Saturday, January 12, 2013

Top 10 Bangunan Purba Yang Paling Di Lawati Manusia


Bangunan serta binaan purba oleh kerajaan serta orang zaman lampau adalah manifestasi daya kreatif serta usaha mereka. Walaupun sudah ribuan ribu tahun, ianya menjadi aset penting kepada negara di mana bangunan tersebut terletak. Jom kita lihat jumlah kedatangan pelancong yang datang ke sana.

Kaabah, Mekah


Kaabah merupakan salah satu binaan paling unik di dunia, terletak di bandar suci serta Tanah Haram Mekah. Bandar suci Mekah merupakan bandar paling ramai di lawati sepanjang tahun oleh umat Islam. Dikatakan Kaabah boleh dilihat dari bulan. Merupakan bandar kelahiran SAW, dilawati oleh lebih 15 juta umat Islam sepanjang tahun untuk ibadat Haji serta Umrah. Benarlah seruan Nabi Ibrahim bahawa bumi Mekah akan makmur dengan kedatang umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Tembok Besar, China


Tembok sepanjang 5,500 batu yang membelah China, tembok ini boleh dilihat dari bulan. Dibina sejak zaman Dinasti Ming. Merupakan antara tempat lawatan wajib jika ke China dengan kedatangan pelancong 9-10 juta setahun.

Collosseum, Rome, Itali


Stadium purba yang menjadi tema bagi banyak filem berasakan cereka purba dengan perlawanan antara Gladiators serta haiwan purba. Mempunyai 100 tangga sebagai tempat duduk dan dibuka untuk lawatan oleh kerajaan Itali dengan jumlah pengunjung seramai 6.9 juta orang setahun.

Forum Roman, Rome, Itali


Pusat sosial Rom purba sejak 1200 tahun lampau yang menjadi kawasan pusat pasar dan juga pentadbiran kerajaan. Mempunyai jumlah pengunjung seramai 5.1 juga orang setahun.

Patung Terracotta, Xian, China


Merupakan patung yang ditemui pada tahun 1974 dengan saiz manusia atau askar yang sebenar, seramai 700 patung yang unik serta berbeza-beza wajahnya.terdiri daripada pasukan infantri, pemanah dan tentera berkuda ditemui tertanam. Uniknya, kesemua tentera serta kuda mempunyai wajah dan pakaian yang berbeza-beza. Jumlah pengunjung seramai 3-4 juta orang setahun.

Piramid, Giza, Mesir


Bangunan atau binaan yang memang popular diseluruh dunia. Keunikan Piramid adalah kerana berbentuk tiga segi yang menjadi lambang kekuasaan Firaun, yang mengaku dirinya tuhan. Namun akhirnya mati ditelan Laut Merah. Merupakan aset pelancongan penting buat Mesir dengan kedatangan pelancong seramai 4 juta setahun. Merupakan tapak warisan UNESCO.

Pompeii, Itali


Kawasan bandar purba yang musnah akibat letusan gunung berapi Vesuvius. Dengan pengunjung seramai 2.5 juta setahun. Kesan penduduk yang terbunuh dan diliputi dengan lava masih kekal sehingga sekarang.

Acropolis, Athens, Greece


Kuil yang terletak dibukit, Parthenon merupakan antara ikon pelancongan kepada kerajaan purba Athens. Kedatangan pelancong seramai 2 juta orang.

Efes, Turki


Merupakan stadium purba, tinggalan kerajaan lama Rom yang dilupakan. Kedatangan pelancong seramai dua juta orang setiap tahun.

Teotihuacan, Mexico


Bangunan lama berbentuk piramid, mencatatkan kedatangan pelancong seramai 2 juta orang setahun.

BACA INI JUGA: Top 10 Istana Lama Paling Indah Di Dunia

Sumber: Muzaffarmus

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon