Jun 22, 2015

Kisah Penciptaan Nafsu Yang Degil Dan Suruhan Berpuasa

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 9 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai akal mengadaplah engkau."

NAFSU

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai akal berbaliklah engkau! Lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud, "Wahai akal! Siapakah aku?" Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau"

Setelah itu Allah SWT menyeksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah SWT menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa bagi tujuan mengawal nafsu.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu sangatlah degil dan jahat. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita.

Kita hendaklah menggunakan akal bagi mengalahkan setiap godaan nafsu, sebab kalau tewas dengan godaannya, musnahlah keimanan kita.

BACA INI JUGA: Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia

Sumber: Mukmin.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Nafsu dalam tubuh kita ni jahat kan?

Sememangnya sangat degil dan jahat..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon