Selasa, Januari 22, 2013

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia


Loading...

INFO Top 10. Selama ribuan tahun sungai telah menjadi anugerah alam yang banyak membantu keperluan manusia sebagai sumber air untuk pelbagai keperluan seharian seperti mandi dan minum

Oleh kerana itu sejak zaman dahulu, ramai penduduk negeri memilih untuk hidup bermastautin di sekitar sungai.

Sungai-sungai tersebut pula memiliki ukuran yang bervariasi. Bahkan terdapat sungai dengan panjang yang begitu menakjubkan, sehingga ribuan kilometer!

Berikut adalah senarai 10 sungai terpanjang di dunia.

1. Sungai Nil
6,650 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Panjang sungai Nil dikatakan sepanjang 6,650 kilometer dan merentasi 10 negara. Diantaranya, Sudan, Sudan Selatan, Burundi, Rwanda, Republik Demokrasi Kongo, Tanzania, Kenya dan juga Mesir.

2. Sungai Amazon
6,400 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai ini memiliki panjang hingga 6,400 kilometer. Ketika musim hujan, lebar sungai ini boleh mencapai hingga 10 kilometer lebar.

3. Sungai Yang Tze
6,300 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Nama lain bagi sungai ini adalah Chang Jiang yang merupakan sungai terpanjang di Asia. Sungai yang bermula di pergunungan Tibet ini mengalir sehingga ke laut China Selatan di Shanghai.

4. Sungai Mississippi
6,275 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai Mississippi merupakan sungai terbesar dan terpanjang di Amerika. Sungai yang berpusat di Minnesota dan mengalir hingga ke Mexico.

5. Sungai Huang He
5,464 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Juga dikenali sebagai Sungai Kuning, merupakan sungai kedua terpanjang di China.

6. Sungai OB
5,410 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai yang terdapat di Siberia Barat ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk mendapatkan sumber ikan serta kegunaan pertanian. Kita juga boleh menemui lebih dari 50 spesies ikan yang hidup di sungai ini.

7. Sungai Parana
4,880 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai yang memiliki panjang 4,880 kilometer ini terletak di Amerika Selatan dan mengalir ke Paraguay, Brazil, dan Argentina. Sungai ini dikatakan memiliki lebih 355 jenis spesisi ikan didalamnya.

8. Sungai Zaire (Kongo)
4,375 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai yang terletak di Afrika ini adalah sepanjang 4,375 kilometer serta memiliki kedalaman 220 meter. Sungai ini terkenal dengan nama sungai Kongo kerana merentasi dua buah negara, Demokrasi Republik Kongo dan Republik Kongo.

9. Sungai Irtysh
4,248 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai yang terletak di Siberia ini adalah sepanjang 4,248 kilometer yang mengelilingi hampir seluruh bahagian barat Siberia serta pergunungan Altay.

10. Sungai Yenisei
4,090 KM

10 Sungai Paling Panjang Di Dunia

Sungai ini mengalir sepanjang 4,090 kilometer dengan kedalaman sedalam 24 meter. Sungai ini terdapat di Mongolia dan mengalir sehingga ke Siberia Tengah serta berakhir di Laut Kara.

BACA INI JUGA: Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon