Sep 25, 2014

GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media sosial untuk membuat duit.

eventubehd

Dengan hanya memuat naik ulasan permainan kanak-kanak dan permainan video kegemarannya di YouTube, Evan, 8 dari Amerika Syarikat berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 (RM 4.2) juta setahun.

Lebih mengagumkan, saluran YouTube Evan mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuat naik.

Menurut laporan Newsweek.com, angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan ulasan itu.




Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak. Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kita Perlu Kaya

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

7 comments

Assalammualaikum... sentiasapanas,

wahhh.. baru 8 tahun dah boleh jana pendapatan juta2..

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Jadi apa kata kita mulakan perkongsian video di laman YouTube pula..:)

Syarikat bkn Islam gitulah, tak peduli halal haram..

Woww... impressed..! pasnie boleh la anak msia tiru pulak... mana tau bleh kaya camtu gak... :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon