Oct 29, 2014

Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Ada seorang lelaki yang warak. Orangnya kaya dan mempunyai harta yang banyak. Penampilannya biasa, langsung tidak menggambarkan taraf dirinya yang sebenar.

Cincin buruk
Gambar hiasan.

Suatu hari, bertanyalah salah seorang pembantunya, "Tuan, mengapa tuan berpakaian seperti orang miskin? Bukankah sepatutnya tuan menjaga penampilan sesuai dengan kedudukan tuan?"

Lelaki itu hanya tersenyum, tidak menjawab. Kemudian, dia mengambil sebentuk cincin sambil menghulurkan cincin yang tampak kotor itu.

Dia berkata, "Aku akan menjawab pertanyaanmu nanti. Sekarang, ambil cincin ini dan pergi ke pasar. Cubalah engkau menjualnya dengan harga satu keping emas."

Pembantunya ragu-ragu. Mustahil orang di pasar ikan akan memberikan sekeping emas untuk cincin buruk itu. Tapi, dia hanya menurut arahan lelaki tersebut.

Sampai dipasar, cincin itu cuba dijual namun para peniaga sayur, ikan, daging dan kain di pasar itu enggan membelinya. Jika ada yang mahupun, hanya menawarkan sekeping perak.

Pulanglah pembantu itu dengan rasa hampa lalu menceritakan apa yang berlaku kepada tuannya.

Lelaki itu tersenyum dan berkata, "Sekarang, pergilah engkau ke kedai emas di hujung kota ini. Perlihatkan cincinku ini. Dengarkan berapa harga yang akan mereka tawarkan."

Pembantu itu pun menurut arahan. Setelah pemilik kedai emas meneliti cincin itu, dia membuat tawaran untuk membelinya dengan harga seribu keping emas.

Terkejutlah pembantu itu. Rupanya, cincin yang dipandang buruk oleh orang-orang di pasar itu mempunyai nilai yang tinggi.

"Itulah jawapan untuk pertanyaanmu. Seseorang itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan penampilan atau pakaiannya saja.

"Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya mampu dilihat apabila kita melihat ke dalam jiwanya.

"Kerana itu, kita seringkali salah menilai dengan menyangka yang emas itu adalah tembaga, manakala tembaga itu adalah emas.

"Janganlah engkau juga menjadi begitu, menilai sesuatu hanya daripada pandangan luarannya," pesan lelaki tersebut.

BACA INI JUGA: Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

10 comments

satu jer pertanyaan saya..lelaki boleh pakai cincin emas ker

Betul en.ishak, sipemakai tidak menyebut itu adalah cincin emas kan. cuma kesalahan SP pada tajuk bila menyebut ia adalah cincin emas. Harap maaf. Terima kasih diatas teguran..:)

sama lah dgn don't judge the book by its cover kan ... dekati dan kenali hati budi tu lbh baik sbb luaran tu blh diubah sama ada pakaian atau guna kosmetik ... kan !

Hanya jauhari mengenal manikam...

sangat mengesankan ... terimakasih kawan

Macamana nak cakap ya......tapi,saya setuju dengan semua komen yang di sini.

lagi marak cincin mulia seperti itu,lebih berharga dari emas

suka cerita ini...
dalam kehidupan kita, orang menilai kita dari penampilan juga kan...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon