Dec 24, 2015

Terima Kasih Ya Rasulullah!

Bila aku tak suka pada rasa makananku, aku teringat pada Rasulullah yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar.

Terima Kasih Ya Rasulullah!

Bila aku merasa pakaianku cuma sedikit, aku teringat pada Rasulullah yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringanku, aku teringat pada Rasulullah yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya.

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain, aku teringat pada Rasulullah yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya.

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada Rasulullah yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga.

Bila aku kecewa pada mereka yang menyakiti diriku, aku teringat pada Rasulullah yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya.

Bila aku berfikir tentang mereka yang membenci aku, aku teringat pada Rasulullah yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada Rasulullah yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT.

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada Rasulullah yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku, aku teringat pada Rasulullah yang menempuh segala kepayahan hidup demi ummatnya yang dicintai.

Assalamualaika ya Rasulullah...

Assalamualaika ya Habiballah...

Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman. Sohibul Azman...

Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan Islam..

BACA INI JUGA: Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Asalam..hebat sungguh nabi kita ni SP..semalam ada majlis selawat berjanji di rumah Etuza semalam..ahli keluarga ja..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon