Feb 3, 2015

10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam

Wartawan dan pengarang Swiss, Roger Du Pasquier pernah berkata, “Di Barat, sama ada Kristian atau agama lain, tidak pernah benar-benar mengenali Islam. Sejak mereka melihat ia muncul di pentas dunia, Kristian tidak pernah berhenti menghina dan memfitnah untuk mencari justifikasi untuk melancarkan perang ke atasnya.”

Islam

Kali ini saya ingin memuatkan 10 salah faham terbesar mengenai Islam dari kaca mata masyarakat dunia. Semoga memberi pendedahan kepada kita semua terhadap salah anggap yang berlaku dan dapat menjawab setiap persoalan yang dilemparkan kepada agama Islam.

Muslim adalah Arab
Salah faham: Semua orang Islam adalah orang Arab

Imej biasa seorang muslim dalam pemikiran Barat adalah seorang lelaki berserban Arab dengan janggut yang panjang.

Walau bagaimanapun, imej ini adalah sebahagian daripada minoriti umat Islam. Arab terdiri daripada hanya 15% daripada penduduk Islam di dunia.

Fakta menunjukkan bahawa penganut agama Islam di Timur Tengah adalah yang ketiga, dengan Asia Timur pada tangga pertama (69%) dan kawasan benua Afrika (27%) pada tangga kedua.

Satu lagi salah faham yang biasa ialah bahawa semua orang Arab beragama Islam. Yang sebenarnya, walaupun majoriti orang Arab Islam (75%), terdapat banyak agama-agama lain yang diamalkan oleh orang Arab termasuk Kristian dan Yahudi.

Muslim dan Jesus
Salah faham: Orang Muslim membenci Jesus

Sebenarnya banyak persamaan fakta sejarah diantara Kristian dan Islam. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa orang Islam mengakui bahawa Jesus adalah salah seorang daripada utusan Tuhan (Allah), iaitu dikenali sebagai Nabi Isa.

Seseorang muslim itu wajib beriman dan percaya kepada kelahiran suci Maryam dan mukjizat-mukjizat yang terdapat pada Nabi Isa (Jesus).

Nabi Isa (Jesus) turut disebut di dalam kitab suci Al-Quran di dalam pelbagai surah dan baginda (Nabi Isa/Jesus) sering dirujuk sebagai contoh tauladan yang mulia dan terpuji.

Walau bagaimanapun, perbezaan utama diantara kepercayaan penganut Kristian dan Islam adalah, Islam tidak meletakkan Jesus sebagai tuhan.

Islam juga mempercayai Nabi Isa sebagai penyelamat manusia di akhir zaman.

Hak Kanak-Kanak
Salah faham: Kanak-kanak tidak mempunyai hak

Kanak-kanak, mengikut undang-undang Islam, mempunyai hak yang pelbagai. Salah satunya ialah hak dipelihara dan dibesarkan dengan baik dan diberi pendidikan.

Islam menggalakkan kanak-kanak dibesarkan dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab seorang dewasa untuk membesarkan anaknya untuk menjadi seorang dewasa yang bermoral dan beretika.

Anak-anak juga perlu diberi layanan yang adil. Apabila memberi hadiah wang, mereka semua harus mendapat jumlah yang sama dan tidak harus ada pilih kasih di kalangan mereka.

Kanak-kanak dibenarkan untuk mengambil sedikit daripada harta ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan bagi diri, walaupun jika ibu bapa enggan memberikan mereka perbelanjaan yang sepatutnya untuk hidup.

Seorang kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk dipukul di muka atau dirotan oleh apa-apa lebih besar daripada sebatang pensil.

Agama Yang Tiada Toleransi
Salah faham: Islam tidak boleh bertolak ansur kepada agama-agama lain

‘Bunuh orang kafir’ adalah frasa yang ramai orang percaya bahawa ini adalah ideologi orang Islam terhadap orang bukan Islam.

Ini adalah satu gambaran yang tidak betul tentang undang-undang agama Islam. Islam sentiasa memberi penghormatan dan kebebasan beragama kepada semua penganut agama lain.

Dalam Al-Quran mengatakan, ‘Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa’. (Surah al-Ma’idah : 8)

Terdapat banyak contoh sejarah toleransi Islam terhadap agama lain. Salah satu contoh adalah apabila Khalifah Umar menjadi penguasa Jerusalem dari 634 hingga 644 Masihi. Dia memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat agama dan berkata bahawa penduduk bandar adalah selamat dan tempat ibadat mereka tidak akan diambil dari mereka.

Beliau juga telah menubuhkan mahkamah yang telah ditetapkan kepada minoriti bukan Islam. Apabila beliau melawat kawasan suci (holy area) beliau akan meminta ketua Kristian, bapa Sophronius (Christian patriarch Sophronius) untuk menemaninya.

Jihad
Salah faham: Jihad bermaksud membunuh demi tuhan

Makna sebenar bahasa Arab bagi perkataan jihad adalah perjuangan. Terdapat banyak bentuk jihad tetapi yang paling penting adalah jihad al-nafs (jihad melawan nafsu diri), jihad bil-lisan (jihad dengan menjaga percakapan), yad bil jihad (jihad dengan menggunakan tindakan), dan Jihad bis Saif (jihad dengan menggunakan pedang).

Setiap jihad berada pada kedudukan berbeza dan telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pulang dari pertempuran dan berkata, ”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (yang pergi ke medan peperangan) kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan hawa nafsu).

Ini bermakna bahawa Islam mementingkan perjuangan menentang nafsu diri dan jiwa, lebih penting daripada jihad dalam perang.

Mati syahid tidak hanya mati di medan perang. Seseorang yang meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah, seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak, atau seseorang yang mati dalam kemalangan kereta ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, semuanya diberi kemuliaan syahid.

Perkahwinan Kanak-Kanak
Salah faham: Nabi Muhammad SAW adalah pedophile ( bermaksud sumbang mahram/salah laku seks terhadap kanak-kanak)

Walaupun ia adalah benar bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang pada ketika itu berusia sembilan tahun, tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil pedophilia.

Sejarah pada waktu itu menunjukkan, dan juga didalam Islam, umur di mana seorang perempuan telah dianggap bersedia untuk berkahwin adalah setelah mencapai akil baligh. Perkara ini juga terdapat dalam Bible, dan masih digunakan hari ini untuk menentukan umur perkahwinan di banyak kawasan di dunia. Ini adalah sebahagian daripada norma manusia.

Aisyah (Isteri Nabi Muhamad SAW) berkahwin setelah baligh 3 tahun sebelum perkahwinan. Dia telah mencapai umur akil baligh. Dan lelaki atau perempuan, menurut di sisi undang-undang Islam, mereka bertanggungjawab atas segala tindakan mereka di bawah undang-undang Islam. Pada waktu ini, mereka dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Dalam Islam juga, adalah menyalahi undang-undang untuk memaksa seseorang untuk berkahwin dengan seseorang jika mereka tidak mahu berkahwin.

Tidak ada sebarang petunjuk bahawa masyarakat pada zaman itu mengkritik atau mengecam gadis yang berkahwin pada usia muda. Sebaliknya, perkahwinan telah digalakkan oleh keluarga gadis dan telah disambut baik oleh masyarakat umum.

Keganasan Tentera Muslim
Salah faham: Tentera Islam adalah orang yang tidak bertamadun dan biadab semasa perang

Ini agak berlawanan kerana terdapat sepuluh peraturan perng yang setiap tentera Islam mesti patuhi:
  • Jangan melakukan pengkhianatan
  • Tidak menyimpang dari jalan yang lurus
  • Jangan merosakkan mayat
  • Jangan membunuh kanak-kanak
  • Jangan membunuh wanita
  • Jangan membunuh lelaki tua
  • Tidak memudaratkan atau membakar pokok
  • Jangan memusnahkan bangunan-bangunan
  • Tidak memusnahkan tanaman musuh, melainkan jika digunakan untuk makanan
  • Membiarkan orang yang menumpukan hidup mereka kepada perkhidmatan monastik

Semasa perang salib, apabila Salahuddin menewaskan tentera Frank, baginda memberi penghormatan kepada tentera Frank yang dikalahkan dan membekalkan mereka dengan makanan dan semasa perang salib ketiga apabila musuh Salahuddin, raja Richard jatuh sakit, Salahuddin menghantar kepada baginda hadiah buah-buahan dan kuda.

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kali kedua keatas Jerusalem dengan kata-kata berikut ini:

Pada tarikh 2 Oktober 1187, Salahuddin dan tenteranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi bandar Muslim. Salahuddin menepati janjinya, dan menakluk kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan yang paling tinggi.

Dia tidak berdendam untuk membalas pembunuhan tahun 1099, seperti yang Al-Qur'an anjurkan (16:127), dan sekarang, kerana permusuhan dihentikan, ia menghentikan pembunuhan (2:193-194).

Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada rampasan harta. Jumlah tebusan pun sangat rendah....

Salahuddin menangis tersedu-sedu kerana keadaan mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur berpecah-belah dan dia membebaskan banyak daripada mereka, mengikut imbauan Al-Quran, walaupun menyebabkan putus asa pengurus negara yang telah lama menderita.

Saudara lelakinya al-Adil begitu tertekan kerana penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka bersamanya dan kemudian membebaskan mereka di tempat itu juga...

Semua pemimpin Islam merasa tersinggung kerana melihat orang-orang Kristian kaya melarikan diri dengan membawa kekayaan mereka, yang boleh digunakan untuk menebus semua tawanan...

Heraclius membayar tebusan dirinya sebanyak sepuluh dinar seperti tawanan lain dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre.

Subhaanallah..

Hak Wanita
Salah faham: Wanita tidak mempunyai hak dalam Islam

Imej bagi seorang wanita memakai tudung dari kepala ke kaki, adalah seorang wanita yang tidak mendapat keadilan.

Dan terdapat negara-negara Islam di dunia yang melaksanakan banyak hukuman yang keras terhadap wanita, ini tidak harus digambarkan sebagai undang-undang Islam. Kebanyakan negara-negara ini mempunyai perbezaan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini harus diperhatikan bahawa semasa zaman sebelum ketibaan Islam, wanita telah digunakan untuk memuaskan nafsu sahaja dan tidak mempunyai kebebasan. Kelahiran anak perempuan dalam keluarga dianggap penghinaan dan amalan pembunuhan bayi perempuan adalah tidak terkawal.

Apabila Islam datang, agama ini melarang keras amalan pembunuhan bayi perempuan. Islam telah memberikan kembali hak asasi manusia yang banyak kepada wanita.

Seorang wanita Islam dibenarkan untuk menolak dan menerima apa-apa pinangan untuk berkahwin dan mempunyai hak untuk memohon perceraian.

Juga dari segi pendidikan, seorang wanita yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mencari ilmu demi kebaikan dirinya dan masyarakat.

Pada waktu ini, banyak wanita telah dieksploitasi dengan iklan produk yang mendedahkan aurat. Manakah yang lebih melindungi wanita? Islam atau undang-undang ciptaan manusia?

Disebarkan Melalui Pedang
Salah faham: Islam telah tersebar dengan pedang

Sejarawan De Lacey O’Leary mengatakan, “Sejarah menjelaskan bahawa lagenda tentera Islam fanatik yang menyerang dunia dan memaksa memeluk Islam dengan pedang terhadap bangsa yang ditawan adalah salah satu mitos yang paling hebat yang tidak masuk akal dalam sejarah dunia.“

Tidak ada catatan dalam sejarah yang menunjukkan orang yang dipaksa oleh mata pedang untuk memeluk agama Islam.

Apabila Islam tersebar melalui negara, mereka akan menubuhkan gereja persendirian dan rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam yang tinggal dibawah pentadbiran mereka dan kerana akhlak yang baik yang mereka telah terima, mereka sendiri tertarik untuk menukar agama.

Orang yang melihat sejarah dan gemar berfikir akan menyedari bahawa satu kumpulan kecil orang tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi ahli-ahli agama mengikut kehendak mereka.

Dan yang paling menarik untuk direnungkan, adalah apabila tentera Mongol menyerang dan menakluki sebahagian besar empayar Islam, dan tentera Mongol tersebut bukannya memusnahkan agama Islam, malah mereka pula menerima pakai ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Islam Itu Pengganas
Salah faham: Islam adalah pengganas

Setakat ini, ia merupakan salah tanggapan buruk terbesar tentang Islam, memandangkan media memberikan imej tidak adil dan sikap stereotaip awam (barat).

Kenapa tentera Amerika atau Israel yang menembak orang awam dilabelkan sebagai ’pembenci jenayah’, tetapi apabila seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga mereka, akan dianggap sebagai ’pengganas’?

Pihak media juga menggambarkan Islam sebagai suatu kultus atau kumpulan dimana jika kita menyertainya, kita menjadi seorang pengganas yang kini merupakan sebahagian daripada agenda buruk pihak barat.

Walau bagaimanapun, di seluruh dunia, Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu cara hidup.

Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menentang idea keganasan.

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas". (QS Al Baqarah: 190)

Tiada tempat dalam Islam, sama ada dalam al-Quran atau ajaran Muhammad, yang menggalakkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

BACA INI JUGA: Saya Rela Masuk Neraka Demi Manusia Lain!

Sumber: Infokinie.blogspot.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

di barat...mereka cuma ingin dengar perkara yang diorang nk dengar jer semata-mata kerna tertutupnya pemikiran mereka terhadap islam sedangkan mereka sendiri dengan gahnya mengatakan mereka adalah golongan yang terbuka mindanya...

Alhamdullilah... mudah2an pencerahan ini di dalam blog tersohor ini akan dapat diterima semua... sebenarnya salah faham ini bukan hanya terjadi kepada umat bukan islam tetapi umat islam sendiri... ramai juga yg buta sejarah dan menelan bulat2 apa juga yg disodorkan dari bahagian dunia lain.... terima kasih banyak2...

salam singgah

Minda mereka terbuka tapi tertutup oleh kebencian kepada agama orang lain..

Alala..blog ini jauh dari tersohor. Hanya blog picisan yang berkongsi sedikit maklumat. Namun, semoga kita semua mendapat sedikit pengetahuan dari kesalahfahaman tentang Islam.

psssttt... next time kalau saya cakap blog tersohor tu, jawab lah ... aminnnn!!! doa tu hehehehe...

muslim sendiri banyak yang belum paham islam secara betul tapi kalau mereka dah pahamkan islam secara betul maka lihatlah orang barat pun dah banyak yang muallaf karena mengakui kebenaran islam

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon