May 22, 2015

6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah.

Syurga dan neraka

1. Makan harta anak yatim secara haram

Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.

Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

2. Menuduh wanita solehah berzina

Orang yang menuduh wanita solehah berzina hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosanya tidak terhapus dan taubatnya tidak akan diterima Allah SWT.

3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu wahyu Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4. Melakukan sihir

Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5. Syirik kepada Allah atau menyamakan Allah dengan makhluk

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.

6. Membunuh Para Nabi yang diutuskan Allah SWT

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Sumber: Sportmusang

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon