Mar 20, 2015

Sakit Hati Melihat Kebaikan Dan Gembira Melihat Bencana

Adalah lumrah manusia apabila cemburu, iri hati serta sakit hati dengan kejayaan orang lain. Bukan setakat itu sahaja, malah kadang kala apa yang kita miliki dengan usaha titik peluh sendiri juga dicemburui.

Islam Dihina

Itulah sikap orang yang tidak beriman dan tidak bertaqwa sehingga ada kalanya sanggup bergembira dengan bencana yang menimpa orang lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan), maka yang demikian menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah s.w.t. meliputi pengetahuan - Nya akan apa yang mereka lakukan". (Ali - Imran : 120)

Sikap Orang Tak Beriman Dan Tak Bertqwa

Allah s.w.t. menjelaskan tentang keadaan dan sikap orang yang tidak beriman yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan munafik yang memusuhi orang-orang yang beriman.

Apabila orang-orang mukmin mendapat nikmat atau kebaikan seperti kemenangan dan kekayaan maka ia akan membuatkan orang kafir sakit hati dan gelisah.

Namun apabila orang-orang mukmin ditimpa bencana seperti kekalahan dan kesusahan, mereka akan berseronok dan gembira.

Ini kerana mereka sentiasa iri hati dan dengki terhadap kesenangan orag mukmin dan sentiasa merancang untuk kesusahan orang mukmin.

Namun Allah s.w.t. telah memberikan penawar yang berkesan kepada orang yang beriman dengan menyelamatkan mereka daripada kejahatan musuh melalui kesabaran, ketaqwaan dan bertawakal kepada Allah s.w.t. yang berkuasa mengawasi musuh kerana semua perkara berada di bawah kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t.

Oleh itu apabila seseorang bersabar menunaikan setiap suruhan syariat seperti solat, puasa dan sebagainya, dan bertaqwa (takut) daripada segala larangan Allah s.w.t., maka segala rancangan musuh (orang kafir) tidak akan berjaya dan tidak akan memberi sebarang kesan kerana sabar dan taqwa merupakan syarat kejayaan mengalahkan musuh.

Kesimpulan

Musuh Islam sentiasa merancang untuk memperdayakan orang beriman agar terpesong daripada landasan agama.

Mereka akan gelisah apabila orang Islam mendapat kesenangan dan bergembira apabila orang Islam ditimpa kesusahan dan bencana.

Dengan itu kita perlu sentiasa bersabar dan bertaqwa untuk menghadapi musuh kerana dengan sifat tersebut, semua rancangan musuh tidak akan berjaya.

BACA INI JUGA: 10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam

Sumber: Cetusan Minda / Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

jika dalam hati kita masih ada rasa hasad dan dengki hendaklah kita meminta ampun daqn sellau berdoa supaya dijauhkan dari hal tersebut

Benar. Hanya dengan bertaqwa kepada Allah kita akan mendapat pertolongan.

Syaitan bertopeng manusia tu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon