Sunday, March 17, 2013

Ketahui 9 Jenis Syaitan Supaya Kita Terhindar Darinya


Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yang akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak Adam.

Syaitan
Gambar hiasan.

Ketahui 9 Jenis Syaitan Supaya Kita Terhindar Darinya;

Zalituun

Duduk di pasar/kedai, tugas menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'awan

Menghasut pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.

Murrah

Merosakkan dan melalaikan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour.

Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

1 comment

  1. Assalammualaikum....sentiasa panas,

    Terima kasih atas ilmu pengetahuan yang mselim3 dapat hari ini... syaitan banyak nama sesuai dengan tugas2 nya.... mengoda dan merosakkan manusia dari jalan kebenaran...

    mselim3

    pls: terima kasih sekali lagi atas perkongsian nie..k

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon