Sunday, December 08, 2013

10 Gaya Potongan Rambut Paling Buruk


Rambut merupakan mahkota paling penting yang mampu membuatkan penampilan seseorang menjadi semakin menarik.

Beautiful Women hair
Gambar hiasan.

Akan tetapi jika gaya rambut yang sepatutnya membantu penampilan seseorang dipotong dengan buruk, hasilnya pun tentu kurang menarik. Bukannya membuatkan seseorang bertambah tampan dan cantik.

Di bawah ini adalah senarai 10 Gaya Potongan Rambut Paling Buruk di dunia yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya kenapa orang-orang ini memilih gaya tersebut.

Beast 

Beast

Potongan rambut lelaki ini membuatkannya mirip dengan watak Beast dalam filem Beauty and The Beast. Dengan sengaja rambutnya dipotong botak sebahagian. Gaya ini diserikan lagi oleh lehernya yang besar membuatkan lelaki ini semakin menyerupai Beast.

Rambut Berdiri

Rambut berdiri

Gaya rambut ini membuatkan orang tertanya-tanya apa maksud sebenarnya. Model berdiri untuk rambut wanita ini kelihatan sangat pelik. Apalagi dengan gaya potongan yang buruk dan sedikit cat merah di hujung rambut.

Angry Bird

Angry bird

Cat angry bird di rambut sudah cukup pelik. Apalagi dilakukan pada gaya rambut mohawk. Namun, entah apa maksud lelaki ini menampilkan corak angry bird yang begitu 'menjolok' mata ini. Lebih-lebih lagi gaya potongannya yang buruk.

Poodle Pemberontak

Poodle Pemberontak

Lelaki ini memiliki wajah yang ganas seperti seorang banduan di dalam penjara. Namun, bahagian atas rambutnya yang berwarna putih mirip bulu seekor anjing poodle. Potongan ini menjadikannya kelihatan lebih ganas. 

Chuck Norris

Chuck Norris

Nama Chuck Norris biasanya berkisar tentang kehandalan aktor tersebut dalam aksi pertarungan. Budak lelaki ini dengan sengaja telah 'melukis' wajah Chuck Norris di belakang kepalanya dan terhasillah gaya potongan yang sangat buruk.

Jendela di Telinga

Jendela di Telinga

Potongan rambut ini sebenarnya cukup rapi. Gaya pemotongannya benar-benar lurus. Namun ada sesuatu yang kelihatan pelik. Tidak semua yang lurus itu baik. Apalagi wanita ini seolah-olah memiliki jendela di telinganya. Selain itu bahagian atas telinga kirinya sengaja dibotakkan.

Topi Botak

Topi Botak

Gaya potongan rambut ini terlalu buruk sehinggakan anda tidak mampu berkata-kata. Potongan ini mirip gaya rambut lelaki yang memasak beruang hidup-hidup di abad ke 17.

Mohawk Melintang

Mohawk

Gaya potongan rambut Mohawk biasanya membuatkan lelaki semakin tampan. Akan tetapi apa sebaliknya akan berlaku jika gaya mohawk tersebut direka secara melintang. Sesuatu yang luar dari biasa belum tentunya kelihatan menarik. Lelaki ini bukannya kelihatan tampan sebaliknya kelihatan seperti seorang gadis.

Penjara Elvis Presley

Penjara Elvis Presley

Potongan rambut ala Elvis Presley memang unik jika digayakan. Namun lelaki ini membawakannya dengan lebih ekstrem. Dia membentuk rambutnya seperti jeriji penjara di wajahnya. Mungkin anda patut mencubanya sendiri.

Gaya Emo

Gaya Emo

Paduan potongan rambut ini sukar diungkapkan. Biasanya gaya rambut disesuaikan dengan kontur wajah supaya kelihatan lebih menarik. Namun lelaki ini memadukan gaya emo dengan potongan nipis yang membuatkan wajahnya semakin bulat. Bahagian atas rambut yang dibiarkan berdiri dan bahagian pipi yang nipis membuatkan gaya rambutnya kelihatan sangat buruk.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon