Sabtu, Julai 13, 2013

10 Solat Yang Ditolak Dan Azab Meninggalkan Sembahyang

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim).


Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya:
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

12 azab meninggalkan sembahyang

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 azab ke atasnya.

Tiga azab akan dirasainya semasa di dunia:-
  1. Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
  2. Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga azab ketika dia hendak mati:
  1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
  2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga azab akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur:
  1. Dia akan merasa susah untuk menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat:
  1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
  2. Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
  3. Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

BACA INI JUGA: Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Assalammualikum....sentiasa panas,

wah...macam mana kalau solat kita bertahun tetapi ditolak kan...sedihnya kan... kena buat solat sehabis baik ...

mselim3

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon