Apr 3, 2015

Keistimewaan Ayat Surah Yusuf Dan Taha Yang Tidak Ternilai

Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya.

Al-Qur'an

Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya saya ingin berkongsi kepada anda semua dua ayat yang amat bermanfaat.

1. Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:

Ayat 4 dari surah Yusuf

2. Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39:

Surah Taha, ayat 39

Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai.

Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya.

InsyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat.

Apa yang baik itu datang Allah SWT dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.

BACA INI JUGA: Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam

Sumber: Shafiqolbu.wordpress.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

ya allah byk kelebihan surah yusuf ni.. saya baca masa taim mengandung...

Inilah nilai kasih sayang dan cinta Allah kepada makhluknya..

As salam, terima kasih kongsi ilmu kebaikan, Mohon share yea

Kalau orang tu stay jauh dari kita macam mana ya nak amalkan

Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon