Saturday, November 15, 2014

TV Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat MH17 Ditembak!


Jika sebelum ini agensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika terhempas di Ukraine, hari ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia.

MH17 Ditembak

Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.

MH17 Ditembak [2]

Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.

Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.

MH17 Ditembak [3]

Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman web yandax (https://maps.yandex.com/-/CVvs7S4G).

Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer.

Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja!

MH17 Ditembak [4]
Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.

MH17 Ditembak [5]
Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia.

Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.

MH17 Ditembak [6]
MH17 Ditembak [7]

Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .

Bagi yang ingin melihat gambar asal (HD) yang disebarkan oleh pihak Rusia, anda boleh mengikuti pautan ini (http://obkon.ucoz.com/_fr/14/0162309.jpg).

Sumber:
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/rusia-dedah-gambar-saat-mh17-ditembak.html

6 comments

  1. macam2 agenda dorang ni.. yang penting yang salah dibawa ke muka pengadilan..

    ReplyDelete
  2. such cases will always remain mystery. bila nak selesainya ntah :) hihi

    ReplyDelete
  3. Bila kuasa besar tolak menolak & salah menyalah.. kita yg kecil ni jadi lagi serabut. Semoga Allah permudahkan kes ini... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Kuasa2 besar yg bergaduh...negara2 kecil juga yg menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  5. Hrmm..
    sy msih ksal dgn khilgn mh370 & mh17..
    adkh ny sme dsbbkn faktor politik? Mistik? Kuasa bsar? Kpntingan dri sndri? Np lah stiap bnd yg blku mst ad muslihat..
    haiii..
    Btw tq SP salu update yg isu2 yg tkni..
    Keep it up !

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon