Apr 10, 2015

Tidur Sebentar Waktu Siang Sunnah Nabi Muhammad SAW

Tidur pada waktu siang selama 45 minit hingga satu jam boleh meningkatkan lima kali ganda daya ingatan, menurut satu kajian.

Tidur
Gambar hiasan.

Dalam kajian tersebut, 41 pelajar diajar 90 perkataan dan 120 pasangan perkataan yang tidak berkaitan.

Separuh daripada mereka dibenarkan untuk tidur sebentar selepas itu.

Keputusan kajian mendapati pelajar yang tidur sebentar mampu untuk mengingat lebih banyak perkataan daripada pelajar yang tidak tidur.

Penyelia kajian, Profesor Axel Mecklinger berkata, tidur sebentar pada waktu siang di pejabat atau di sekolah mampu untuk meningkatkan kejayaan dalam pembelajaran

"Sesiapa yang berada di dalam persekitaran pembelajaran, perlu berfikir secara serius tentang kesan-kesan positif tidur sebentar pada waktu siang.

"Tidur sebentar dapat menghasilkan peningkatan lima kali ganda dalam meningkatkan daya ingatan maklumat," katanya dipetik Metro.uk

Kajian ini di muatkan dalam jurnal Pembelajaran Neurobiologi dan Ingatan.

Tidur Sekejap Di Waktu Siang Hari

Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.

Nabi Muhammad SAW telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam (Qiamullail).

Sabda Rasulullah SAW, “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Cara Niat Qailullah

Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”

Atau..

“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Semoga bermanfaat..

BACA INI JUGA: Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Memang terbukti baik untuk kita semua

Sayangnya, persepsi org klu tidur waktu siang ni adalah mereka yg pemalas.. terutama klu waktu pejabat hhmmm...

tidur sekejap tengahhari , bila bangun memang menyegarkan....

bagus utk mengelakkan keletihan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon