Feb 12, 2016

Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun.

Cinta Terhadap Allah

Bila pemuda itu melihat Nabi Isa a.s. berada dihadapannya, maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s., kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat zarah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s., "Wahai saudaraku, kamu tidak terdaya untuk seberat zarah itu."

Pemuda itu berkata lagi, "Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s. pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s.berdoa maka dia pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama kemudian, Nabi Isa a.s. datang lagi ke tempat pemuda itu tetapi Nabi Isa a.s. tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.

Maka Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada orang di tempat tersebut dan berkatalah salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s. mendengar penjelasan itu, beliau pun berdoa kepada Allah SWT, "Wahai Tuhanku, tunjukkan kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja berdoa, Nabi Isa a.s. pun dapat melihat pemuda itu yang berada diantara gunung-ganang sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s. pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s. lalu Nabi Isa a.s. berkata, "Aku ini Isa."

Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak menyedarinya."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon