Thursday, December 27, 2012

Top 5 Smartphone Terbaik 2012


Dengan begitu banyak produk smartphone yang ada dipasaran, adakalanya membuatkan kita menjadi bingung untuk membuat pilihan, apalagi jika poket kita hanya mempunyai budget yang cukup-cukup makan.

Tapi jangan risau kerana sekarang anda tidak lagi ragu-ragu membuat pilihan kerana senarai dibawah adalah smartphone terbaik tahun 2012 yang boleh dipertimbangkan.

Nokia Lumia 920

Top 5 Smartphone Terbaik 2012

Tiga ciri yang akan diingati ialah teknologi PureView dengan Optical Image Stabilisation dan lensa Carl Zeiss inovatif pada kameranya. Aplikasi Windows Phone dan semestinya teknologi mengecas bateri tanpa wayar.

HTC One X+


Dikuasakan pemprosesan empat teras 1.7GHz, ia turut menawarkan storan 64GB dan bateri tahan lama. Sistem audionya turut diperkemas dengan Beats Audio dan kamera yang sangat menakjubkan.

Samsung Galaxy S3


Pantas dan direka sangat mesra pengguna. Memiliki fungsi yang pelbagai dan kemudahan bersandarkan keselesaan pada pemakai, S3 terus kekal antara telefon pintar terbaik kini.

Samsung Galaxy Note II


Note II menggunakan cip pemprosesan 1.6GHz empat teras Samsung Exynos dan turut dibantu RAM sebesar 2GB. Ia turut didatangkan dengan kemaskini S Pen baru dan perisian lebih segar tersedia.

iPhone 5


Diperbuat daripada bahan aluminium dan kaca, menggunakan saiz paparan lebih besar iaitu skrin retina 4 inci dengan teknologi sentuhan bersepadu. Ia juga menggunakan kad SIM Nano yang bersaiz 44% lebih kecil berbanding mikro SIM.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon