Sunday, December 09, 2012

Tips Untuk Menangani Stress Melampau


Info Motivasi. Stress adalah adalah sesuatu yang normal bagi setiap manusia dan kita tidak dapat lari daripada stress.

Tips Untuk Menangani Stress Melampau

Stress boleh berlaku disebabkan masalah yang kita hadapi seharian sama ada tekanan kerja, masalah keluarga, kewangan, sosial mahupun politik.

Ianya bukanlah satu penyakit namun stress yang melampau boleh menyebabkan anda menghadapi penyakit seperti jantung, migrain, darah tinggi dan sebagainya.

Stress perlu ditangani dengan bijak dan berhemah bagi memastikan anda tidak tertekan dengan stress tersebut.

Bagi menangani stress dan mencegah stress dari berpanjangan anda boleh amalkan langkah-langkah seperti di bawah.

Bagaimana Cara Menangani Stress Melampau Anda

Langkah-langkah mengatasi stress
  • Banyakkan ibadah kepada Allah, mengaji dan Istigfar. Mendekatkan diri kepada yang esa boleh memberi ketenangan kepada kita. Sekiranya anda ditimpa musibah ataupun stress, banyakkan mengucap dan istigfar.InsyaAllah Allah akan membantu anda.
  • Sentiasa berfikiran positif. Sebagai contoh apabila seseorang mengkritik atau memarahi anda, cuba fikir kenapa anda dimarahi dan jadikan semua kritik sebagai motivasi anda supaya melakukan kerja dengan lebih baik.
  • Banyakkan bersukan dan riadah. Pengeluaran peluh boleh menyihatkan badan dan mengurangkan stress.
  • Luahkan perasaan stress anda kepada orang tersayang seperti ibu bapa, kekasih, isteri ataupun suami. Pastikan luahan hati tersebut hanya pada orang yang positif dan sekiranya anda mendapat nasihat yang negatif anda hendaklah fikir dan ambil yang baik sahaja. Sekiranya stress anda teruk, anda bolehlah berjumpa pakar kaunseling.
  • Banyakkan rehat. Stress boleh menyebabkan badan kita bertindakbalas dan menyebabkan kita mudah letih. Banyakkan berehat samaada mengambil cuti bersiar-siar ataupun cuba tidur bagi memberi anda tenaga untuk kita melakukan kerja seharian. Pastikan tidur anda cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • Kawal emosi dan berfikiran rasional. Jangan mudah melenting ataupun marah. Kawal emosi dan sekiranya anda tidak dapat menahan emosi maka cuba tarik nafas panjang dan menghembuskannya. Selain itu, sekiranya pada waktu itu anda dalam keadaan marah cuba ubah posisi anda dari posisi duduk ke berdiri ke posisi duduk.
  • Melancong bersama keluarga. Kerja yang sibuk boleh menimbulkan stress. Ambil cuti hujung minggu ataupun ambil cuti untuk melancong bersama orang tersayang dapat mengurangkan stress anda. Sila pastikan anda tidak fikir kerja menanti di pejabat semasa anda melancong.
  • Ambil masa berbual-bual atau lepak bersama kawan-kawan, makan di luar, ke taman tema, pantai ataupun isi masa lapang dengan hobi anda.
Stress amatlah membebankan dan setiap manusia tidak dapat mengelak daripada ditimpa masalah. Semoga panduan bagaimana mengatasi stress di atas dapat membantu anda.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon