Friday, June 26, 2015

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Keaiban Kita


Pada zaman Nabi Musa a.s., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka.

Aib

Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Maka berangkatlah Nabi Musa a.s. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih daripada 70 ribu orang. Mulalah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan kumuh penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa a.s. berdoa, namun, langit tetap terang benderang, matahari pun bersinar makin kemilau. Segumpal awan pun tak juga muncul.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi...

Allah SWT pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian."

Maka Nabi Musa a.s. pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tidak diturunkan kepada kaum kita."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, ketika itu dia sedar bahawa dirinyalah yang dimaksudkan.

Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan tidak akan diturunkan."

Maka hatinya pun gundah gulana, air matanya pun menitis, menyesali maksiatnya selama ini sambil berkata dalam hati, "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun, selama itu Engkau menutup aibku. Dan sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas taubatnya itu, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kamu disebabkan hamba yang kerananya hujan tidak turun."

Musa berkata, "Ya Allah, Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku, adakah Aku akan membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku?!"

BACA INI JUGA: Rahsia Disebalik Demam

Sumber: detikislam

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon