Sep 28, 2015

Anakku, Lampu Ini Milik Kerajaan..

Seorang lelaki sedang tekun dimeja kerjanya. Dia bukan lelaki sembarangan. Dia merupakan seorang pemerintah sebuah kerajaan yang disegani.

Lampu+Pelita
Gambar hiasan.

Walaupun jam sudah menginjak larut malam, lelaki itu masih duduk disitu. Dia masih bekerja, merancang dan memikirkan masalah rakyatnya. Tugasnya bukan ringan, tanggungjawabnya berat.

Sambil ditemani lampu meja, tangannya asyik mencoret diatas satu persatu lembaran kertas.

Ketika sedang khusyuk itu, pintu biliknya diketuk. Kedengaran suara puteranya meminta izin untuk masuk kedalam bilik tu.

"Untuk urusan apa kamu datang kesini? Urusan kerajaan atau keluarga?" tanya lelaki itu.

"Urusan keluarga.." jawab anak tersebut dengan penuh kesopanan.

Tiba-tiba lelaki itu memadamkan lampu diatas mejanya. Serta-merta suasana dalam bilik tersebut menjadi gelap.

Terkejut dengan perbuatan ayahnya, si anak lantas bertanya, "Kenapa ayah padamkan lampu?"

"Anakku, lampu yang sedang ayah pakai ini dibeli dengan wang rakyat.

"Begitu juga dengan minyak yang digunakan untuk lampu ini terus menyala, juga dibeli dengan wang rakyat.

"Tidak sesuai untuk ayah gunakan selain untuk kepentingan rakyat sahaja.

Namun, jika perkara yang ingin kita bincangkan ini adalah urusan keluarga, tunggu sebentar..." jawab lelaki itu sebelum memanggil pembantunya.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Dia menyuruh pembantunya mengambil lampu dari ruang lain dan menyalakannya dibilik tersebut.

"Nah, sekarang lampu yang kita nyalakan ini adalah milik keluarga kita. Minyaknya pun dibeli dengan wang kita sendiri.

"Silakan anakku, berbicaralah tentang perihal keluarga yang ingin kau nyatakan tadi." kata lelaki tersebut.

Sebenarnya, lelaki ini amat dikenali peribadinya sebagai seorang pemerintah yang taat dan jujur.

Dia tidak mahu menggunakan wang negara untuk kepentingan keluarganya.

Siapa lelaki itu?

Dia ialah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, pemerintah keenam Bani Umaiyyah sekitar tahun 99 hijrah.

BACA INI JUGA: Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

kisah yang harus dijadikan pedoman oleh pemimpin zaman sekarang..

Adakah pemimpin seperti ini lagi pada zaman ini? Mengabihkan duit dan harta rakyat banyak le... Sebelum jadi pemimpin sewajarnya kisah Khalifah Umar ini dijadikan antara bahan rujukan buat pedoman.

Ada. Malangnya KK, segelintirnya diluar negara dan bukan beragama Islam..:(

Pedoman dan tauladan buat pemimpin2 masa kini juga buat kita semua...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon