Oct 17, 2014

Rahsia Besar Solat Subuh!

Info Agama. Solat itu lebih baik daripada tidur! Inilah kalimah yang hanya dilaungkan ketika azan Subuh. Tidak pada waktu yang lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa.

Solat itu lebih baik daripada tidur!

Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan Syaitan untuk menghanyutkan manusia.

Ia bukan semata-mata ayat untuk kita mengerjakan solat, tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur.

Malah, hakikat itu turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.

Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman.

Cuba fikirkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak waktu solat lain?

Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Kenapa?

Sebab, jangka waktu inilah berlaku perubahan pada sistem tubuh, iaitu kenaikan tegangan saraf menurut perubatan Cina dimana perubahan saraf Simpatis (Yang) dan penurunan tegangan saraf Parasimpatis (Yin).

Kajian perubatan Cina ini juga mendapati, bermula antara jam 3 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur-ansur meningkat.

Risikonya, peningkatan adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.

Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung.

Pada tahun 90an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuluh darah. Zat yang diberi nama 'Nitrik Oksida' ini berfungsi untuk mengembang atau melebarkan pembuluh darah.

Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan lebih banyak gerakan setelah bangun daripada tidur.

Bermakna, kadar Nitrik Oksida dalam darah akan meningkat apabila anda bangun daripada tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekaligus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.

Sesungguhnya, setiap yang telah diwajibkan Allah itu terkandung manfaat dan kebaikannya. Allah Yang Maha Mengetahui, Dialah yang mengejutkan hamba-hamba-Nya dari lena dan menerangkan bahawa 'solat itu lebih baik daripada tidur' melalui kalimah azan itu sendiri.

Sabda Rasulullah SAW, "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak."

BACA INI JUGA: Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Subhanallah.. t kasih atas perkongsian & peringatan ini SP.

thanks sharing...solat itu wajib...nak mencari rezeki pun bermula awal pagi..insya allah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon