Oct 11, 2014

Video Ragut Di Johor Bahru Viral

Adakah kita yang terlalu cuai atau manusia semakin berani melakukan perkara-perkara jenayah? Ini kerana satu lagi kejadian jenayah yang dirakam, memperlihatkan ketamadunan manusia semakin pupus.

Video Ragut Di Johor Bahru Viral

Terkini, sebuah video menjadi viral di laman sosial memperlihatkan rakaman kes ragut di Taman Molek, Johor Bahru.

Mangsa seorang wanita yang sedang menjamu selera berseorangan di sebuah restoran secara tiba-tiba didatangi ‘mat motor’ yang wajahnya ditutup dengan helmet.

Peragut tersebut dengan berani merampas beg milik mangsa yang sedang diletakkan di atas paha mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan peragut pantas melarikan diri sebelum disedari orang ramai.

Mangsa yang terpinga-pinga cuba mendapatkan begnya semula namun gagal.

Kesian mangsa, sudahlah sedang lapar tiba-tiba begnya pula diragut. Memang kejam, moga-moga peragut itu segera ditangkap!



Mengapa perkara ini acap kali berlaku hingga boleh mendatangkan bahaya bagi nyawa mangsa yang terlibat?

Wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah kemana sahaja anda berada.

Jangan sudah terhantuk, baru terngadah!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Bahaya betul dengan kes ragut ni. kena jaga-jaga kan.

Semakin menjadi-jadi sebenarnya kes ragut sekarang ni..

Hanya hukum hudud sahaja yg boleh selesaikan masalah ini..

Mmg kena sentiasa berhati2 skrng kan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon