Jan 22, 2016

Kisah Seorang Peniaga Yang Beriman

Pada suatu hari, seorang saudagar dizaman Tabiin, bernama Yunus bin Ubaid, meminta saudaranya menjaga kedai kerana dia mahu mengerjakan solat.

manusia beriman

Ketika itu, datanglah seorang Badwi yang hendak membeli dikedai itu. Saudara Yunus menunjukkan barang yang hendak dibeli dan dijual sebanyak empat ratus dirham, walhal harganya cuma dua ratus dirham. Barang tersebut dibayar oleh Badwi tersebut tanpa meminta dikurangkan harganya.

Dipertengahan jalan, dia terserampak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus yang sememangnya mengenali barang tersebut adalah dari kedainya lalu bertanya kepada Badwi.

"Berapakah harga barang ini kamu beli?" Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham.

"Harga sebenarnya cuma dua ratus dirham. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara," kata Yunus.

"Biarlah. Saya merasa gembira dan beruntung dengan harga empat ratus dirham sebab di kampung saya barang ini bernilai lima ratus dirham," kata Badwi itu.

Tetapi Yunus tidak mahu melepaskan Badwi itu pergi. Dia tetap mendesak agar Badwi itu kembali ke kedainya untuk dipulangkan baki dua ratus dirham.

Setelah Badwi itu beredar, berkatalah Yunus kepada saudaranya, "Adakah kamu tidak merasa malu kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dua kali ganda?

"Tapi, dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham," jawab saudara Yunus.

Kata Yunus lagi, "Ya, tetapi diatas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan diri kita sendiri."

Peniaga Yang Beriman

Semoga kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga yang beriman, termasuk juga peniaga-peniaga yang menjual barangan secara online.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku berharap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi dijiwa atau diharga." (Hadis riwayat lima Imam kecuali Imam Nasa'i)

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Sesungguhnya peniaga yg benar, jujur lagi beramanah itu merupakan jalan mudah menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Subhanallah walhamdulillah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon