Sep 12, 2014

Petua Rasulullah Untuk Mengubati Penyakit Lisan

Info Agama. Adakah kita pernah terfikir dan sedar diri sendiri bermulut celupar? Sedarkah kita apabila berbicara tanpa disedari diri anda telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkah kita dipinggirkan kerana suka bercakap 'lepas'?

Penyakit Lisan

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengunpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama: Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat, Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada hari akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam".

Kedua: Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri serta terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kat-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat, Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati".

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimah zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimah itu adalah 'Subhanallah wa bihamdidi' dan 'Subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan 'Maha suci Allah yang Maha Besar'.

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan sesiapa yang membaca 'Subhanallah wa bihamdidi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meskipun sebanyak buih di lautan.

Ketiga: Rasulullah mengajak agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon kemapunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahalazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Gunakan lidah anda dengan sebaiknya. Jangan kerana mulut badan binasa. Bercakap apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung tidak membawa manfaat kepada anda.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Perkongsian yang berguna. Nak kena amalkan juga macam ni.

Amalan yang sukar dilakukan sebenarnya. Sebab tu la ganjarannya besar..

In shaa Allah... akan diamalkan. T kasih.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon