Friday, September 25, 2015

Sila Dail 24434, Talian Paling Telus Di Dunia


Bayangkan apabila kita berdoa, lalu muncul situasi seperti ini, "Terima Kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk Meminta. Tekan 2 untuk Bersyukur. Tekan 3 untuk Mengeluh. Tekan 4 untuk Permintaan lain-lain..

24434

Atau anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini, "Maaf. Ketika ini semua Malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi.

Cuba anda bayangkan semasa sedang berduka dan ingin mengadu kepada-Nya, anda mendapat respon begini, "Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan Malaikat lain. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga atau neraka!"

Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini, "Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cuba lagi di lain hari!"

Boleh jadi anda akan mendengar kata-kata seperti ini, "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"

Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah ia satu jawapan yang akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah?

Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.

Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima setiap pabggilan dari hamba-hamba-Nya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya.

Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendail-Nya. Kenapa 24434?

2 rakaat - Subuh
4 rakaat - Zuhur
4 rakaat - Asar
3 rakaat - Maghrib
4 rakaat - Isyak

Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-Nya, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajud, duha dan taubat.

Kita juga boleh mendail talian 37 yakni Al-Qur'an yang memiliki 37 juzuk atau mendail 99 Asma'ul Husna, yakni nama-nama Allah.

Untuk lebih cantik kita boleh mendail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil atau GST.

Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepada-Nya.

Sebenarnya, inilah talian yang wajib anda dail setiap hari. Sayangnya, ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, di balas mesin suara dan tiada kawasan liputan.

BACA INI JUGA: Keindahan Gunung Pelangi Di China Membuktikan Kebenaran Al-Qur'an

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon