Mar 20, 2015

Wajib Menyeru Kepada Kebaikan Dan Mencegah Perkara Mungkar

Allah swt berfirman, maksudnya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian dari mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar”. (Surah Al Tawbah ayat 71).

Kebaikan-kemungkaran

Inilah sifat yang perlu ada dalam setiap diri muslimin dan muslimat dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk sentiasa menyeru kepada jalan yang benar.

Maka, dalam apa jua keadaan pun, amar makruf dan nahi mungkar tidak boleh diabaikan. Setiap dari kita sebenarnya mempunyai peranan masing-masing bagi menegakkan seruan tersebut kerana Allah swt telah memberi amaran terhadap perbuatan meninggalkan tanggungjawab ini.

Ini jelas dalam firmanNya yang bermaksud: “Telah dilaknati orang kafir daripada Bani Israil dengan lidah Nabi Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan sering melampaui batas. Mereka antara satu sama lain sering tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang mereka lakukan.” (Surah Al Ma’idah ayat 78 – 79).

Oleh itu, marilah bersama-sama kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran pada setiap masa.

Mudah-mudahan kehidupan kita bertambah baik dan dilindungi daripada keburukan serta beroleh keberkatan yang berpanjangan… aamiin.

BACA INI JUGA: Perkara Yang Tidak Mampu Dibeli Dengan Wang

Sumber: Khirkhalid.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Bersama2lah kita berpesan2 kpd kebaikan.. mudah2an kita juga beroleh keberkatan yg berpanjangan... aamiin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon