Tuesday, December 31, 2013

Top 10 Air Terjun Paling Cantik Di Dunia


Anda pasti bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa air terjun adalah pemandangan luar biasa keindahannya yang dianugerahkan Allah buat tatapan manusia.

Bukan satu, tetapi di dunia ini sebenarnya banyak air terjun dengan keindahannya yang sangat mengagumkan.

Mensyukuri nikmat diatas keindahan anugerah Allah yang tersebar di segenap penjuru dunia.

Air Terjun Niagara
Canada/USA


Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA ini walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik yang terdapat di muka bumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

Air Terjun Angel
Venezuela


Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

Air Terjun Iguazu
Brazil/Argentina


Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Air Terjun Iguazu terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

Air Terjun Victoria
Afrika


Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara yang paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

Air Terjun Gullfoss
Iceland


Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

Air Terjun Upside Down
Hawaii


Sesuai dengan namanya, Air Terjun Upside Down yang terletak di Gunung Konahuanu, Pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil yang berterbangan ke udara.

Air Terjun Nachi
Jepun


Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

Air Terjun Giessbach
Switzerland


Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Air Terjun Giessbach di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangannya bertambah indah apabila ia dikelilingi oleh tasik jernih bak kristal dan gunung-ganang yang diliputi salji.

Air Terjun Lower
USA


Air Terjun Lower berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Air Terjun Jim Jim
Australia


Setinggi 215 meter, Air Terjun Jim Jim memaparkan pemandangan yang sangat cantik.

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon