Jumaat, Mei 16, 2014

Beruntunglah Insan-insan Yang Pelik Di Akhir Zaman

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan (ganjil) pelik. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil (pelik). Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil (pelik)." Hadis Muslim.

Pelik

Bertuah dan beruntunglah manusia yang asing dan pelik di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) buat kali kedua, hati-hati jernih fikirannya menjadi ghuraba.

Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika ramai orang disekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah?

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, bercouple sana-sini, bergurau senda sesama lelaki dan wanita, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Anda pelihara mukadimah zina, anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua itu?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri.

Pernahkan anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, namun anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda mempunyai pengalaman sebegini?

Jika PERNAH, maka berbahagialah!

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Ini adalah kerana andalah merupakan insan-insan yang sangat bertuah diakhir zaman kelak kerana tidak pernah berpaling daripada perintah Allah SWT.

Insyaallah..

BACA INI JUGA: Kesan Menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada Tubuh manusia

-SENTIASAPANAS.COM

Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon