Ahad, Disember 01, 2013

Top 10 Istana Lama Paling Indah Di Dunia


Loading...

Bila disebut istana, pasti kita akan terbayang bangunan yang megah tesergam indah bukan? Ada pelbagai jenis dan rekabentuk istana yang terdapat di seluruh dunia. Dibawah ini saya ingin kongsikan antara gambar-gambar istana di serata dunia yang megah berdiri dan mempunyai keunikan serta keindahannya yang tersendiri.

Potala Palace, Tibet

Potala Palace, Tibet

Potala Palace adalah bangunan istana megah yang dianggap suci dan dulunya dijadikan sebagai tempat tinggal Dalai Lama di puncak gunung Potala, Lhasa, Tibet.

Bangunan berukuran 400 x 350 meter ini mempunyai sekitar 200 ribu patung, seribu bilik dan 10 ribu tempat pemujaan yang terkumpul di puncak Marpo Li, iaitu lembah merah (red hill) yang menjulang tinggi lebih dari 300 meter dari dasar lembah.

Adapun dua lembah utama 'Tiga Penjaga Tibet' yang terbahagi di beberapa sudut istana, seperti Chokpori di bahagian selatan Potala dan Pongwari yang mewakili Dewi Kwam Im (Avalokitesvara).

Predjama Castle, Slovenia

Predjama Castle, Slovenia

Negara Eropah di sebelah barat Itali ini mempunyai istana unik yang tepampang di mulut gua. Pada 1274, Predjma Castle Slovenia dibina oleh Patriark Aquileia dengan gaya Gothic.

Walaupun pada ketika itu kawasannya sukar dicapai, keluarga Luegg berjaya mengembangkan akses perjalanan menuju ke sana yang dikenali sebagai Knights of Adelsberg.

Lokasi ini pernah dijadikan tempat pembikinan filem ternama The Armour of God yang dibintangi oleh Jackie Chan, Alan Tam, Rosamund Kwan dan Cameron Zavaski pada 1986.

Prague Castle, Czech

Prague Castle, Czech

Prague Castle atau Istana Prague adalah salah satu istana kuno terbesar di dunia yang terletak di Prague, ibu kota Republik Czech.

Dahulu, istana berukuran 570x130 meter ini dijadikan sebagai Mahkota Kerajaan Bohemia, tempat tinggal bagi raja-raja Czech, maharaja-maharaja suci Rom, serta pejabat pemerintahan Presiden Republik Czech.

Mont Saint-Michael, Perancis

Mont Saint-Michael, Perancis

Di Normandi, Perancis, anda boleh menyaksikan pemandangan cantik dari sebuah istana yang berdiri di atas pulau kecil dan berbatu Mont Saint Michael.

Walaupun tenggelam di dasar laut, Mont Saint Michael (Pulau Pasang) yang memiliki sebuah jambatan sempit dan berumur ribuan tahun ini muncul kembali selepas berlakunya hakisan besar.

Matsumoto Castle, Jepun

Matsumoto Castle, Jepun

Matsumoto Castle atau Istana Matsumoto adalah nama istana yang terletak di Bandar Matsumoto, Jepun. Istana ini dibina sebagai benteng pertahanan perang pada masa Klan Takeda dan Tokugawa Leyasu berkuasa (1550). Jalan masuk menuju ke Matsumoto Castle boleh dilalui melalui Tokyo menggunakan pengangkutan kereta api dan juga kereta peribadi.

Malbork Castle, Poland

Malbork Castle, Poland

Walaupun sewaktu Perang Dunia II sebahagian bangunan istana di Poland telah musnah, pada 1962 Malbork dibina semula dengan keadaan yang lebih menarik.

Malbork adalah Istana Marienburg (nama sebelumnya) yang dibina oleh Ordo Teutonic menggunakan bahan batu-bata dan terbahagi kepada tiga bahagian yang berasingan. Bermula dari bawah, atas dan tengah diasingkan oleh beberapa menara dan kawasan berumput. Keluasan Malbork Castle boleh mencapai 21 hektar atau empat kali lebih besar dari Istana Windsor dengan penghuninya sekitar 3 ribu tentera.

Palacio da Pena, Portugal

Palacio da Pena, Portugal

Istana kuno di Sao Pedro de Penaferim, Sintra, Portugal ini berdiri di puncak bukit yang tinggi dan mudah dilihat dari sisi Lisbon, ibu kota Portugal pada siang hari.

Selain kelihatan megah dengan penutup kubah di bahagian atasnya, Palacio de Pena juga merupakan monumen nasional paling romantis yang ada di dunia. Bahkan dijadikan sebagai salah satu tujuh keajaiban Portugal selama ini.

Hunyad Castle, Romania

Hunyad Castle, Romania

Sejarah menceritakan bahawa Hunyad Castle merupakan tempat di mana Raja Vlad III dari Wallachia terpenjara selama tujuh tahun di sana.

Hunyad Castle adalah sebuah istana di Transylvanian Hunedoara, Romania yang sempat berpindah tangan kepada Kerajaan Hungary pada tahun 1541. Tempat ini kelihatan gelap dan seringkali dianggap sebagai tempat tinggal drakula.

Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschwanstein Castle merupakan bangunan istana kuno Bavaria abad 19 yang dibina oleh Raja Bavaria Ludwig II yang terletak di puncak pergunungan Jerman.

Kawasan istana ini sangat dekat dengan tempat-tempat penting, seperti Hohenschwangau dan Fussen di barat daya Bayern.

Sejak tahun 1886, Neuschwanstein Castle dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling penting Jerman.

Lowenburg Castle, Jerman

Lowenburg Castle, Jerman

Selain Neuschwanstein Castle, di Jerman juga terdapat istana terkenal lain yang bernama Lowenburg Castle.

Lowenburg Castle dibina pada tahun 1745 dan dijadikan sebagai tempat kediaman Putera Philip dari Eulenburg (1847-1886).

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Istana Purba Nabi Daud

Sumber: Zamrispoon

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon