Saturday, August 10, 2013

Top 10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Muat Turun


Seberat manapun hukuman yang dikenakan kepada pengeluar dan pengedar cetak rompak, dan sekeras apapun pelbagai pihak melarang rampasan filem, tindakan jenayah ini tetap akan sentiasa terjadi. Malah, setiap tahun jumlahnya semakin banyak.


Entah kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli tiket wayang, atau kerana filem-filem ini memang tidak dimainkan di negaranya, atau dengan alasan ingin menghimpun koleksi tanpa perlu membeli DVD original, berjuta-juta orang memilih menonton filem cetak rompak (baik melalui DVD cetak rompak atau mendownload secara haram) berbanding mengeluarkan wang dan menonton yang asli.

Dan fenomena ini bukan hanya terjadi di Malaysia. Analisis yang didapati dari beberapa laman torrent yang boleh diakses dari pelbagai penjuru dunia menunjukkan bahawa inilah sepuluh filem yang paling banyak di download.

Avatar


Salah satu filem paling berjaya sepanjang zaman ini juga menjadi filem yang paling banyak didownload sepanjang tahun.

Entah kenapa begitu ramai orang yang ingin menonton filem ini di skrin komputer dengan kualiti rendah, padahal yang diagung-agungkan dalam filem Avatar adalah visual yang canggih dan kesan 3Dnya yang menakjubkan.

Kick-Ass


Dalam dunia filem, Kick-Ass juga disebut sebagai si kuda hitam. Sebelum dikeluarkan, filem superhero yang dibintangi sejumlah pendatang baru ini tidak banyak dibicarakan orang, tapi sebaik dimainkan, semua orang memuji. Bahkan filem ini dianggap sebagai filem cult yang wajib disimpan dalam koleksi.

Star Trek


Filem ini tersenarai dalam kedudukan ketiga dalam senarai filem yang paling banyak di download.

Transformers: Revenge of the Fallen


Filem ini laris dalam edisi cetak rompak, bukan sahaja kerana Autobots dan Decepticons yang begitu menakjubkan, tapi juga kerana kemunculan Megan Fox.

Inception


Benarkan? Filem yang dibintangi Leonardo DiCaprio selalunya menjadi kegemaran pecinta filem (dan pendownload). Filem yang dialu-alukan pengkritik dan mendapat rating tinggi biasanya membuatkan  penonton mengumpul koleksi DVDnya.

Shutter Island


Martin Scorsese sebagai pengarah dan Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama biasanya memang menjadi resepi kejayaan sebuah filem. Shutter Island tidak terkecuali. Berjaya di box office, berjaya juga bagi pendownload.

Rock 'n' Rolla


Tidak seperti filem lain di dalam senarai ini yang pernah masuk senarai box office, Rock 'n' Rolla adalah filem arahan Guy Ritchie yang sebenarnya kurang berjaya di pasaran.

Namun Guy Ritchie tetap seorang pengarah yang disukai ramai orang. Hanya kerana penggemarnya tidak ingin membuang wang di pawagam untuk menonton filem yang mendapat banyak kritikan ini. Maka downloadlah pilihannya.

The Hangover


Semasa The Hangover baru dikeluarkan di pawagam, tidak ramai yang menyangka filem ini akan meraih kejayaan sebesar ini.

Hampir semua penonton berusia di bawah 35 tahun menyukai filem komedi yang dibintangi Bradley Cooper.

Oleh sebab sangat meminatinya, mereka memutuskan untuk mendownloadnya kemudian menontonnya bersama rakan-rakan.

Iron Man 2


Lakonan Robert Downey Jr sebagai Tony Stark di filem ini dipuji ramai pihak. Dari pengkritik filem hinggalah pecinta komik. Tidak hairanlah Iron Man 2 menjadi salah satu filem yang paling banyak dicetak rompak

Twilight


Setelah membeli semua buku Twilight Saga termasuk semua novel yang memaparkan gambar Robert Pattinson di muka depannya, para penggemar Twilight mungkin tidak mempunyai baki wang untuk membeli DVD originalnya.

Download menjadi salah satu pilihan ketika mereka rindu kepada Edward Cullen dan ingin menontonnya semula.

BACA INI JUGA: Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon