untuk menyombongkan dirinya di hadapan sang pencipta, Allah SWT. Oleh kerana itu sudah semestinya manusia tunduk patuh pada peraturan dan hukum Allah tidak kepada yang lain.

Kedua: Allah bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Dalam Al-Qur'an, Allah memberi amaran kepada hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana dengan bertambahnya fitnah dan kerosakan di muka bumi yang sebenarnya adalah kerana tingkah laku manusia sendiri, Allah Ta’ala berkehendak untuk menyedarkan mereka, bahawa azab dan seksaan-Nya di neraka sangatlah pedih dan kekal.

Namun di zaman sekarang, dimana kebanyakan manusia menilai kejadian di bumi hanya dengan 'kacamata luar' tanpa menoleh ke sisi dalamnya. Mereka mengatakan ini hanya sekadar fenomena alam biasa, tanpa melihat siapa yang mentakdirkannya dan apa hikmahnya.

Ketiga: Bahawa kejadian-kejadian alam seperti gerhana matahari tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang, kerana jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah. Jadi, perkara seperti ini adalah murni kerana kehendak Allah, maka barangsiapa meyakini bahawa kejadian alam ada kaitannya dengan kematian dan lahirnya seseorang maka dia telah menetapkan adanya pencipta alam semesta selain Allah Ta’ala.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: Kabarmakkah

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Subhanallah Maha Suci allah, banyak hikmah kejadian gerhana matahari ni kan

sungguh kuasa tuhan yang luar biasa. trims update artikel

Allah Maha Pencipta semua terjadi atas kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon