Mar 11, 2016

'Janjilah Jangan Berbohong'

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan kisah seseorang yang berjumpa Rasulullah SAW kerana hendak memeluk agama Islam.

bercakap benar

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itupun berkata:

"Ya Rasulullah, sebenarnya saya ini selalu berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya," kata lelaki itu.

Dia turut menceritakan kejahatannya seperti suka mencuri, berjudi dan meminum minuman keras.

Rasulullah SAW pun menjawab, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau akan meninggalkan cakap bohong?" tanya Rasulullah.

"Ya, saya berjanji," jawab lelaki itu dengan singkat. Selepas itu dia pun pulang ke rumah.

Yang peliknya, Rasulullah SAW hanya menyuruh lelaki itu untuk meninggalkan cakap bohong.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu mula serba salah. Janjinya dengan Rasulullah SAW dirasakan sangat sukar.

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu," bisik hati kecilnya.

Namun, bila dia terdetik untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau mahu berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah?

"Sanggupkah engkau berbohong kepadanya," bisik hati kecilnya lagi.

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah, bererti aku telah mengkhianati janjiku.

"Sebaliknya, jika aku bercakap benar, bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.

"Oh Tuhan, sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya, lelaki itu akhirnya berjaya dalam perjuangannya menentang kehendak naluri sehingga menjadi mukmin sejati.

Semuanya kerana berjaya meninggalkan cakap bohong seperti janjinya dengan Rasulullah.

Bagaimana pula dengan kita?

BACA INI JUGA: Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Moga kita dijauhkan dari kata2 yg dusta dan nista...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon