Monday, September 09, 2013

Top 10 Wanita Tercantik Dunia 2013


Ketika senarai wanita tercantik tahun 2013 yang dikeluarkan oleh People Magazine, ramai orang tidak bersetuju bahawa Gwyneth Paltrow adalah wanita tercantik tahun 2013.

Gwyneth Paltrow

Oleh kerana itu, kami menyenaraikan 10 wanita tercantik tahun 2013 berdasarkan kepada senarai yang ada di website-website lain yang menyebutkan siapa yang sepatutnya termasuk ke dalam senarai wanita tercantik 2013. Beberapa website tersebut adalah ranker.com, naraland.com, hollywoodlife.com, listal.com.

1. Scarlett Johansson


Lahir pada tahun 1984, Scarlett Johansson adalah artis, model dan penyanyi Amerika Syarikat. Sering muncul dalam senarai wanita terseksi dan tercantik dunia. Oleh kerana itulah, dia dikenali sebagai simbol seks yang "tiada taranya" Beberapa majalah yang memasukkannya dalam senarai itu adalah Maxim, Playboy, Esquire dan Men's Health.

Berdasarkan kekerapan dia termasuk kedalam senarai wanita tercantik inilah maka tidaklah menghairankan jika dia terpilih sebagai wanita tercantik dunia tahun 2013, ranker.com juga menyebutkannya sebagai wanita tercantik Hollywood tahun 2013 dengan 1,300 orang yang menominasikannya dengan hanya 400 orang yang tidak setuju.

2. Kate Upton


Katherine "Kate" Upton adalah model dan artis Amerika yang lahir pada tahun 1992 yang sering dinobatkan sebagai Pendatang Baru terbaik sejak tahun 2011 oleh Sports Illustrated Magazine. Sejak tahun 2012 dia sering masuk dalam senarai wanita tercantik dan terseksi dan pada tahun 2013, dia disenaraikan sebagai model paling seksi versi models.com.

Di tahun 2013 ini, dia kembali tersenarai sebagai model terseksi ke-3 sesudah Adriana Lima dan Gisele Bundchen versi models.com. Malah, AskMen.com memilihnya sebagai wanita tercantik ke-3 tahun 2013. Bukan sekadar itu, Ranker.com memilihnya sebagai wanita tercantik 2013.

3. Natalie Portman


Wanita dengan kewarganegaraan Amerika dan Israel lahir pada tahun 1981 ini, merupakan model dan artis yang telah memenangi banyak penghargaan seperti Golden Globe Award, Academy Award, BAFTA Award dan banyak lagi. Pada tahun 2006, dia disebut-sebut sebagai salah seorang wanita terseksi versi Blender Magazine.

1,300 orang memilihnya sebagai wanita tercantik ke-6 Hollywood tahun 2013 di Ranker.com.

4. Kristen Stewart


Menjadi terkenal sejak membintangi filem Twilight. Lahir pada tahun 1990, Kristen James Stewart merupakan artis Amerika yang telah memulakan kariernya sejak tahun 1999. Menurut Forbes.com, dia adalah artis wanita termahal tahun 2012.

Dia tersenarai ditempat ke-7 dalam wanita tercantik Askmen.com tahun 2013. Malah, dibandingkan dengan Selena Gomez, hollywoodlife.com kebingungan dalam memberikan penilaian wanita tercantik tahun 2013, dimana dia disenaraikan ditempat ke dua dan Selena Gomez ditempat pertama.

5. Megan Fox


Lahir pada tahun 1986, Megan Denise Fox atau lebih kita kenali dengan nama Megan Fox adalah artis dan model Amerika yang mula dikenali dunia sejak membintangi filem Transformers. Dia sering disebut sebagai simbol seks wanita moden dan telah muncul dalam majalah-majalah ternama seperti Maxim, Rolling Stone dan FHM.

Sama seperti Jessica Alba, jika anda mencari senarai wanita tercantik di internet, banyak laman web yang akan memilih dia sebagai salah seorang wanita tercantik tahun 2013. Ranker.com adalah salah satu laman web tersebut, dimana dia dinominasikan oleh 1,100 orang bahawa dia merupakan wanita tercantik ke-7 Hollywood tahun 2013.

6. Candice Swanepoel


Model Afrika Selatan yang lahir pada tahun 1988 ini dikenali kerana karier modelnya di Victoria's Secret, sama dengan Andriana Lima. Pernah termasuk dalam "100 Wanita terseksi Dunia" versi FHM dan "Hot 100 List" Maxim. Dia juga mampu bertutur dalam bahasa Portugis.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, Listal.com memilihnya sebagai model paling cantik tahun 2013 mengalahkan Adriana Lima.

7. Andriana Lima


Lahir pada tahun 1981, artis dan model Brazil ini disebut-sebut sebagai Victoria's Secret Angel sejak tahun 2000. Malah, Ford menyebut dirinya sebagai "Supermodel Dunia." Dalam senarai 10 wanita pemilik bibir terseksi, Andriana Lima menduduki tempat ke-3.

Dalam listal.com, Andriana Lima terpilih sebagai model tercantik nombor 2 selepas Candice Swanepoel jadi tidaklah menghairankan jika dia tersenarai sebagia salah seorang wanita tercantik dunia.

8. Selena Gomez


Merupakan artis dan penyanyi Amerika yang lahir pada tahun 1992. Anda mungkin pernah mendengar lagu-lagunya seperti "Love You Like a Love Song", "Who Says" dan banyak lagi. Walaupun mungkin dia dulu kelihatan seperti kanak-kanak, sekarang anda akan melihat gambar-gambarnya di Internet, khususnya pada red carpet Spring Breakers, dia lebih dewasa, cantik dan memukau.

Kerana inilah dia dipilih sebagai wanita tercantik nombor satu pada tahun 2013 oleh hollywoodlife.com. Bukan hanya itu, mostbeautifullist.com juga memilihnya sebagai wanita tercantik nombor satu.

9. Jessica Alba


Jessica Marie Alba atau singkatnya Jessica Alba, lahir pada tahun 1981 dan merupakan artis dan model televisyen Amerika. Sering disebut-sebut sebagai artis simbol seks dimana dia pernah muncul dalam Maxim, AskMen.com, FHM, TV Guide dan Playboy.

Jika anda mencari senarai wanita tercantik tahun 2013, Jessica Alba sering tersenarai didalam pencalonan tersebut. Salah satu laman web tersebut adalah ranker.com, dimana dia terpilih sebagai wanita tercantik ke-4 yang dinominasikan oleh 1,200 orang. Nairaland juga memasukkannya sebagai wanita tercantik  ke 8.

10. Amanda Seyfried


Wanita yang lahir pada tahun 1985 ini adalah artis dan model Amerika yang memulakan kariernya sebagai model sejak berumur 11 tahun dan memulakan kariernya sebagai artis ketika berumur 15 tahun. Sejak tahun 2008 hingga sekarang, dia terus disebut-sebut sebagai salah seorang wanita tercantik dimana pada tahun 2011 dia disenaraikan sebagai wanita tercantik dalam "25 Beauties (and Hotties) at 25" oleh People's Magazine.

Di tahun 2013 ini, Amanda Seyfried menduduki tempat ke-3 sebagai wanita tercantik tahun 2013 dengan Gwyneth Paltrow ditempat pertama dan tempat kedua diduduki Kerry Washington. [Sumber]

[Edited by SP]

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon