Saturday, December 29, 2012

5 Rumah Paling Mahal Di Dunia


Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, kerana selain berfungsi sebagai tempat berlindung, rumah juga adalah tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga serta membina komunikasi dengan manusia lainnya. Begitu berharganya sebuah rumah.

Berikut adalah senarai 5 rumah termahal di dunia.

Antilla (USD$1 Billion)

Antilla

Inilah rumah paling mahal di dunia. Rumah yang dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan jutawan terkemuka dari India yang juga merupakan orang yang tersenarai 100 orang terkaya di dunia.

Rumah ini mempunyai 27 tingkat dengan ruangan yang sangat luas, malah garajnya sahaja boleh menampung kira-kira 150 kereta.

William Randolph Hearst’s Mansion (USD$165 Juta)

William Randolph Hearst%u2019s Mansion

Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 bilik tidur yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah disko dan sebuah mini bioskop.

Elena Franchuk’s Victorian Villa (USD$161 Juta)

Elena Franchuk%u2019s Victorian Villa

Rumah ini terletak di Kensington, London. Rumah ini setinggi lima tingkat dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang di halaman rumah, ruang panik, bioskop serta bilik sauna.

Aaron Spelling’s Manor (USD$150 Juta)

Aaron Spelling%u2019s Manor

Rumah ini berdiri di atas tanah yang terbentang luas sepanjang 56,000 meter persegi dan dibina pada tahun 1991.

Memiliki 123 bilik, gelangang tenis, gelanggang skating, gelanggang bowling dan beberapa kolam renang.

Hala Ranch (USD$135 Juta)

Hala Ranch

Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, mempunyai 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang, jalan ski persendirian, lampu fabrik dan gelanggang tenis.

Bangunan ini dibina di atas kawasan tanah seluas 14,397 kaki persegi.

BACA INI JUGA: Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

sumber: tulahan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon