Friday, June 19, 2015

Kelebihan Bersahur dan Berbuka Dengan Buah Kurma


Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk berpuasa sebaik mungkin, jadi bersahur dan berbuka adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian anda, tetapi juga mengerjakan ibadah tarawih.

Kurma

Bersahur dan berbuka dengan buah kurma adalah Sunnah Rasulullah kerana kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.

Malah, ketika berbuka juga anda disarankan untuk bermula dengan memakan kurma. Ini kerana kita dituntut untuk berbuka dengan yang manis terlebih dahulu supaya sistem pencernaan lancar apabila memakan makanan berat dan mengganti tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa.

Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K) yang mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.

Kebaikan potassium adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.

Selain itu, kurma juga mengandungi banyak protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan juga kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.

Jadi jadikan buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka untuk anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan juga amal ibadat.

Selamat berpuasa dan menjalani amal ibadat!

BACA INI JUGA: Panduan Bertenaga Dan Cergas Di bulan Ramadhan

1 comment

  1. Dalam sunnah pasti ada keberkatan, kebaikan dan kejayaan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon