Jul 7, 2014

Kad Selamat Tinggal Seorang Ibu Yang Menyedihkan

Info Motivasi. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila menyedari dia tidak dapat bersama dan melihat anaknya membesar.

Rowena Darby

Wanita bernama Rowena Darby yang tinggal di Bolton, England bersama suaminya, Phil dan anak lelaki mereka, Freddie mengidap penyakit kanser dan diramal hanya mempunyai dua tahun sahaja lagi untuk hidup.

Sebulan selepas melahirkan Freddie pada tahun 2010, Rowena mengalami kesakitan pada perutnya. Doktor menganggap kesakitan yang dialaminya hanya berkaitan dengan kehamilan dan memberikan ubat penahan sakit.

Tetapi selepas enam bulan, Rowena masih mengalami kesakitan pada perutnya. Selepas melakukan beberapa ujian perubatan, doktor juga masih tidak dapat mengesan penyebab kesakitan tersebut.

Kemudian pada Mei 2011, dia menjalani ujian kolonoskopi dan sebulan kemudian keputusan ujian mendapati Rowena menghidap kanser usus.

Pada tahun 2012, penyakit itu semakin kronik kerana telah merebak ke bahagian hati dan paru-paru. Tidak ada pakar yang mampu membrikannya sebarang harapan untuk sembuh.

Sejurus mengetahui ubat kematian itu hanyalah mati, Rowena menerima berita itu dengan tabah. Dia langsung tidak risau kerana tahu sakit itu akan hilang selepas mati. Cuma dia tidak dapat membayangkan bagaimana anak kecilnya akan membesar tanpa seorang ibu.

Rowena kemudiannya memkirkan cara yang paling sesuai untuk memastikan dia sentiasa berada dalam ingatan Freddie walaupun tidak lagi bersamanya.

Rowena Darby [2]

Suatu hari, Rowena menerima sekeping kad ucapan daripada seorang teman yang mendoakan dia supaya sembuh. Kad itu menjadi pencetus idea untuk wanita ini menyampaikan isi hati kepada Freddie sehinggalah anaknya mencapai usia 21 tahun.

Rowena telah membuat 21 keping kad untuk anaknya. Dengan kad-kad ini, Freddie akan membaca kad yang berisi pesanan penting daripada Rowena pada hari-hari istimewa seperti hari lahir, Krismas, graduasi dan apabila dia berkahwin kelak.

Rowena mengakui dia berasa amat pelik untuk menulis ucapan buat Freddie yang sudah besar. Pada setiap usia, dia akan membayangkan rupa Freddie ketika itu ketika menulis mesej atau nasihat yang mahu diberikan dan kenangan yang mahu ditinggalkan.

Rowena Darby [4]

Rowena berharap kad-kad ucapan ini mampu membuatkan Freddie mengingati dan dekat dengannya serta tahu bahawa dia amat menyayangi Freddie walaupun dia sudah tiada.

Mengenangkan semua kad ucapan yang ditulis, ada satu kad yang paling menyentuh perasaan. Kad yang akan disampaikan pada usia Freddy 10 tahun.
Mengikut kad itu, Rowena berpesan apa yang berlaku kepada kehidupan kita adalah 10 peratus dan 90 peratus lagi adalah bagaimana kita bertindak balas kepadanya.

Menurut Rowena, dia mengandaikan ketika itu Freddie sedang bergelut untuk menerima hakikat bahawa dia sudah tiada.

Rowena Darby [5]

Selain kad ucapan, Rowena turut meninggalkan sebuah mesej khas untuk suami dan anaknya pada sebuah plak yang diletakkan di pokok rumah mereka yang berbunyi, "Orang hanya mati apabila kita melupakan mereka. Jika anda boleh mengingati saya, saya sentiasa akan bersama anda".

Bagi Rowena, dia bernasib baik kerana tahu bahawa dia akan mati dan boleh bersedia untuk kematiannya. Jika dia mati dalam kemalangan kereta, sudah pasti dia tiada kesempatan untuk meninggalkan kenangan untuk Freddie.

Walaupun berita ini sukar diterima ahli keluarga Rowena, sekurang-kurangnya mereka tahu ia akan berlaku dan boleh menghabiskan masa yang ada bersama-sama.

Rowena Darby [6]

Tidak mengetahui bila dia akan meninggalkan Freddie, setiap saat adalah masa yang sangat berharga bagi Rowena dan Freddie.

Ketika ini Rowena melakukan apa sahaja yang boleh untuk meluangkan masa berharga dengan keluarganya walaupun terpaksa menjalani banyak rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Semoga kisah Rowena menjadi peringatan kepada kita semua supaya bersyukur dan menghargai setiap saat bersama keluarga dan insan tersayang terutamanya ibu bapa kita.

BACA INI JUGA: Percaya Tak, Ibu Kita Pembohong Besar!

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon