Friday, August 08, 2014

'Senyumannya Ikhlas Dan Suaranya Seperti Malaikat'


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berusia 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya lain.

Motivasi diri
Gambar hiasan.

Pada satu Jumaat yang indah, ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam, cuaca bertukar mendung dan hujan mula turun.

Anak kecil itu membetulkan jubahnya seraya berkata, "Ayah! Saya sudah bersedia."

Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa?"

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."

"Anakku! Bukankah keadaan diluar sana sejuk dan hujan juga agak lebat."

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun."

Ayahnya berkata, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca begini."

Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi ayah."

Ayahnya yang berasa agak risau menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah." Dengan wajah bersinar-sinar anaknya meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapapun yang ditemuinya. Dia juga akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Selepas dua jam, hanya tinggal satu risalah "Jalan-jalan Syurga" ada ditangannya. Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di suatu jalan lalu mengatur langkah menghampiri rumah itu. Setibanya di rumah itu, ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Dia mengetuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang menahannya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri didepan pintu adalah seorang wanita dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?

"Makcik, maaf saya menggangu. Saya hanya ingin menyatakan Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang untuk menyerahkan risalah terakhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah."

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak, semoga Tuhan melindungi kamu."

Minggu berikutnya sebelum solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah wanita separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa disini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum Jumaat minggu lepas, saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mula bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya ikat hujung tali di galang dan hujungnya saya letakkan ke dalam leher.

"Apabila tiba saatnya untuk saya terjun dari kerusi, tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Saya menunggu sebentar. Pada anggapan saya, siapa pun yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.

"Belum pernah ada orang menekan loceng rumah saya sejak sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi membuka pintu.

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak secomel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti Malaikat."

"Makcik, maaf saya menggangu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan Makcik." Itulah kata-kata yang paling indah yang saya pernah dengar!

"Saya melihatnya pergi menyusuri hujan. Saya menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat dan akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa, saya letakkan semula ditempat asal. Saya tidak perlukan itu lagi.

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, Allah.

"Dibelakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya disini hari ini. Jika bukan kerana malaikat kecil yang datang hari itu, sudah tentu roh saya akan berada di dalam neraka selama-lamanya."

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Mereka bertakhbir Allahuakbar!

Imam turun dari mimbar dan memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar sambil menangis. Jumaat ini merupakan Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang lebih besar dari apa yang dia ada pada hari ini.

Anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon