Friday, October 10, 2014

Emma Maembong Bidas Gambar Jadi Bahan Lucah!


Emma Maembong membidas perbuatan segelintir daripada peminatnya menyebarkan gambarnya bersama monyet peliharaannya yang mendapat komen-komen yang agak lucah daripada sebilangan pengikutnya di laman sosial.

Gambar Lucah Emma Maembong

Entah apa yang pelik dan kontroversi gambar yang dimuat naik tersebut sampaikan peminatnya sanggup memberi komen-komen lucah yang agak keterlaluan.

Kadang-kadang kita pula yang terpikir, apa sebenarnya yang otak mereka fikir sampai terbayang benda bukan-bukan.

Menurut Emma, dia berasa pelik dengan kelakuan sesetengah orang di luar sana yang sering berfikiran kotor dan lucah malah membesar-besarkan isu yang sepatutnya tidak timbul.

Gambar Lucah Emma Maembong [2]

“Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang-orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?

“Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena.

"Saya percaya kalau saya letak monyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.

“Mungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.

“Saya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu,” katanya lagi.

Sabar je la Emma, peminat ni memang macam-macam ragam dan gayanya.

Sekarangkan nama Emma tengah top, pastinya segala apa yang dibuat Emma akan mendapat perhatian ramai.

Sumber: Mynewshub.cc

4 comments

  1. sbb dia cantik n popular maka di usik sebegitu . kotor memanjang kot otak mrk tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah peminat kan, ada yang terlalu ekstrem..

      Delete
  2. Mcm2 manusia ni kan.. jadi retis begitulah lumrahnya...

    ReplyDelete
  3. manusia macam ni memang longkang sket.... normally, perempuan lah jadi mangsa, serba tak kena,....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon