Thursday, September 29, 2016

Kronologi Tragedi Pesawat MH17 Ditembak Misil BUK9838!

Kronologi Tragedi Pesawat MH17 Ditembak Misil BUK9838!

Berikut adalah kronologi penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 hingga penemuan peluru yang digunakan untuk menembak pesawat tersebut.

MH17

17 Julai 2014. Pada 10.15 malam (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT), di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Berita antarabangsa melaporkan penemuan bangkai pesawat berhampiran perkampungan Grobovo, Ukraine di wilayah dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Rusia apabila imej menunjukkan bangkai pesawat, mayat dan barangan peribadi bertaburan sejauh beberapa kilometer.

18 Julai 2014. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siasatan segera berhubung tragedi itu. Masyarakat antarabangsa menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan telus dibuat serta melaksanakan'gencatan senjata segera' di Ukraine.

19 Julai 2014. Pasukan siasatan khas Malaysia membabitkan 131 anggota tiba di Kiev, Ukraine namun tidak dibenar memasuki kawasan nahas ekoran perang saudara yang menyebabkan pertempuran sengit antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

21 Julai 2014. 12 anggota pasukan perunding Malaysia diketuai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain memperoleh kotak hitam MH17 dan jasad mangsa selepas tiga hari berunding dengan ketua pemisah pro-Rusia Alexander Borodai di Donestk, Ukraine.

23 Julai 2014. Malaysia mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat pesawat MAS MH17.

1 Ogos 2014. Najib tiba di Amsterdam. Malaysia dan Belanda menggesa pertempuran dihentikan di kawasan nahas.

22 Ogos 2014. Hari Perkabungan Negara diadakan di Malaysia yang mengadakan upacara khas bagi memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi MH17 apabila jenazah mangsa dibawa pulang ke tanah air.

9 September 2014. Laporan siasatan awal nahas dikeluarkan pihak berkuasa Belanda membuat kesimpulan pesawat dan anak-anak kapal tidak menghantar isyarat kecemasan dan tidak melaporkan sebarang kegagalan teknikal pesawat.

Pemerhatian terhadap kerosakan mendapati terdapat kesan objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat dari luar.

1 Disember 2014. Malaysia diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan jenayah susulan penembakan pesawat itu. Sebahagian daripada bangkai MH17 diangkut dengan trak dari Ukraine, penyiasat memulakan penandaan dan pemasangan semula bahagian pesawat.

18 Februari 2015. Draf resolusi terbaharu Majlis Keselamatan mengenai keadaan di Ukraine mengulangi semula desakannya bagi kebertanggungjawaban pihak yang menembak pesawat Penerbangan MH17.

19 Mei 2015. Pasukan penyiasatan antarabangsa Lembaga Keselamatan Belanda kini memberi fokus terhadap analisis berhubung kesahihan fakta yang dibekalkan media berhubung kelengahan dalam penyiasatan nahas pesawat MH17.

10 Julai 2015. Malaysia menerima laporan hasil siasatan terhadap nahas udara pesawat MH17 daripada pihak berkuasa Belanda. Kerajaan memerlukan masa kira-kira 60 hari bagi meneliti laporan itu secara menyeluruh dan terperinci sebelum mengemukakan maklum balas kepada pihak berkuasa Belanda.

11 Julai 2015. Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17.

14 Julai 2015. Negara-negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas MH17 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu yang mengorbankan 298 nyawa.

17 Julai 2015. Di Belanda dan negara-negara lain, anggota keluarga mangsa MH17 menyertai upacara memperingati yang berlangsung dalam suasana penuh beremosi. Britain menggesa penubuhan tribunal antarabangsa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab.

30 Julai 2015. Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

24 Ogos 2015. Malaysia menyerahkan maklum balas berkaitan laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

13 Ogos 2015. Malaysia menerima laporan akhir nahas MH17 yang disediakan jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat tragedi itu.

13 Okt 2015. Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhir itu mengesahkan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu daratan ke udara Buk dan peluru berpandu itu meletup di sebelah kiri kokpit pesawat itu.

2 Jun 2016. Seramai 11 waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan Malaysian Airline System Berhad (MAS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) atas dakwaan cuai dan melanggar syarat penerbangan sehingga menyebabkan mereka kehilangan ahli keluarga dalam penerbangan itu.

28 September 2016. Laporan Siasatan MH17 mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 telah ditembak oleh peluru BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia, Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda mendedahkan maklumat tersebut.

Perdana Menteri Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

BACA INI JUGA: Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Sumber: SH

Monday, January 12, 2015

Kapten Tembak Pesawat MH17 Didedahkan!

Kapten Tembak Pesawat MH17 Didedahkan!

Dalang disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.

Vladislav Voloshin

Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.

Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.

Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.

Vladislav Voloshin [2]

Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.

Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.

Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.

Vladislav Voloshin [3]

Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.

Menyingkap kembali kejadian, pesawat MH17 ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, December 30, 2014

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Kegagalan sebarang serpihan kapal itu ditemui dalam tempoh lebih 24 jam mengundang persoalan apakah ia juga lenyap tanpa dapat dikesan seperti yang alami oleh MH370 sejak Mac lalu.

MH370, MH17 and QZ8501 Conspiracy

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa atau sesuatu yang menyamai misteri Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Persoalan seperti itu memang tidak dapat dielak dari muncul dalam benak pemikiran kita lebih-lebih lagi misteri MH370 masih segar dalam pemikiran setiap rakyat negara ini.

Kejadian terbaru melibatkan AirAsia Indonesia itu boleh dikatakan kes ketiga pesawat berkaitan industri penerbangan Malaysia (memandangkan AirAsia milik rakyat negara ini) selepas MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lepas.

Sehingga kini, misteri MH370 ialah di mana ia berada memandangkan satu serpihan sebesar jarum pun belum ditemui manakala MH17 pula siapa yang menambaknya jatuh, sama ada Russia atau Ukraine.

Jika diimbas, pesawat AirAsia itu dilaporkan terputus hubungan kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi selepas berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Singapura.

Menurut aplikasi FlightRadar24, pesawat itu sedang berada pada ketinggian ideal untuk penerbangan iaitu pada 32,000 kaki ketika isyarat perhubungan itu terputus.

Difahamkan juga, juruterbang ada meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi ke ketinggian 38,000 kaki untuk mengelak daripada laluan cuaca buruk kerana ribut petir dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, ia hilang dari radar sehingga kini.

Media Indonesia membuat spekulasi ia terhempas di perairan Pulau Belitung namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi semata-mata.

Justeru, nasib kapal itu masih belum diketahui. Sudah kedengaran suara-suara di laman siber seperti Twitter dan Facebook kapal QZ8501 juga tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Ketika ini misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat digerakkan diketuai Indonesia dan dibantu Malaysia, Singapura dan Australia.

Sehingga nasib kapal QZ8501 diketahui, maka ia akan terus dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370, lebih-lebih lagi memandangkan sudah mula timbul cerita ada orang melihat kapal itu terbang rendah dan perlahan, jalan cerita yang sebijik umpama ketika kapal milik MAS itu hilang.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501) ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Sukar untuk dikatakan ia dilakukan oleh mana-mana organisasi jenayah, tetapi kalau dilakukan oleh negara-negara tertentu, maka itu masuk akal.

Namun apa faedahnya dan matlamatnya? Takkan bergitu beriya-iya semata-mata untuk menghancurkan masa depan industri penerbangan atau industri pelancongan negara?

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Mungkin sukar untuk mengebom Malaysia kembali ke zaman batu secara terbuka, justeru tekanan cara lain digunakan.

Sejujurnya, hanya masa mampu menentukan apakah nasib malang ketiga-tiga kapal berkenaan ada perkaitan atau sekadar satu kebetulan dan hanya kemalangan udara yang biasa.

Isya’Allah, misteri ini akan terungkai juga suatu hari nanti.

Sumber: AK-47/Mynewshub.cc

Saturday, November 15, 2014

TV Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat MH17 Ditembak!

TV Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat MH17 Ditembak!

Jika sebelum ini agensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika terhempas di Ukraine, hari ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia.

MH17 Ditembak

Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.

MH17 Ditembak [2]

Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.

Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.

MH17 Ditembak [3]

Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman web yandax (https://maps.yandex.com/-/CVvs7S4G).

Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer.

Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja!

MH17 Ditembak [4]
Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.

MH17 Ditembak [5]
Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia.

Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.

MH17 Ditembak [6]
MH17 Ditembak [7]

Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .

Bagi yang ingin melihat gambar asal (HD) yang disebarkan oleh pihak Rusia, anda boleh mengikuti pautan ini (http://obkon.ucoz.com/_fr/14/0162309.jpg).

Sumber:
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/rusia-dedah-gambar-saat-mh17-ditembak.html

Thursday, September 18, 2014

USD$30 Juta Ganjaran Dedah Dalang MH17!

USD$30 Juta Ganjaran Dedah Dalang MH17!

Syarikat penyiasatan persendirian dari Jerman yang bertindak atas arahan klien misteri, menawarkan hadiah AS$30 juta (RM96 juta) bagi memberikan bukti menunjukkan siapa menembak jatuh pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Dalang Kejadian mh171

Laporan USA Today semalam menyatakan Wifka, sebuah syarikat penyiasatan persendirian di Schleswig-Holstein yang mempunyai kepakaran dalam kes penipuan, berkata tawaran berkenaan adalah sah dan hadiah wang tunai itu kini sudah didepositkan ke dalam akaun di Zurich.

Dalam laman webnya, Wifka berkata, hadiah berkenaan akan dibayar di Zurich atau “di mana-mana tempat berkecuali yang menjadi pilihan pihak memberi maklumat”.

Bagaimanapun, detektif Jerman itu tidak tahu identiti klien mereka, yang dikendalikan menerusi beberapa orang tengah, termasuk salah seorang yang bercakap dengan loghat Switzerland.

Josef Resch, yang mengendalikan Wifka, memberitahu sebuah majalah bisnes Jerman, Capital bahawa syarikat terbabit sudah pun dibayar lebih AS$50,000 (RM160,000) dan memegang sejumlah AS$650,000 (RM2.08 juta) yang boleh dituntut jika ia berjaya mendapatkan pemberi maklumat.

Capital menyifatkan tawaran itu sebagai yang terbesar dalam sejarah ganjaran melebihi AS$25 juta yang ditawarkan untuk mendapatkan maklumat penangkapan Osama Bin Laden.

Laman web itu menyenaraikan beberapa maklumat yang dikehendaki klien berkenaan iaitu:
  • Siapa yang menembak jatuh MH17 pada 17 Julai lalu?
  • Siapa yang memberi arahan?
  • Siapa yang melindungi tindakan menembak itu? (Juga, jika ia satu kemalangan dan bukan kerana motif politik, ekonomi atau ketenteraan)
  • Siapa boleh memberi maklumat berhubung perkara yang menjurus kepada kejadian itu?
  • Siapa terbabit secara langsung dengan kejadian itu?
  • Apa yang terjadi dengan orang yang terbabit dengan kejadian itu? Apa berlaku pada senjata yang digunakan?
  • Siapa boleh namakan pihak yang menyatakan kejadian itu sudah selesai?

Sumber: USA Today (link)

Wednesday, September 10, 2014

MH17: Pesawat Sah Ditembak Peluru Berpandu!

MH17: Pesawat Sah Ditembak Peluru Berpandu!

THE HAGUE - Pakar Belanda berkata, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pecah di udara selepas ditembusi oleh 'beberapa objek pada kelajuan tinggi'.

MH17-ditembak-peluru-berpandu

Laporan awal siasatan membabitkan nahas itu yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Belanda berkata, 'tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia'.

Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat itu terkorban apabila pesawat berkenaan terhempas dilaporkan dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di timur Ukraine.

Hasil laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat yang mengandungi data rakaman, kawalan trafik udara, imej satelit dan gambar dari tempat nahas untuk melengkapkan laporan berkenaan.

Mereka berkata, pesawat itu kemungkinan pecah di udara akibat daripada kerosakan struktur disebabkan oleh beberapa objek berkelajuan tinggi yang menembusi pesawat berkenaan dari luar.

Rakaman suara kokpit mendedahkan tiada tanda mengenai sebarang kesilapan teknikal atau situasi kecemasan, kata pakar penyiasat.

Pesawat Boeing 777 itu terhempas antara Krasni Luch di wilayah Luhansk dan Shakhtarsk, Donetsk pada 17 Julai lalu.

Kerajaan Ukraine dan beberapa pemimpin negara Barat berkata, terdapat bukti kukuh bahawa pemberontak pro-Russia yang menembak jatuh pesawat komersial berkenaan dengan sistem anti-pesawat dikenali sebagai BUK.

Bagaimanapun, pihak Russia menyangkal dakwaan bahawa mereka membekalkan sebarang senjata atau peluru berpandu kepada pemberontak itu.

Pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia bekerjasama menyiasat nahas berkenaan.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata, laporan akhir berkaitan nahas MH17 dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun.-Berita Harian

Bukti

Gambar di bawah terkandung dalam laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda.

Ia jelas menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal.

Corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan bahawa pesawat berkecai di udara, kata lembaga itu.-Mynewshub.cc

MH17-ditembak-peluru-berpandu [2]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [3]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [4]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [5]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [6]

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 14, 2014

MH17: 22 Ogos Diisytihar Hari Berkabung Negara

MH17: 22 Ogos Diisytihar Hari Berkabung Negara

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

MH17

Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.

“Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena hari berkabung negara tersebut.

Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Katanya sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam. Identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara tersebut.

Muhyiddin berkata beberapa jenazah akan dibawa ke kampung halaman dan akan diiringi waris.

Setakat ini, beliau berkata pesawat Nuri akan menerbangkan tiga jenazah ke beberapa negeri di Semenanjung manakala sebuah pesawat Charlie akan menerbangkan satu jenazah ke Sarawak.

Katanya, terdapat permintaan bagi dua daripada jenazah mangsa menjalani proses pembakaran di Belanda sebelum diterbangkan ke tanah air.

Beliau berkata jenazah seorang warganegara Belanda juga akan dibawa ke Malaysia untuk disemadikan kerana terdapat permintaan dan menurutnya mangsa dipercayai asalnya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda.

Muhyiddin berkata setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.

Beliau berkata jenazah selebihnya yang sudah dikenal pasti itu belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.

“Bukan kita tidak boleh bawa sekali (semua sekali) tetapi pihak di sana (Belanda) beri kata putus bila masa sesuai boleh dibawa pulang.

“Bagi jenazah yang berbaki, kita masih menunggu isyarat daripada Belanda dan sedang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan dan MAS. Selepas 22 Ogos ini, kemungkinan selang beberapa hari ada penerbangan supaya waris tidak tunggu lama,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengadakan upacara penghormatan jenazah bagi mangsa lain yang tiba kemudiannya tetapi upacara itu akan diadakan secara lebih ringkas.

Beliau berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pencarian semua mangsa rakyat Malaysia kerana usaha masih diteruskan bagi memasuki lokasi nahas di Ukraine yang merupakan kawasan pertempuran.

“Kita belum selesai lagi. Pihak-pihak di sana (Belanda) masih menjalankan proses forensik dan DNA. Biarlah tunggu sehingga semuanya selesai,” katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.–BERNAMA