Thursday, September 11, 2014

911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi

911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi

13 tahun pembohongan besar 11 September atau 911 sudah berlalu. Dan dalam tempoh 13 tahun itu kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah habis.

911 The Biggest lie

Diratah dan dilanyak tanpa batasan. Negara Islam dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi bahan santap!

Banyak teori konspirasi 911 yang muncul sebaik saja serangan 911. Ada yang mengemukakan fakta menarik dan ada pula yang percaya bulat-bulat.

Para pakar teori percaya bahawa bangunan WTC dimusnahkan oleh bom, panggilan telefon dibuat dari kapal terbang dan bekas Presiden George W. Bush secara rahsianya meraih keuntungan daripada serangan ini.

Berikut adalah antara 10 fakta menarik yang telah disusun bagi membuktikan bahawa serangan 911 sengaja dirancang oleh Bush, peringkat tertinggi kerajaan AS dan Zionis bagi mencipta alasan untuk memerangi pengganas.

Pelabur Dalaman Tahu Tentang Serangan Sebelum Ia Berlaku

Sebelum serangan 911 terjadi, telah berlaku urusniaga pelik dalam bursa saham dan firma insuran. Jumlah pelaburan 'luarbiasa' telah dibuat ke atas saham United Airlines dan American Airlines, kapal terbang yang dirampas ketika serangan.

Banyak spekulasi menyebut pelabur telah diberitahu dahulu tentang serangan itu dan meraih keuntungan besar darinya.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah melakukan siasatan dalaman setelah mendapat maklumat daripada sekurang-kurang satu firma Wall Street.

Pertahanan Udara Diarah Supaya 'Duduk Diam'

Kebiasaannya dalam menghadapi situasi kapal terbang dirampas, NORAD bersedia menghantar pesawat tempurnya untuk memintas atau menembak jatuh kapal terbang itu.

Dalam Peristiwa 911, Jeneral Norad berkata mereka belajar daripada rampasan dalam masa untuk melancarkan jet tempur.

Sesetengah skeptis percaya bahawa NORAD diarahkan supaya sistem pertahanannya 'duduk diam'.

Kapal Terbang Tidak Meruntuhkan Menara Kembar, Tapi Bom

Runtuhan WTC serupa dengan pemusnahan yang dikawal. Banyak spekulasi bahawa menara itu sebenarnya runtuh dengan bahan letupan yang diletakkan di tempat yang ditetapkan.

Sesetengah saksi sendiri mendengar letupan di dalam bangunan ketika mereka menyelamatkan diri. Ramai arkitek dan saintis bertegas bahawa bahan bakar kapal terbang tidak boleh menghasilkan kepanasan yang cukup untuk meleburkaan rangka keluli dua bangunan yang runtuh itu.

Serangan Di Pentagon Secara Saintifiknya Tidak Logik

Rempuhan di Pentagon mungkin jadi antara peristiwa yang paling meragukan semua pihak. Para teoris tetap mempertahankan hujah bahawa lubang rempuhan dalam Pentagon itu jauh lebih kecil daripada saiz pesawat komersial American Airlines.

Mereka turut mempersoalkan kenapa kapal terbang itu tidak ditembak jatuh sebelum rempuhan serta mengapa rempuhan kapal terbang itu di bahagian bangunan Pentagon yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Flight 93 Sebenarnya Ada

Pesawat keempat yang dirampas, Flight 93, telah terhempas di Shankville, Pensylvania. Adalah dipercayai yang penumpang pesawat itu melawan balik dan terhempas di atas padang.

Skeptis percaya bahawa Flight 93 selamat mendarat, dalam waktu yang sama pesawat ganti telah ditembak di udara.

Para teoris lain pula percaya bahawa kesemua penumpang telah dibunuh atau disembunyikan dan tidak pernah ditemui lagi.

Para Perampas Hidup. Bagaimana Pasport Mereka Selamat Dalam Letupan?

Selepas serangan 911, dokumentari 'Loose Change' mendedahkan bahawa kesemua perampas sebenarnya masih hidup di negara lain.

Sebaliknya, ada kemungkinan juga dua orang yang berbeza mempunyai nama yang sama. Tapi mereka telah mengemukakan hujah kukuh, bagaimana pasport pengganas selamat dalam letupan?

Dalam kemusnahan daripada serangan itu, pasport dan pengenalan diri telah ditemui sebagai bukti.

Ramai skeptis persoalkan bagaimana pengenalan diri dibuat daripada kertas yang selamat dalam letupan, yang mana bangunan musnah sama-sekali.

Panggilan Telefon Bersel Daripada Pesawat Adalah Palsu

Panggilan telefon dibuat dalam pesawat yang dirampas. Para saintis dan skeptis menegaskan bahawa telefon bersel tidak boleh menerima atau membuat panggilan daripada ketinggian biasa pesawat terbang.

Ada skeptis lain mempersoalkan panggilan telefon itu dibuat oleh anak kepada ibunya, yang mana dia memperkenalkan dirinya lengkap dengan nama pertama dan akhirnya.

Logikkah seorang ibu tak mengenali anaknya sendiri hingga anak terpaksa memperkenalkan diri sendiri?

Orang Yahudi Tahu Serangan Bakal Berlaku, Tidak Hadir Kerja Pada 11 September

Para teori mendedahkan terdapat 4,000 Yahudi yang tidak hadir berkerja pada 11 September 2001.

Setengah daripada individu pertama yang merakamkan serangan itu dengan kamera adalah orang Yahudi sendiri.

Banyak tindakan mereka yang mencurigakan dan meletakkan mereka dalam senarai suspek ekoran dari serangan itu.

Kotak Hitam Ditemui Oleh Krew Penyelamat Dan Dirahsiakan

Dalam minggu-minggu berikutnya selepas serangan, kotak hitam antara benda terpenting yang mesti dicari. Hanya itulah saja bahan bukti berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kokpit pesawat.

Tiga daripada empat kotak hitam berjaya ditemui dan hanya satu yang masih berada dalam keadaan baik untuk mendengar rakamannya.

Rakaman itu tidak didedahkan kepada umum. Skeptis percaya bahawa pita itu tidak akan didedahkan bagi menyokong kerja rahsia mereka.

Kapal Terbang Aluminium Tidak Boleh Menembusi Struktur Keluli Menara WTC

Rangka pesawat komersial dibina dengan bahan aluminium yang sangat ringan bagi memudahkan ia terbang.

Para saintis dan teoris menegaskan adalah tidak masuk akal sebuah pesawat boleh menyebabkan kerosakan sebagaimana dilakukan terhadap menara kembar WTC.

Para saintis dan teoris percaya bahawa peluru berpandu atau bahan letupan yang telah digunakan untuk memastikan bangunan berkerangka keluli kukuh itu runtuh sepenuhnya.

Sama seperti kejadian 911, Holocaust juga hanyalah rekaan dan pembohongan golongan Yahudi dan Nasrani.

Kejadian-kejadian ini malah mampu 'dipatahkan' secara fakta malangnya kerana menguasai media tersohor dunia, segala kejahatan ini berjaya disembunyikan malah kononnya diterima sebagai fakta yang tidak boleh dipersoalkan.

Malah, kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada umat Islam telah termaktub di dalam Al Quran.

Allah berfirman, "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

BACA INI JUGA: Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

-SENTIASAPANAS.COM

Awas Bahaya Vita-Lea Shaklee!

Awas Bahaya Vita-Lea Shaklee!

Saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai bahaya produk Shaklee selepas 'orang rumah' mengalami bengkak pada tiroid selepas memakan Vita-Lea keluaran Shaklee.

Shaklee

Selepas klinik mengesahkan 'orang rumah' hanya ada 7 pain darah dalam badan - loya, pening dan cepat pitam, saya dengan segera menghubungi pengedar Shaklee. Sebotol Vita-Lea berharga RM80 selepas diskaun, makan 2 biji sehari 1 jam selepas makan.

2 minggu selepas itu, tiroid 'orang rumah' tiba-tiba membengkak. Tangan terketar-ketar, degupan jantung terlalu laju.

Tapi tak tau la pula kalau selain pembengkakan tiroid, 'getaran' tangan dan degupan jantung terlalu laju sebahagian dari kesan memakan Vita-Lea ni.

Silapnya, kami tidak mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memakan Vita-Lea ni. Mungkin sebab terlalu risau dan nak 'orang rumah' cepat sembuh, siapa tak sayang bini kan..:)

Jadi, selepas merujuk kepada pakcik Google mengenai kesan sampingan apabila memakan Vita-Lea, rupanya bukan semua pesakit sesuai dengan kandungan yang ada didalamnya!

Vita-Lea Shaklee Bahaya?

Sememangnya Vita-Lea mengandungi banyak manfaat TETAPI ia menjadi BAHAYA jika anda berada dalam situasi tertentu.

Pesakit juga dinasihatkan untuk mendapat nasihat pakar kesihatan atau doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Vita-Lea Shaklee sekiranya mengalami salah satu daripada situasi di bawah:
  1. Mereka yang mempunyai masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi iodin, ini akan meningkatkan lagi paras iodin dalam tubuh pesakit dan mungkin akan menyebabkan keradangan.

  2. Pesakit SLE. Vita-Lea mengandungi alfalfa. Pesakit SLE tidak disarankan untuk mengambil sebarang suplimen yang mengandungi alfalfa. Kerana alfalfa mengandungi asid amino L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningatkan keradangan pesakit SLE.

  3. Alahan herba. Mereka yang mempunyai masalah alahan dengan herba kerana Vita-Lea Shaklee mengandungi herba iaitu alfalfa.

  4. Pesakit Thalassemia (terutamanya Thal. Major). Ini kerana Vita-Lea Shakle diformulasikan dengan Zat Besi. Pesakit Thalassemia sendiri mengalami bebanan berlebihan zat besi dalam badan.

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

Vitalea shaklee bahaya [2]

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kebaikan multi-vitamin Vita-Lea Shaklee jika diambil setiap hari, Vita-Lea dikatakan mampu:
  1. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

  2. Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

  3. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

  4. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.

  5. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Jadi, kesimpulannya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk kesihatan dan ubat-ubatan luar, sebab mungkin ianya berbahaya kepada kesihatan kita.

BACA INI JUGA: Tanda-tanda Buah Pinggang Sedang Rosak Dan Rawatannya

-SENTIASAPANAS.COM

Informasi Top 10

Informasi Top 10

Top 10
Info Top 10. Bertemu pula kita di ruangan yang memaparkan informasi berkaitan dengan informasi Top 10.

Ruangan ini diwujudkan khusus buat para pembaca blog SP bagi memudahkan pencarian info-info dan maklumat mengenai artikel Info Top 10.

Semoga pembaca sekalian menjenguk selalu ruangan Info Top 10 ini..:)

  1. 10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia
  2. 10 Hotel Paling Mewah Di Dunia
  3. 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja
  4. 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia
  5. Top 10 Bandaraya Pilihan Pelancong Dunia
  6. 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam
  7. 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia
  8. Penemuan 10 Spesies Haiwan Terbaharu 2013
  9. 10 Pantai Paling Berbahaya Di Dunia
  10. 10 Negara Dengan Internet Paling Laju
  11. Top 10 Air Terjun Paling Cantik Di Dunia
  12. 10 Terowong Pohon Kayu Paling Indah Di Dunia
  13. 10 Tablet Terbaik 2013
  14. 10 Gaya Potongan Rambut Paling Buruk
  15. Top 10 Istana Lama Paling Indah Di Dunia
  16. Top 10 Terowong Bawah Tanah Paling Popular Di Dunia
  17. Top 10 Bandaraya Paling Berbahaya Di Dunia
  18. Top 10 Negara Paling Kurang Dikunjungi Di Dunia
  19. Top 10 Gambar Paling Mahal Pernah Terjual
  20. Top 10 Wanita Penyeri Pemain Bola Sepak EPL
  21. Top 10 Negara Pramugari Tercantik
  22. Top 10 World's Most Dangerous Sports That You Probably Never Heard
  23. Top 10 Bintang Sherlock Holmes Yang Paling Popular
  24. Top 10 Pelakon Lelaki Bollywood Paling Kaya
  25. Top 10 Makanan Paling Mahal Di Dunia
  26. Top 10 Domain Name Paling Mahal Di Dunia
  27. Top 10 Kapal Selam Terbaik Sewaktu Perang Dunia Kedua
  28. Top 10 Wanita Tercantik Dunia 2013
  29. Top 10 Selebriti Hollywood Berpendapatan Paling Tinggi 2013
  30. Top 10 Bahasa Yang Paling Banyak Dituturkan Di Dunia
  31. Top 10 Bencana Terburuk Sepanjang Zaman
  32. Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat
  33. Top 10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Muat Turun
  34. Top 10 Lelongan Paling Bersejarah Di Dunia
  35. Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi
  36. Top 10 Selebriti Dengan Insuran Tubuh Paling Mahal
  37. Top 10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia
  38. Top 10 Janda Paling Hot Indonesia
  39. Top 10 Penjara Paling Teruk Di Dunia
  40. Top 10 Mi Segera Terbaik Dunia 2013
  41. Top 10 Negara Dengan Harga Petrol Paling Murah
  42. Top 10 Rekaan Bangunan Yang Sangat Pelik
  43. Top 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia
  44. Top 10 Pulau Paling Bahaya Di Dunia
  45. Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker
  46. Top 10 Pemain Besbol Paling Kaya
  47. Top 10 Kelab Bola Sepak Terkaya Didunia
  48. Top 10 Jambatan Paling Tinggi Di Dunia
  49. Top 10 Sungai Paling Panjang Di Dunia
  50. Top 10 Pantai Peranginan Yang Sangat Indah
  51. Top 10 Bangunan Purba Yang Paling Di Lawati Manusia
  52. Top 10 Artis Malaysia Paling Hot
  53. Top 10 Kos Pembikinan Paling Mahal Filem Hollywood
  54. Top 10 Air Terjun Paling Tinggi Di Dunia
  55. Top 10 Beautiful Women Who Were Born Male
  56. Top 10 Kereta Paling Pantas Di Dunia 2012
  57. Top 10 Gadis James Bond Paling Menawan
  58. Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia
  59. Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012
  60. Top 10 Tasik Paling Dalam Di Dunia
  61. Top 10 Jambatan Paling Panjang Di Dunia

Motivasi

Motivasi

Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi. -Hamka

Motivasi Albert Einstein

Semoga ruangan motivasi ini dapat memberikan ilmu dan kesedaran buat para pembaca.

"Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu.."

INFO MOTIVASI UPDATE: 16/MAC/2016

  1. 'Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya'
  2. Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri
  3. Kenapa Bijak Dan Punyai Bakat Belum Cukup Untuk Anda Berjaya?
  4. Hidup Senang Bebas Hutang Gaya Dave Ramsey
  5. Terima Kasih Sahabat
  6. Ditolak 6 Universiti Kerana Terlalu Berbakat!
  7. 3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia
  8. Marilah Belajar Dari Semua Ini..
  9. 9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya
  10. Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!
  11. Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?
  12. Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal
  13. Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya
  14. 'Membeli' Pengalaman Akan Membuat Kita Rasa Lebih Bahagia!
  15. 13 Amalan Mempercepatkan Jodoh
  16. Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?
  17. 'Abang dan Anak-anak Syurga Saya..'
  18. 7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu
  19. 10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya
  20. Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?
  21. Bukankah Pak Cik Buta?
  22. 8 Tips Menangani Putus Cinta
  23. Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara
  24. 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji
  25. Anda Tidak Pernah Puas?
  26. Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs
  27. 6 Rahsia Orang Berjaya
  28. 10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!
  29. 3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford
  30. Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin
  31. 7 Sebab Kita Perlu Kaya
  32. Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin
  33. "Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik"
  34. Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!
  35. GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!
  36. 7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan
  37. Kasih Tak Terbanding Anak Pada Ibu Angkat
  38. Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah
  39. Memberi Nasihat Secara Terbuka Sebenarnya Mencela!
  40. Kad Selamat Tinggal Seorang Ibu Yang Menyedihkan
  41. Adakah Puasa Menjadikan Kita Lemah?
  42. Seorang Wanita Dan Kisah Sepotong Kuih
  43. Adakah Nilai Kecemerlangan Diukur Dengan Banyaknya A?
  44. Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya
  45. Jika Ia Adalah Cinta..
  46. Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?
  47. "Saya Belajar Menjadi Ketua Dan Pengikut Yang Baik"
  48. Adakah Bos Anda BODOH Dan ANGKUH Seperti Ini?
  49. TIK! TIK! Dari Angka Satu Menjadi 31,104,000!
  50. Percaya Tak, Ibu Kita Pembohong Besar!
  51. Aristotle Pernah Ditanya Perkara Yang Paling Ditakutinya..
  52. 101 Pertanyaan Untuk Membuat Hidup Anda Luar Biasa
  53. Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya
  54. Sedarkah Anda Betapa Mulianya Doa Seorang Ibu
  55. Adakah Anda Memiliki Budi Pekerti Dan Menghormati Orang Lain?
  56. Wanita Mampu 'Membebel' 30,000 Perkataan Sehari!
  57. Bernilaikah Diri Anda Di Mata Orang Lain?
  58. Panduan Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak
  59. Kisah Manusia Yang Terlupa Mendongak Ke Langit
  60. Jangan Tanya Kenapa Tapi Tanyalah Mengapa..
  61. Kisah Teladan Dua Biji Benih
  62. Kisah Sedih Seorang Isteri Yang Menyentuh Hati
  63. Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa
  64. Harapan Tidak Pernah Mati, Ia Cuma Cahaya Yang Telah Hilang
  65. Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?
  66. Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti
  67. Panduan Mudah Bagaimana Untuk Menjadi Manusia Luarbiasa
  68. Panduan Mengurangkan Stress Dalam Situasi Sukar
  69. Kebaikan Itu Terasa Menyakitkan
  70. Jauhilah Diri Kita Dari Memiliki Angan-angan Yang Hina
  71. Mendengar Muzik Ketika Berlari Mampu Galakkan Kita Bersenam
  72. Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup
  73. Bersyukurlah Atas Kesakitan Yang Menimpa
  74. Apabila Bersuara, Adakah Anda Menegur Atau Mengutuk?
  75. Adakah Pengalaman Mendewasakan Kita?
  76. Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda
  77. The 10 Golden Rules of Become Rich
  78. Kisah Perit Sebelum Bergelar Jutawan Muda Pemuda Thailand
  79. Bagaimana Menghadapi Percintaan Jarak Jauh?
  80. Petua Menasihati Anak Yang Degil
  81. Belum Matang Punca Ramai Luah masalah Peribadi Di Laman Sosial
  82. Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia
  83. Perkara Yang Tidak Mampu Dibeli Dengan Wang
  84. Masyarakat Yang Hidup Dalam Timbunan Sampah
  85. Inilah Perbezaan Antara Pemimpin Dan Bos Di Malaysia
  86. Kenapa Anda Selalu Gagal?
  87. Tips Untuk Menangani Stress Melampau
  88. Tips Bagaimana Menghilangkan Rasa Bosan Melampau Anda

Informasi Top 5

Informasi Top 5

Top 5
Bertemu pula kita di ruangan yang memaparkan informasi berkaitan dengan keyword Top 5.

Ruangan ini diwujudkan khusus buat para pembaca blog SP bagi memudahkan pencarian info-info dan maklumat mengenai artikel Top 5.

Semoga pembaca sekalian menjenguk selalu ruangan Top 5 ini..:)

  1. 5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS
  2. Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui
  3. Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud
  4. Top 5 Pen Paling Mahal Di Dunia!
  5. Top 5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia
  6. Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia
  7. Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik
  8. Top 5 Kerugian Termahal Dunia Atas Kesilapan Manusia
  9. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [5]
  10. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [4]
  11. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [3]
  12. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai [2]
  13. Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai
  14. Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia
  15. Top 5 Tiang Bendera Paling Tinggi Di Dunia
  16. Top 5 Blog Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia
  17. Top 5 Bandar-bandar Asia Yang Bakal Tenggelam
  18. Top 5 Pemimpin Kejam Paling Dibenci Dunia
  19. Top 5 Fakta Yang Sebenarnya Tidak Tepat
  20. Top 5 Makanan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia
  21. Top 5 Lukisan Lucah Termahal Didunia
  22. Top 5 Pantai Paling Merbahaya Di Dunia
  23. Top 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Dunia
  24. Top 5 Haiwan Darat Yang Paling Berbisa
  25. Top 5 Haiwan Laut Yang Paling Berbisa
  26. Top 5 Rumah Paling Mahal Di Dunia
  27. Top 5 Hibrid Tablet + Laptop Terbaik 2012
  28. Top 5 Tablet Terbaik 2012
  29. Top 5 Smartphone Terbaik 2012
  30. Top 5 PC Games Terbaik 2012

Wednesday, September 10, 2014

Isu Seluar Ketat Tonjol 'Anu', Zizan Razak Mohon Maaf!

Isu Seluar Ketat Tonjol 'Anu', Zizan Razak Mohon Maaf!

Nampaknya bukan hanya pengacara wanita sahaja yang perlu berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian, hos lelaki pun perlu juga menitik beratkan perihal ini agar penampilan sentiasa kelihatan kemas dan tidak ada cacat celanya di mata penonton.

Seluar Zizan Tonjol Anu

Ini kerana penampilan pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) iaitu Zizan Razak yang tampil dengan seluar ketat sehingga menampakkan benjolan alat sulitnya mendapat kritikan daripada sesetengah peminat yang menonton program popular itu, Ahad lalu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Zizan menyatakan hal itu adalah sesuatu di luar kawalannya dan telah memohon maaf mengenainya.

"Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.

"Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya.

"Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

"Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan," katanya memetik Harian Metro.

Seluar Zizan Tonjol Anu [2]

Zizan turut menambah dia tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menukar seluar pada ketika itu kerana tiada sebarang seluar gantian yang disediakan sepanjang mengacarakan konsert minggu pertama AF 2014.

Takpelah Zizan, ambillah perkara ini sebagai pengajaran dan elakkanlah memakai pakaian yang terlalu ketat, sebab nanti dah lari fokus pula penonton, dari nak tengok peserta, kang tak pasal-pasal mata asyik terpandang kat bahagian situ je pulak..

Sumber: Mynewshub.cc (link)

MH17: Pesawat Sah Ditembak Peluru Berpandu!

MH17: Pesawat Sah Ditembak Peluru Berpandu!

THE HAGUE - Pakar Belanda berkata, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pecah di udara selepas ditembusi oleh 'beberapa objek pada kelajuan tinggi'.

MH17-ditembak-peluru-berpandu

Laporan awal siasatan membabitkan nahas itu yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Belanda berkata, 'tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia'.

Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat itu terkorban apabila pesawat berkenaan terhempas dilaporkan dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di timur Ukraine.

Hasil laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat yang mengandungi data rakaman, kawalan trafik udara, imej satelit dan gambar dari tempat nahas untuk melengkapkan laporan berkenaan.

Mereka berkata, pesawat itu kemungkinan pecah di udara akibat daripada kerosakan struktur disebabkan oleh beberapa objek berkelajuan tinggi yang menembusi pesawat berkenaan dari luar.

Rakaman suara kokpit mendedahkan tiada tanda mengenai sebarang kesilapan teknikal atau situasi kecemasan, kata pakar penyiasat.

Pesawat Boeing 777 itu terhempas antara Krasni Luch di wilayah Luhansk dan Shakhtarsk, Donetsk pada 17 Julai lalu.

Kerajaan Ukraine dan beberapa pemimpin negara Barat berkata, terdapat bukti kukuh bahawa pemberontak pro-Russia yang menembak jatuh pesawat komersial berkenaan dengan sistem anti-pesawat dikenali sebagai BUK.

Bagaimanapun, pihak Russia menyangkal dakwaan bahawa mereka membekalkan sebarang senjata atau peluru berpandu kepada pemberontak itu.

Pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia bekerjasama menyiasat nahas berkenaan.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata, laporan akhir berkaitan nahas MH17 dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun.-Berita Harian

Bukti

Gambar di bawah terkandung dalam laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda.

Ia jelas menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal.

Corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan bahawa pesawat berkecai di udara, kata lembaga itu.-Mynewshub.cc

MH17-ditembak-peluru-berpandu [2]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [3]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [4]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [5]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [6]

-SENTIASAPANAS.COM

Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

Itulah keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh John Ferraro yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat. Siapakah manusia hebat ini?

John Ferraro aka Gino Martino

Ferraro merupakan seorang ahli gusti profesional Amerika. Di gelanggang gusti, dia lebih dikenali dengan nama Gino Martino dan sering menjuarai banyak pertandingan yang disertai.

Dia merupakan bekas juara NWA New England Heavyweight Champion, NWA New England Colonial Heavyweight Champion, NWA New England Tag Team Champion dan pemenang Tony Rumble Memorial Rumble 2004.

Kekuatan Ferraro bukan setakat di gelanggang gusti malah dia juga sebenarnya mampu memecahkan pelbagai objek keras hanya dengan menggunakan kepalanya.

Antara aksi yang pernah dilakukannya ialah menggunakan dahinya sebagai penukul ke paku sepanjang sembilan inci sehingga terbenam ke dalam permukaan kayu.

Dia juga mampu membengkokkan duit syiling dan melentur paku menggunakan dahinya. Pernah menanduk kerusi besi sehingga melekuk dan yang paling menakutkan, dia telah membiarkan bola boling seberat 7.25 kilogram jatuh di atas kepalanya daripada ketinggian 4.6 meter untuk memecahkan blok konkrit yang diletakkan di atas kepalanya.

John Ferraro aka Gino Martino [2]

Melihat aksi-aksi yang menyakitkan itu, biasanya pelaku akan mengalami impak dan kecederaan teruk terutamanya pada bahagian kepala.

Tapi, apa yang mengagumkan, tengkorak kepala lelaki ini langsung tidak terjejas atau retak walau sedikit pun. Pelik, bagaimana tengkorak Ferraro mampu menahan hentakan melebihi tahap yang boleh diterima oelh tengkorak kita?

Ferraro sendiri tidak dapat menjelaskan anamoli yang berlaku pada tubuhnya. Dia cuma boleh menyatakan bagaimana kali pertama dia menyedari memiliki bakat tersebut.

Menurut Ferraro, kejadian itu berlaku sewaktu zaman kanak-kanaknya lagi. Ketika dia sedang berlari mengejar abangnya, tiba-tiba dia tertanduk pintu kayu sehingga pecah. Ketika itulah dia menyedari keistimewaan yang dimilikinya.

Pada 19 Ogos 2010, Ferraro telah muncul dalam rancangan televisyen Stan Lee's Superhumans. Menerusi program itu, tengkorak Ferraro diperiksa selepas menunjukkan aksi ngeri.

John Ferraro aka Gino Martino MRI

Hasil pemeriksaan MRI yang dilakukan oleh pakar dari Harvard Medical School, mengesahkan bahawa tengkorak Ferraro begitu istimewa. Ukuran tengkoraknya mencapai ketebalan 16 milimeter, tiga kali ganda lebih tebal berbanding manusia biasa.

Tengkorak merupakan antara tulang yang paling padat dan kuat selepas gigi. Di atas tengkorak, terdapat satu lapisan keras dinamakan kulit kepala dimana terletaknya rambut. Kedua-dua struktur kulit dan rambut berperanan melindungi tengkorak.

Secara purata, ketebalan tengkorak lelaki dewasa mencapai sekitar 6.5 mm, manakala wanita sekitar tujuh mm. Namun, jika ukuran tengkorak mencapai 16 mm seperti dimiliki Ferraro, jelas sekali ia sangat tebal dan melebihi tahap normal.

Soal kenapa Ferraro memiliki ketebalan tengkorak yang sangat luar biasa, tiada jawapan saintifik untuk soalan itu. Pemeriksaan kesihatan mendapati Ferraro tidak mengalami akromegali atau sebarang penyakit pembesaran tulang.

John Ferraro aka Gino Martino Nail

Dalam kes Ferraro, aksi-aksi yang ditunjukkannya bukanlah perkara normal. Hanya dia yang mampu melakukannya. Orang lain dengan ketebalan tengkorak biasa tidak akan mampu melakukan aksi sebegitu walaupun menjalani latihan sekeras manapun.

Dengan kata lain, tiada situasi yang boleh menyebabkan tengkorak normal menjadi lebih tebal dan kuat.

Tapi bagi Ferraro, memandangkan tengkoraknya lebih tebal, dia mampu menahan hentakan yang lebih tinggi berbanding orang biasa.

Hebat kan..

BACA INI JUGA: Pelik! Manusia Berkulit Kertas Di China

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 09, 2014

Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan

Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan

Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai ‘Medan Amali Ketamadunan Manusia’. Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini.

Say no to Jews

Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.

Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.

Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza.

Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel.

Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.

Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).

Dimensi baru konflik Palestin - Israel

Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya, ‘Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?’ – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.

Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus.

Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai ‘racist’ setaraf dasar ‘apartheid’. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.

Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan ‘Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia’ pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain.

Ditanya ‘Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?’ – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak.

Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.

Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).

Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.

Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah air kepada penduduk asal Palestin.

Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – ‘delegitimising’ - yang mempersoalkan ‘legitimasi’ atau status negara haram Israel.

Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.

Konsep ‘delegitimising’ terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB.

Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran ‘delegitimising’ ke seluruh dunia.

Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.

Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.

Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia.

Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan.

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Al-Isra’: 1)

–HARAKAHDAILY 5/9/2014

*Syahir Sulaiman ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tragedi Love Canal Yang Menggemparkan

Tragedi Love Canal Yang Menggemparkan

Pelupusan sisa-sisa buangan kimia adalah amat penting bagi memastikan ia tidak mendatangkan bahaya kepada alam sekitar dan juga manusia.

Love Canal Tragedy

Jika dilupuskan dengan cara yang salah, ia pasti akan mengundang tragedi seperti yang berlaku di Love Canal, Niagara Falls, Amerika Syarikat sekitar tahun 1978 dahulu.

Tragedi Love Canal adalah salah satu tragedi alam sekitar paling mengejutkan dalam sejarah Amerika Syarikat. Disitu, penduduknya menderita kesan sampingan akibat sisa toksik yang dilupuskan dibawah rumeh mereka.

Penduduk dewasa dan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan yang serius dan kronik seperti barah, keguguran, kecacatan semasa kelahiran dan macam-macam lagi.

Love Canal adalah sebuah kawasan di pinggir timur Niagara Falls, New York yang telah dibuka oleh seorang usahawan bernama William T. Love sekitar tahun 1890an. Love bercadang mahu membangunkan kawasan itu menjadi sebuah kawasan penempatan dan industri yang unggul.

Beliau telah mengorek tanah dan membuat sebuah terusan antara atas dan bawah sungai Niagara untuk menjana kuasa elektrik yang murah ke bandar impiannya. Namun, impiannya untuk membangunkan bandar tersebut tidak terlaksana kerana masalah ekonomi.

Pada tahun 1910, projek itu dibatalkan dan apa yang tinggal hanyalah sebuah terusan yang terbengkalai. Selepas itu, kawasan tersebut telah dilelong dan terusan terbengkalai itu telah dijadikan sebagai kawasan pelupusan bandar Niagara Falls.

Pada tahun 1942, tanah berkenaan diambil alih oleh Syarikat Hooker Chemical and Plastics Corporation yang meneruskan penggunaan kawasan itu sebagai kawasan pelupusan sisa kimia dan telah melupuskan sebanyak 21,800 tan sisa kimia.

Pada tahun 1953, tapak pelupusan itu telah ditimbus dengan tanah dan syarikat itu kemudian telah menjual tanah tersebut kepada Lembaga Pendidikan Niagara Falls dengan harga satu dolar!

Love Canal Tragedy [2]

Pada masa itu, penduduk Niagara Falls telah berkembang secara drastik dan mereka memerlukan tanah untuk membina sekolah baru.

Tanpa berfikir panjang mereka membeli tanah tersebut kerana terdesak walaupun tahu kawasan tersebut telah digunakan untuk melupuskan sisa toksik.

Pada tahun 1955, kira-kira 100 buah rumah telah dibina dikawasan tersebut. Kebanyakan penduduk yang tinggal di situ tidak tahu kawasan tersebut dahulunya adalah tempat pelupusan sisa toksik.

Semuanya kelihatan normal dan tiada masalah sehinggalah selepas musim sejuk luar biasa melanda pada tahun 1976. Salji yang cair telah meresap ke dalam tanah telah memaksa sisa kimia yang tertanam keluar ke permukaan dan penduduk telah terdedah kepada sisa kimia tersebut.

Tahun-tahun berikutnya, penduduk mula mengalami pelbagai masalah kesihatan. Kadar keguguran, bayi yang mati selepas lahir dan juga bayi yang lahir dengan kecacatan turut meningkat dengan luar biasa.

Satu kajian oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menunjukkan bahawa daripada tiga puluh enam orang yang diuji, sebelas mempunyai kerosakan kromosom. Daripada 15 orang bayi di Love Canal, hanya dua orang disahkan sihat.

Akhirnya, pada musim bunga tahun 1978, Pesuruhjaya Kesihatan Negeri, Dr. Robert P. Whalen mengisytiharkan kawasan disekitar Love Canal berbahaya dan tidak selamat untuk didiami. Lebih daripada 1,000 keluaraga terpaksa berpindah keluar dari kawasan Love Canal.

Kawasan berbahaya itu mendapat perhatian negara dan pada 7 Ogos 1978, Presiden Jimmy Carter mengarahkan Agensi Bantuan Bencana Persekutuan membantu mangsa.

Agensi diperingkat negeri dan persekutuan telah menghabiskan beratus-ratus juta dolar cuba untuk membersihkan pencemaran di Love Canal. Daripada jumlah itu, Hooker Chemical telah diarahkan untuk menyumbang sebanyak USD$130 juta dolar.

Ekoran tragedi itu, satu akta baru iaitu Akta Tindakan Komprehensif Alam Sekitar, Pampasan dan Liabiliti telah diwujudkan bagi tujuan mengutip cukai terhadap syarikat-syarikat industri bahan kimia dan gas.

Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi membersihkan dan membaik pulih kawasan yang terjejas oleh bahan buangan berbahaya seperti yang berlaku di Love Canal pada masa hadapan.

Love Canal Tragedy [3]

Bagaimanapun, pada awal tahun 1990an, sebahagian kawasan itu diisytiharkan sudah bersih daripada pencemaran sisa toksik dan selamat untuk diduduki oleh EPA.

Lebih 200 rumah yang ditinggalkan dikawasan bahagian utara Love Canal telah dibaiki dan dijual semula dan kawasan itu kini dikenali sebagai Black Creek Village. Bahagian lain Love Canal telah dipagar dan kekal menjadi kawasan larangan.

Kejadian ini menjadi salah satu contoh kepada dunia bahawa bahaya sesuatu sisa yang tidak dilupuskan dengan cara yang betul.

Ia boleh berlaku lagi dimana-mana bahagian dunia kecuali kita bersama-sama mencegahnya.

Rujukan; Wikipedia

-Sentiasapanas.com

Juruterbang Kamikaze Kembali Disanjung!

Juruterbang Kamikaze Kembali Disanjung!

Juruterbang Kamikaze, Yutaka Kanbe, 91, sepatutnya maut tujuh dekad lalu. Kesanggupan Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 ketika episod akhir Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan nyawa Kanbe serta ribuan juruterbang kamikaze yang lain.

Kamikaze

Namun, Kanbe bimbang apabila Perdana Menteri Shinzo Abe mengagungkan kembali misi kamikaze ketika jutaan rakyat negara itu sudah lama melupakan keperitan zaman perang tersebut.

"Ia tidak boleh diterima akal. Saya tidak menyokong sebarang idea untuk mengagungkan misi (kamikaze) itu. Jepun boleh menyertai peperangan sekali lagi jika semua pemimpin negara ini berfikiran seperti Abe.

"Saya akan mati tidak lama lagi tetapi saya mula bimbang dengan masa depan Jepun jika menyertai peperangan sekali lagi," kata Kanbe yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang Tentera Laut Diraja Jepun.

Kamikaze atau angin suci merujuk kepada juruterbang yang sanggup mengorbankan diri dengan cara merempuh kapal perang laut musuh menggunakan pesawat tempur ketika Perang Dunia Kedua.

Angkatan kamikaze ditubuhkan atas perintah Maharaja Hirohito ketika Perang Dunia Kedua. Seramai 4,000 anggota kamikaze dilaporkan terbunuh dalam misi tersebut.

Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai bilangan sebenar anggota kamikaze yang masih hidup selepas tamat Perang Dunia Kedua dan kisah mereka juga tidak pernah dihebah kepada masyarakat dunia.

Filem The Eternal Zero yang diadaptasi daripada sebuah novel mengenai pasukan itu telah menyebabkan nama angkatan kamikaze kembali menjadi sebutan ramai sejak awal tahun ini.

The Eternal Zero

Karya Box Office tersebut mengisahkan seorang juruterbang Jepun yang enggan menyertai misi kamikaze kerana telah berjanji dengan isterinya untuk pulang ke pangkuan keluarga selepas peperangan tamat.

Bagaimanapun, juruterbang itu dijatuhi hukuman mati kerana keengganannya dan meminta pihak tentera menjaga keluarganya selepas kematiannya.

"Saya menghormati keberanian pasukan kamikaze. Mereka mengorbankan nyawa untuk memastikan ahli keluarga mereka terus hidup dalam negara yang bermaruah," kata pelajar Universiti Tokyo, Tsurugi Nakamura, 18.

"Anggota kamikaze sungguh hebat. Mengkritik misi kamikaze adalah satu perkara tidak wajar," tambah Nakamura selepas menonton filem The Eternal Zero.

Kozo Kagawa, 89, menunjukkan kesungguhan apabila diajak bercerita mengenai angkatan kamikaze. Kagawa yang juga merupakan bekas anggota kamikaze enggan mengkritik misi tersebut.

Meskipun Perang Dunia Kedua telah tamat berdekad lalu, Kagawa masih dihantui perasaan sedih serta takut apabila mengenang rakan-rakannya yang terkorban ketika menjalankan misi berani mati.

"Tidak wajar untuk saya mengadili sama ada misi kamikaze itu satu perbuatan yang salah atau sebaliknya tetapi saya masih meratapi kematian seorang rakan baik kerana membiarkan dia terkorban dalam pesawat," kata Kagawa.

Bagi Kagawa, tidak timbul persoalan sama ada misi kamikaze merupakan satu kesalahan besar atau sebaliknya, namun beliau sangsi terhadap usaha pihak tertentu menghalang tentera mempertahankan negara.

"(Misi) kamikaze tidak wajar diulangi, namun keamanan melalui kemenangan tidak akan dikecapi tanpa kita mengeluarkan sebarang kos.

"Kami tidak akan kekal aman tanpa mempertahankan diri. Perdana Menteri (Abe) tergesa-gesa melakukan perubahan tetapi saya faham tujuan dia berbuat demikian," kata Kagawa.

Menjelang ulang tahun ke-69 memperingati peristiwa Perang Dunia Kedua, para ahli politik Jepun turut mengunjungi kuil perang Yasukuni di pinggir Tokyo yang menempatkan perkuburan mangsa Perang Dunia Kedua termasuk tentera dan juruterbang kamikaze.

Kunjungan Abe ke kuil itu untuk memberi penghormatan terhadap anggota tentera yang terkorban sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat China dan Korea Selatan yang pernah menjadi mangsa keganasan askar Jepun.

Kamikaze Hits the USS Missouri
Kamikaze Hits the USS Missouri.

Para penyokong kerajaan menyifatkan kunjungan Abe ke kuil itu sebagai perbuatan patriotik. Namun, golongan pro-pembangkang menganggap ia bertujuan mengungkit kisah silam penglibatan Jepun dalam perang dunia sehingga menimbulkan ketegangan antarabangsa.

Seorang lagi bekas anggota kamikaze, Akinori Asano, 85, menyifatkan upacara memperingati penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos lalu telah disalah erti oleh banyak pihak.

"Sungguh mengarut apabila ada yang mempersoalkan mengapa kami (anggota kamikaze) perlu takut untuk tidak patuh kepada perintah pihak atasan yang mahu kami mati dengan cara seperti itu.

"Jauh lebih menakutkan apabila generasi muda tidak mampu memahami situasi (peperangan) ketika itu.

"Semasa peperangan itu, kami sentiasa berdoa semoga keamanan segera dikembalikan," kata Asano.-AFP

Sumber: Kosmo.com.my (link)