Selasa, Februari 19, 2013

Kenapa Hati Manusia Tidak Tenang?


Loading...

Pernahkah anda merasa serba salah? Terasa walau macam mana anda buat sekali pun, tidak ada rasa ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup anda dan perasaan tidak tenteram sentiasa memburu anda?

Hati

Ketahuilah, itu adalah antara sifat-sifat mazmummah yang telah tersemai dalam jiwa kita. Dan berikut adalah antara sifat mazmummah utama yang boleh menghilangkan rasa bahagia di hati

Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati sentiasa tidak tenang.

Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit.

Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan menderma. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.

Kerana walaupun fasiq, sifat pemurahnya tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga.

Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.

Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu apabila dimanfaatkan.

Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.

Ego

Ibu segala mazmummah ini membuatkan seseorang sentiasa tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika dipuji dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji dia akan mengurangkan amalnya.

Cinta dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.

Apabila mati, manusia cuma membawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” kerana sentiasa menjadi buruan dan rebutan.

Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan sebagainya, tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juga akhirnya.

Jadi sama-samalah kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahu a'lam..

BACA INI JUGA: Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja

Sumber: Dakwah.org

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Untuk menenangkan hati, boleh cuba kasturi syifa sebagai ikhtiar : )
http://muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon