Rabu, Januari 23, 2013

10 Jambatan Paling Tinggi Di Dunia


Loading...

10 jambatan tertinggi di dunia yang berfungsi sebagai penghubung pengangkutan dan juga sebuah mahakarya pembinaan yang juga di jadikan kebanggaan negara dimana jambatan itu berada.

Millau Viaduct
343 meter

Millau Viaduct

Berada pada ketinggian 343 Meter dan dinobatkan sebagai jambatan tertinggi dunia, terletak di Perancis.

Jambatan ini sangat mengagumkan bahkan bila di ukur ketinggiannya hampir sedikit menyamai Empire state building, memiliki struktur yang sangat kukuh dan mengagumkan.

Malah, pernah dimasukkan didalam rancangan Channel National Geographic dalam edisi “Megastructure”.

Dirasmikan secara langsung oleh Presiden Perancis, Jacques Chirac dan telah menjadi kebanggaan bagi negara Perancis.

Royal Gorge Bridge
321 meter

Royal Gorge Bridge

Jambatan ini berketinggian 321 Meter di atas Sungai Arkansas. Yang juga merupakan jambatan tertinggi di AS dan sebagai jambatan gantung tertinggi di dunia.

Terletak berdekatan Canon City, Colorado. Jambatan ini selesai dibina pada tahun 1929, dengan panjang 384 meter, lebar 5 meter dan lebar tergantung dari menara yang tingginya 46 meter.

Jambatan ini telah didaftarkan dalam Daftar Nasional Tempat Bersejarah dan dibangunkan terutama untuk tujuan pelancongan.

Akashi-Kaikyo Bridge
282 meter

Akashi-Kaikyo Bridge

Terbentang diatas Selat Akashi dan menghubungkan kota Kobe di pulau Honshu sehingga ke Iwaya di Pulau Awaji.

Selesai dibina pada tahun 1998, ini adalah jambatan terpanjang di dunia kategori jambatan gantung, dengan rentang pusat 1,991 meter.

New River Gorge Bridge
267 meter

New River Gorge Bridge

Berketinggian 267 meter diatas sebuah sungai New River. Lebih dari 17,000 kenderaan melintasi jambatan itu setiap hari dan dianggap sebagai jambatan kenderaan tertinggi di Amerika.

The New River Gorge Bridge adalah jambatan terpanjang sebelum Jambatan Millau di Perancis, jambatan ini sekarang juga dipakai untuk sukan Extreem Rappelling atau base jumping sewaktu Fayette county festival.

The Great Belt Fixed Link
254 meter

The Great Belt Fixed Link

Jambatan ini adalah jambatan tertinggi Eropah dan menghubungkan pulau-pulau Funen di great belt Denmark.

Selesai dibina pada tahun 1998, memiliki ketinggian 254 meter dan terdiri dari sebuah jalan, sebuah terowong kereta api dan sebuah kotak kayu palang pada jambatan. Istilah “Jambatan Lingkaran Besar” biasanya tergolong ke jambatan gantung.

Seperti dalam kes pembangunan jambatan utama lainnya, pembangunannya telah membuka jalan bagi usaha yang lebih baik di daerah tersebut.

Jambatan ini merupakan jambatan milik Denmark dengan perbelanjaan termahal dalam sejarah, iaitu DKK 21.4 billion.

The Golden Gate Bridge
227 meter

The Golden Gate Bridge

Jambatan gantung elegan ini telah muncul dalam berbagai novel, pertunjukan dan filem -filem hollywood. Memiliki ketinggian 227 meter dan menghubungkan bandar San Francisco dan Marin County.

Meskipun berhadapan dengan reaksi keras dan tuntutan undang-undang, pembinaan jambatan ini selesai pada 1937.

Pembinaannya telah membantu pertumbuhan ekonomi di kota tersebut dan daerah sekitarnya.

Senibina dan kemegahannya telah melekat dihati semua orang, bukan hanya warga tempatan, Amerika, tapi kebanyakan orang di dunia.

Tatara Bridge
220 meter

Tatara Bridge

Jambatan Tatara yang terletak di Jepun ini menghubungkan pulau-pulau Jepun Honshu dan Shikoku di seberang Laut Pedalaman Seto dan dikenali kerana memiliki rentang terpanjang dari jambatan kabel lain di dunia.

Dengan ketinggian 220 meter dan memiliki pusat rentang 890 meter. Jambatan mengagumkan Jepun ini dibuka pada tahun 1999.

Jambatan ini dibina hanya dalam tempoh 6 tahun dengan pembinaan yang mengagumkan.

Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang)
101 meter

Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang)

Selain terkenal dengan Menara Berkembar Petronas yang diiktiraf antara bangunan tertinggi di dunia, Malaysia juga berbangga dengan Jambatan Pulau Pinang sebagai salah satu dari kehebatan bangunan struktur nasional Malaysia.

Dianggap sebagai jambatan terpanjang ketiga di dunia, jambatan Pulau Pinang berdiri 8.4 km di atas air, memiliki empat menara di midspan berdiri 101,5 meter dan membentang 13.5 km dari Seberang Prai di daratan Malaysia hingga ke Gelugor di Pulau Pinang.

Memerlukan masa sehingga 40 tahun sejak dicadangkan pembinannya sehingga siap sepenuhnya dan secara rasmi dibuka pada tahun 1985.

Pada masa sekarang, jambatan ini digunakan oleh lebih daripada 70,000 orang setiap hari.

Le Pont de Normandie
165 meter

Le Pont de Normandie

Jambatan ini terletak di Perancis dengan panjangnya 2,800 kaki. Dengan ketinggian 165 meter di atas permukaan Sungai Siene. Kos pembinaan jambatan ini setelah siap sepenuhnya adalah 465 juta dolar.

The Verrazano-Narrows Bridge
69.5 meter

The Verrazano-Narrows Bridge

Dinamakan sempena nama penjelajah Itali terkenal, Giovanni da Verrazano, jambatan ini memiliki menara setinggi 693 kaki dan memiliki rentang pusat 4,260 kaki (1,298 m).

Dibina pada tahun 1964 sehingga 1981, merupakan jambatan gantung terbesar di dunia. Jambatan ini menghubungkan Brooklyn dengan State Island dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan Big Apple tersebut.

BACA INI JUGA: Emily Bridge, Misteri Penunggu Jambatan Tua

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon