Saturday, November 23, 2013

Top 10 Negara Paling Kurang Dikunjungi Di Dunia


Beberapa negara di dunia dikenali sebagai negara yang banyak dikunjungi oleh pelancong, seperti Perancis, Jepun, Belanda, Jerman, Malaysia, Thailand dan banyak lagi. Namun sebaliknya terdapat juga beberapa negara di dunia yang paling jarang dikunjungi.

Berikut 10 negara di dunia yang jarang sekali mendapat kunjungan pelancong asing, seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Newser.

Nauru

Nauru

Tidak pernah mendengar nama Nauru? Nauru adalah sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di sebelah timur Indonesia.

Dihuni oleh orang Micronesia dan Polinesia, negara kecil ini dikatakan menjadi milik Jerman pada akhir abad ke-19. Pada Perang Dunia pertama, Nauru berada di bawah jajahan New Zealand, sementara pada Perang Dunia kedua, Nauru berada di bawah pendudukan Jepun.

Walaupun begitu, Nauru berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1968. Pada tahun 2011, angka pelancong asing yang mengunjungi Nauru hanya 200 orang.

Somalia

Somalia

Negara Afrika yang berjiran dengan Ethiopia ini hanya memiliki 500 pengunjung pada tahun 2012. Nampaknya pesona negara yang terletak di bahagian “Tanduk Afrika” ini belum berjaya menarik ramai pelancong asing ke negaranya.

Tuvalu

Tuvalu

Tuvalu adalah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik, di tengah-tengah, antara Hawaii dan Australia. Pada tahun 2011, Tuvalu hanya mendapat kunjungan 1200 pelancong asing.

Kiribati

Kiribati

Kiribati, atau secara rasmi disebut Republik Kiribati merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik.

Bentuk negara ini sebenarnya sangat unik, namun belum berjaya menarik perhatian para pelancong dunia. Pada tahun 2011, hanya sekitar 4,700 orang yang datang ke negara berpopulasi 101,093 orang ini.

Kepulauan Marshall

Kepulauan Marshall

Negara kepulauan Marshall atau Marshall Island merupakan negara pulau yang terletak di sebelah utara Lautan Pasifik.

Negara ini memiliki bentuk pulau yang berlainan iaitu memanjang dan melingkar. Namun, keunikannya hanya berjaya menarik 5,000 orang pelancong asing pada tahun 2011.

Guinea Katulistiwa

Guinea Katulistiwa

Guinea Katulistiwa atau Equatorial Guinea merupakan salah satu negara republik di Afrika Tengah. Dengan kawasan seluas 28,000 kilometer persegi, negara ini berjaya menarik sekitar 6,000 pelancong asing pada tahun 2012 yang lalu.

Turkmenistan

Turkmenistan

Turkmenistan merupakan salah satu negara di Timur Tengah. Negara yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran ini memiliki populasi sebanyak 5.1 juta orang.

Walaupun begitu, hanya sedikit pelancong yang datang. Pada tahun 2007 yang lalu, hanya seramai 7,000 pelancong asing yang mengunjungi negara ini.

Sao Tome dan Principe

Sao Tome dan Principe

Negara yang secara rasmi disebut Republik Demokratik Sao Tome and Priocipe ini merupakan negara kepulauan yang terletak berdekatan dengan garis khatulistiwa.

Uniknya, negara ini berdiri di atas dua pulau yang memiliki gunung berapi. Walaupun tersenarai sebagai negara terkecil di Afrika, Sao Tome and principe berjaya menarik 8,000 pelancong asing pada tahun 2010.

Komoro

Komoro

Komoro atau Republik Islam Federal Komoro adalah negara kepulauan di Lautan Hindi. Negara Arab ini berdiri di atas tiga pulau utama, iaitu Komoro Besar, Anjouan dan Moheli.

Dengan keluasan yang tidak begitu besar, negara Arab terkecil kedua selepas Bahrain ini berjaya menarik 15,000 pelancong asing pada tahun 2010.

Afghanistan

Afghanistan

Afghanistan merupakan negara di Asia Tengah yang bersempadan dengan Iran dan Pakistan. Walau bagaimanapun, sehingga saat ini Afghanistan masih lagi diwarnai dengan peperangan dan masalah keselamatan, namun negara ini berjaya menarik seramai 17,500 pelancong asing pada tahun 2012.

BACA INI JUGA: 8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia!

Sumber: Forum.viva.co.id | sentiasapanas

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon