Dec 26, 2014

6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Tentu kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’. Namun, telah terbukti bahawa nama amatlah penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu.

Ustaz Sharhan Shafie

Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak:
  1. Balqis
  2. Qistina/Kistina
  3. Najwa
  4. Zaquan/Zakuan
  5. Batrisya
  6. Erisya

Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.

Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya...

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu 'dipakai' jin.

Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya menggunakan nama tersebut...

Wallahu a'lam..

BACA INI JUGA: Nama-nama Bayi Paling Popular Tahun 2015

Sumber: Trendmalaya

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

nama2 tu kah..ada anak murid nama2 macam tu. Agak pendiam yang balqis tu..Alhamdulillah nama2 anakEtuza ..biasa saja nama ..

Nama anak-anak SP pun biasa-biasa saja cikgu etuza. Susah ni kalau kasi nama yang luarbiasa..:)

Ini jangkaan aje... tapi nama2 diatas tak salah pun disisi islam... apapun kejadian atas izin Allah swt :) Sha memang bercadang nak letak nama anak balqis nanti.... hiks...

apapun terima kasih berkongsi bro SP...

Kesemua nama itu memang popular dikalangan ibu bapa

Perkongsian yg baik utk kita semua jadikan peringatan...

Puteri balqis
Najwa latif
Zaquan adha...huhu

nama-nama itu sering kesurupan lho

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon